Sunday, March 03, 2013

Marina Island, Perak

Assallammualaikum (n_n)V 

Hari jumaat petang hari tu, lepas balik dari butik pengantin, decide nak pergi lumut kejap. Maklumlah, dah lama tak singgah lumutkan. 


Masa tengah on the way, singgah kejap dekat Marina Island. Marina Island ni merupakan pulau buatan. Pulau yang di tambak. Dekat sini pun boleh naik ferry untuk ke Pulau Pangkor. Kalau dari Marina Island ambil masa selama 10-15 minit untuk sampai ke Pulau Pangkor. Tapi... harus di ingat, perlu jadi ahli Marina dulu, kad valid untuk satu tahun. Pendaftaran RM 10 untuk perseorangan atau pun family. 

Kalau korang memang orang perak dah gemar ke Pulau Pangkor, sangatlah berbaloi untuk ambil pakej ni. Tapi kalau nak datang sekali je dalam setahun, baik naik ferry dari Lumut je, jangka masa  perjalanan 45 minit hingga satu jam.


Pemandangan matahari terbenam dekat sini pun cantik. Cantik sangat... serius! pemandangan dekat depan tu adalah Pulau Pangkor ye, harap maklum. Betapa dekatnya Pulau tu kan!


Dekat atas adalah jetty complex, nak beli tiket sila ke sini ye! pulau ni tak membangun sangat lagi. Yang betul-betul maju sekitar jetty complex je. Tapi tempat ni bessttttt :)

opss, sila izinkan tuan blog nak interframe eh.. fweh.. fefilling dekat bali kejap. Hehehe :)


Suka tengok pemandangan dekat sini. Cantik tau!


Sekian laporan saya di kampung tercinta. 

(n_n)V





 Till then


8 comments:

  1. dekatnya pulau pangkor!! pernah pergi sekali je pangkor masa sekolah rendah dulu.. ;)

    ReplyDelete
  2. belum pernah jejak kaki kat situ.. wuwuwuw

    ReplyDelete
  3. Marina memang cantik..saya belajar je dekat perak, marina tak lepas lagi..hehe.

    ReplyDelete
  4. bestnye..xpnh lg ronda2 perak :(

    ReplyDelete
  5. wah baru tau ada pulau marina ni...bila la dapat pg sana agaknya...

    ReplyDelete
  6. bila tengok gambar cyda ni macam mnrik pulak. hehe.. saya byk kali jugak pegi saana.. jalan2 je. dulu kan duk seri iskandar aje. hehe..

    ReplyDelete
  7. tak pernah pi sana lagi. mcm menari jea :)
    blh pi snaa kalau blk umah mertua nnt

    ReplyDelete
  8. cantik pemandangan kat situ .. tenang jerk. tak prnh smpai pon.. ^^

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998