Friday, March 22, 2013

# Bangkit ;p

Assallammualaikum (n_n)V Bismillah,

Suka sangat lagu dekat bawah ni. Bila dengar dekat radio serius jadi bersemangat balik. Selalu sangat rasa macam down bila nak tulis something yang baru, bila dengar lagu dekat bawah ni automatik rasa boleh move on.

Ye, percaya dengan rezeki Allah. Sekarang rasa macam bersemangat. Ada satu 'rasa' yang baik. Semoga semuanya di permudahkan insyaAllah :)




Lirik Bangkit – DJ Fuzz  Altimet&Salam

[*] Bangkit bila ditolak jatuh bangkitlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semua
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula bangkit
Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata terbuka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria
Kita lebih peka siap gerak gempur
Sedia rentak tempur redah onak lumpur
Maju tiada undur tak kenal uzur
Hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan
Lutut dan siku dihulur
Ini malam kita pakai tanjak sonsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segerombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan biar ada yang berlobang

Repeat [*]
[**] Bangkit bila ditolak jatuh bangkitlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar
Sabit kau umpama cahaya yang menyinari bumi
Kau umpamam Hang jebat yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa
Mana Tun Fatimah mana semangat Tun Teja
Dato Maharajalela mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan hassan dan Left Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Dato Bahaman
Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langkah di orak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak
Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara
Repeat [*] & [**]
Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun bertambah sakit
Sebelum layar bahtera mari kita
Berakit-rakit ke hulu berebang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian
Kemudian
Repeat [*]
Bangkit… Bangkitlah semula
bangkit… Tawanlah semula
Bangkit… Kau umpama cahaya



Till then~

Thursday, March 21, 2013

Cerita Diet Atkins empat hari :)

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat petang. Dah jadi satu kelaziman, dah hujung-hujung nak balik baru gigih nak menaip entry. Haip! hahaha..

Nak tau tak, aku ni punyalah bersemangat nak berdiet atkins dari hari isnin. Kembang-kincup hidung bila timbang pagi tadi turun 4kg! lepas tu punyalah berdoa supaya tak kena ikut meeting kat penang hari ni sebab takut diet kacau.. Hahahaha..

Tapikan, hati ni kat opis aku ada meeting boss-boss.. sekali dorang punya makanan pakai katering kot. Menggigil aku tengok makanan sedap-sedap.

Siap tak boleh tahan, semua orang cakap breakfirst catering tu sedap. Tak ingat berapa kali aku sms Encik Tunang cakap teringginnnnn sangat nak makan roti. Hazab ok, dua tiga kali aku lalu depan buffet tu jeling-jeling roti. Tak pe gigih lagi aku bertahan.

Masuk tengahari, ada pulak nasi tomato.. aku makan ayam masak merah dengan daging kurma je. Perghh sedap gila rasa. Tangan pulak gatal nak ambil buah oren tapi aku tahan. Hujung-hujung lepas makan, gigih juga tangan aku ambil papadom 3 keping. Alahaiiii..

Ingat habis sampai kat situ je. Tiba-tiba petang kak Ani jerit cakap ada minum petang, dah laa ada tiga kuih feveret aku. Ingat boleh tahan lagi. Sekali nampak ada curry puff.. gigil gigil tangan ambil curry puff dengan kuih apam warna hijau. Makan slow-slow konon nak rasa je.

Rasa-rasa sedap pulak. Padahal curry puff tu dah makan separuh, separuh lagi buang. Pergi hantar piring, tengok nisa ambil kuih banyak. OMG, gua tergoda! Tapi tetap tahan hati. Last-last tak boleh, bangun jugak dan ambil seketul curry puff lepas tu snap picture dia. Dah laa curry puff tu besar dan sedap!!


Rasa nak menangis tengok curry puff tu. Tapi lagi rasa nak menagis sebab aku curang pada diet aku.. adehh baru nak berbangga berat turun 4kg, esok pagi harus menangis masa timbang.. huhuhuhuhu..

