Thursday, March 21, 2013

Cerita Diet Atkins empat hari :)

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat petang. Dah jadi satu kelaziman, dah hujung-hujung nak balik baru gigih nak menaip entry. Haip! hahaha..

Nak tau tak, aku ni punyalah bersemangat nak berdiet atkins dari hari isnin. Kembang-kincup hidung bila timbang pagi tadi turun 4kg! lepas tu punyalah berdoa supaya tak kena ikut meeting kat penang hari ni sebab takut diet kacau.. Hahahaha..

Tapikan, hati ni kat opis aku ada meeting boss-boss.. sekali dorang punya makanan pakai katering kot. Menggigil aku tengok makanan sedap-sedap.

Siap tak boleh tahan, semua orang cakap breakfirst catering tu sedap. Tak ingat berapa kali aku sms Encik Tunang cakap teringginnnnn sangat nak makan roti. Hazab ok, dua tiga kali aku lalu depan buffet tu jeling-jeling roti. Tak pe gigih lagi aku bertahan.

Masuk tengahari, ada pulak nasi tomato.. aku makan ayam masak merah dengan daging kurma je. Perghh sedap gila rasa. Tangan pulak gatal nak ambil buah oren tapi aku tahan. Hujung-hujung lepas makan, gigih juga tangan aku ambil papadom 3 keping. Alahaiiii..

Ingat habis sampai kat situ je. Tiba-tiba petang kak Ani jerit cakap ada minum petang, dah laa ada tiga kuih feveret aku. Ingat boleh tahan lagi. Sekali nampak ada curry puff.. gigil gigil tangan ambil curry puff dengan kuih apam warna hijau. Makan slow-slow konon nak rasa je.

Rasa-rasa sedap pulak. Padahal curry puff tu dah makan separuh, separuh lagi buang. Pergi hantar piring, tengok nisa ambil kuih banyak. OMG, gua tergoda! Tapi tetap tahan hati. Last-last tak boleh, bangun jugak dan ambil seketul curry puff lepas tu snap picture dia. Dah laa curry puff tu besar dan sedap!!


Rasa nak menangis tengok curry puff tu. Tapi lagi rasa nak menagis sebab aku curang pada diet aku.. adehh baru nak berbangga berat turun 4kg, esok pagi harus menangis masa timbang.. huhuhuhuhu..

Esok ada lagi breakfirst kat ofis. OMG... rosak diet ai.. huhuhuhuhuhuhuhuhu

# Apapun bersyukur sebab rezeki murah dekat sini :)



 Till then~

13 comments:

  1. Assalamualaikum awak. hehe. kesian awak. tergoda habis dek makanan sedap tu. takpe2, nanti recover balik ye :)

    ReplyDelete
  2. Makan je la tak yah diet over.hahaha
    makan jangan melahap biar sedikit je...

    ReplyDelete
  3. hahahaha.. dugaan berdiet...

    ReplyDelete
  4. oke. starving for karipap =.="

    ReplyDelete
  5. haha..biasa la tu time nak diet camtu mmg byk je cobaan dtg...hihi

    ReplyDelete
  6. ni la dugaan dtg bila tgh diet..
    haha..

    ReplyDelete
  7. 4kg??? byknya turun....akak diet...mcm nak mamp... baru trn 1kg...sadissss

    ReplyDelete
  8. hahahaha cobaan cobaan....
    sy penah gak wat atkins nih... siap gaduh2 manja housemate pegi masak sedap2 time org nk diet..kehkehkeh padahal diri sendiri yg xtahan godaan..

    ape2 pun chaiyokkk!! atkins mmg berkesan...nak gan xnak je ..hehehe

    ReplyDelete
  9. pernah la try diet atkns..tapi tak pernah jujur pada diri sendiri..hehe

    ReplyDelete
  10. hahahah yana dpt rasa bila baca entry nie ... menusuk kalbu. kikik kesian diet awk. sabo jerk jerk lh

    ReplyDelete
  11. Diet yang sangat ketat :O
    Ooo gigih nak kuruskan badan untuk hari bahagia ye ;)

    ReplyDelete
  12. Alahai..kesiannya..gigil2..makan sebiji tak apa kot kan..hehe.

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998