Tuesday, March 12, 2013

Cerita dan Tips Interview

Assallammualaikum (n_n)V 

Selamat pagi! hari ni tak ada blues-blues lagi, kannnn?Pagi tadi masa tengah drive dengar pasal topik

" Cerita interview saya,"



Lawak gila, macam-macam ada cerita tentang interview. Siap ada panel bagitahu tips-tips dia kot.
Aku nak share tips yang aku dengar tadi. Ada ianya juga, harap-harap adalah yang sudi baca eh.

Tips Interview:

  • Datang awal.
  • Perlu boleh bercakap dalam bahasa inggeris & Melayu
  • Buat persediaan, sekurang-kurangnya tahu serba-sedikit pasal syarikat yang kita nak interview tu.


Tips Interview dari aku pulak.

  • Bawa resume.
  • Datang awal.
  • Bawa pen.
  • Confident level kena stable.
  • Tawakal.


Fewh.. gila kepochi nak share tips interview dengan orangkan? Tapi tak salahkan? Teringat dulu-dulu kisah interview aku. Interview dengan TM je tujuh kali tak silap aku. Dua interview gagal, kali ke tiga dengan Vads, kali ke-empat untuk jawatan leasing, dua kali lagi calon simpanan, kali ke tujuh baru lah dapat.. siapa cakap interview dengan TM senang? susah ohhhhh.. Menara rebung TM tu lah jadi saksi tempat aku nangis, KL sentral pun sama (poyo gile nangis sepah-sepahkan?) sampai aku rasa, aku boleh kenal dah panel-panel interview kat Menara TM tu. kalau nak tahu kisah interview aku, sila cari di previous entry, tak mampu nak taip balik. Kejap lagi ai emo pulak baca kisah lepas-lepas.

Tak silap aku, since aku habis belajar, aku dah attent dalam 50 interview, macam-macam jenis manusia dan boss aku jumpa. Pengalaman weyh! 50 tolak 7 interview dengan TM, 43 lagi dengan kilang-kilang biasa dan syarikat biasa di sekitar Perak. Satu-satu yang lekat dekat Perak adalah jawatan pegawai banci sambilan. Gaji ikut hari. Tapi aku kerja sehari je sebab dapat kerja leasing staff dekat TM.

Dulu-dulu, senang sangat nak dapat kerja, sekarang dah tak daa.. lagi macam aku ni ha, aku electronic engineering holder, memang payah nak dapat kerja sebab kena bersaing dengan lelaki. Tapi tu laa pengalaman namanya!

Itu cerita interview aku yang tak gempak mana. Cerita orang lain aku tak tahu. Mungkin cerita korang lagi extreme kot.. cerita lah sikit!

Lagi satu TIPS dari aku,
Minta doa dan restu mak ayah sebelum interview :)

Nanti dah dapat kerja, jangan pula lupa mak ayah eh! good luck untuk sesiapa yang tengah mencari kerja, aku faham apa korang rasa, sebab aku pernah rasa semuanya tu.

Sabar dan usaha k?

 Till then~

12 comments:

  1. Salam.. bru 1st singgah sini :)

    Tengs 4 sharing.. bkal fresh graduate. Eh, kwn ada LI kt menara TM

    ReplyDelete
  2. pernah jugak pi interview kat vads. first tak dapat.yg kedua dapat.hehe

    tapi keje kontrak jea la

    ReplyDelete
  3. ayut g interview pon bru ckit...cayalah syida..ayut tak smpi 10 pon..huhuhu..takpe..akhirnya dapat kan :))

    ReplyDelete
  4. kina dah pm kat email:)

    kinara_kinatara@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. banyaknya pengalaman interview syida...

    ReplyDelete
  6. Wah..bagus tips ni..boleh guna time nak interview kerja nanti.

    ReplyDelete
  7. dulu masa nk kena interview sblum masuk U, serius berdebar.. takut pun ada.. hehe

    ReplyDelete
  8. tetiba teringat time yana interview dulu ... hahahah seram

    ReplyDelete
  9. meh nak tambah kalau interview government pakai kasut bertutup dan berpakaian kemas :)

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998