Esok ada lagi breakfirst kat ofis. OMG... rosak diet ai.. huhuhuhuhuhuhuhuhu

# Apapun bersyukur sebab rezeki murah dekat sini :)



 Till then~

Tuesday, March 19, 2013

Diet Atkins

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat petang. Rasa macam dah lama sangat tak update cerita eh. Cehhhhh.. budget ada orang tunggu nak baca entry merepek dan kepochi iolls eh. Hehehehe.. tak pe, bukan selalu :)

Actually, iolls sedah gigih diet. Sekarang ni tengah gigih buat diet atkins. Dulu masa menganggur kat kampung pernah buat diet ni. Bila datang KL, diet ni terhapus dengan sendirinya. Sekarang tengah gigih nak diet balik sebab rasa muka dah semakin dulang, bukan dulang kecil, dulang besarrrrrr punye :(. Baju pun dah rasa ketat je, bila pakai baju rasa baju tu dah mengecil dah (-..-)

Makanya, atkins diet perlu di mulakan balik. Dah dua hari, adalah nampak kurang 2kg. Oh my gucci, banyak lagi inci kena buang ni .. huhuhu.. nanti ai is berjaya diet, nak paksa encik tunang pulak buat diet ni. Encik Bulat ni macam tak percaya je bila aku cakap boleh kurus dengan diet atkins. Babap kang! haih..

Tadi, pergi beli benda dekat bawah ni. Ini semua gara-gara baca testi dekat fb lah ni.. dorang cakap kalau diet atkins elok makan benda ni. Aku pun belilah!


Yang gula tu tak ye, gula tu aku beli sebab rasa tak boleh ah nak minum nescafe kosong gitu je. Alternatif beli je laa gula ni.. hehehe

fewh..atkins diet ni penat sebab kena minum air banyak. seksa nak ke toilet nak membuang air je sebab target kena minum 4 liter air. Pagi tadi baru sudah 1.5 liter air. Balik ni nak minum air laggiiiiiii, lagiii, lagiiiiiii...

Semoga berjayalah diet kali ni. hehehe :)

 Till then~


PM melawat TM

Assallammualaikum (n_n)V 

Di sebabkan aku penat gileee menunggu vip sampai, makanya.. dengan gigih nak up jugak cerita ni. Haih!
Semalam, di pagi yang hening, tiba-tiba baca email iolss is terpilih nak pergi majlis bertemu PM. First tak expectpun sebab kita duduk dekat Brickfields. Tapiiiiii.. tengahari Encik Abu minta nama, kena pergi jugak. Huhuhu, makanya pagi tadi terpacaklah aku dekat menara TM tu. Baru ingat nak berjimba-jimba dekat rumah, petang nanti baru masuk opis. oh, nan-hado


Dalam banyak-banyak baju berlogo TM. Baju ni juga di hati. Entahlah, mungkin sebab dia jersey, so tak lah panas mana. Padahal boleh je pun pakai baju kurung. Hehehe :)


Lama sangat tunggu, ramai kot main snap-snap picture. :)
Gigih!


Masa tengah tengok ex-boss kawat, nampak Datuk Zam. fewh.. selalu nampak kat tv je. Iolls kan budak kampung, selalu jejak menara tak sampai atas. Duduk bawah je. Tu teruja sikit tu.


Aku pun dapat salam dengan PM. Yeah! (-..-) 
bangga kejap.




ini kenderaan rasmi beliau.


Daaahhh.. itu je nak di kepochikan :)

Till then~

Tuesday, March 12, 2013

Cerita dan Tips Interview

Assallammualaikum (n_n)V 

Selamat pagi! hari ni tak ada blues-blues lagi, kannnn?Pagi tadi masa tengah drive dengar pasal topik

" Cerita interview saya,"



Lawak gila, macam-macam ada cerita tentang interview. Siap ada panel bagitahu tips-tips dia kot.
Aku nak share tips yang aku dengar tadi. Ada ianya juga, harap-harap adalah yang sudi baca eh.

Tips Interview:

  • Datang awal.
  • Perlu boleh bercakap dalam bahasa inggeris & Melayu
  • Buat persediaan, sekurang-kurangnya tahu serba-sedikit pasal syarikat yang kita nak interview tu.


Tips Interview dari aku pulak.

  • Bawa resume.
  • Datang awal.
  • Bawa pen.
  • Confident level kena stable.
  • Tawakal.


Fewh.. gila kepochi nak share tips interview dengan orangkan? Tapi tak salahkan? Teringat dulu-dulu kisah interview aku. Interview dengan TM je tujuh kali tak silap aku. Dua interview gagal, kali ke tiga dengan Vads, kali ke-empat untuk jawatan leasing, dua kali lagi calon simpanan, kali ke tujuh baru lah dapat.. siapa cakap interview dengan TM senang? susah ohhhhh.. Menara rebung TM tu lah jadi saksi tempat aku nangis, KL sentral pun sama (poyo gile nangis sepah-sepahkan?) sampai aku rasa, aku boleh kenal dah panel-panel interview kat Menara TM tu. kalau nak tahu kisah interview aku, sila cari di previous entry, tak mampu nak taip balik. Kejap lagi ai emo pulak baca kisah lepas-lepas.

Tak silap aku, since aku habis belajar, aku dah attent dalam 50 interview, macam-macam jenis manusia dan boss aku jumpa. Pengalaman weyh! 50 tolak 7 interview dengan TM, 43 lagi dengan kilang-kilang biasa dan syarikat biasa di sekitar Perak. Satu-satu yang lekat dekat Perak adalah jawatan pegawai banci sambilan. Gaji ikut hari. Tapi aku kerja sehari je sebab dapat kerja leasing staff dekat TM.

Dulu-dulu, senang sangat nak dapat kerja, sekarang dah tak daa.. lagi macam aku ni ha, aku electronic engineering holder, memang payah nak dapat kerja sebab kena bersaing dengan lelaki. Tapi tu laa pengalaman namanya!

Itu cerita interview aku yang tak gempak mana. Cerita orang lain aku tak tahu. Mungkin cerita korang lagi extreme kot.. cerita lah sikit!

Lagi satu TIPS dari aku,
Minta doa dan restu mak ayah sebelum interview :)

Nanti dah dapat kerja, jangan pula lupa mak ayah eh! good luck untuk sesiapa yang tengah mencari kerja, aku faham apa korang rasa, sebab aku pernah rasa semuanya tu.

Sabar dan usaha k?

 Till then~

Sunday, March 10, 2013

Cerita Laksa je....

Assallammualaikum (n_n)V 

hai frens! Happy sunday ;)

Hari ni saja nak up story pasal laksa. Hehhehe..

Dulu, dulu zaman kanak-kanak, aku memang sangat tak suka makan laksa. Pandang laksa pun tak de perasaan. 

Lately, tak ada lah baru sangat. Adalah dalam awal 2012.. Aku tiba-tiba suka makan laksa. Apakah? 


Macam-macam jenis laksa penang aku cuba.. Ada yang sedap tapi cair,ada yang warna merah sebab guna sardin dalam tin,ada yang mahal tapi rasa hampeh.. Macam-macam..

Owh lupa. Aku mula suka makan laksa yang mak aku buat. Sebelum ni, mak aku malas dah nak masak laksa sebab aku memang tak akan sentuh laksa. Siap basi-basi kuah laksa dekat rumah tu sebab tak ada orang nak makan.

Sekarang ni, bila aku balik kampung je mesti aku request mak masak laksa. Bagi aku.. Cara mak aku buat kuah laksa lain sikit. Tak macam yang selalu orang utara buat. Well mungkin mak aku orang sabah. Cedok resepi dari orang-orang keliling lepas tu tambah tu sikit,kurangkan tu sikit.. 

Mak cakap, orang yang jual laksa tu dia buat biasa-biasa je. Ye lah, nak buat jual..rugilaa kalau nak lebihkan segalanya. Kuah sikit lepas tu tak pekat, laksa nak banyak ke..rugilah dorang.

Aku iye kan je mak cakap.. 
sebab aku tahu laksa mak sedap sebab mak letak ikan banyak-banyak lepas tu mak tak letak pun belacan! Mak cakap kalau belacan tu tak sedap, nanti kuah laksa pun ikut tak sedap!

Owh.. Mungkin sebab tu kot laksa yang aku beli tak sedap. Belacan memainkan peranan penting!

Ala, sebab belacan je pun..

Lepas ni boleh tukar.. Kerana belacan, rosak kuah laksa seperiuk. Boleh?
*double meaning*

hahhhhahahha.. 



 Till then~

Friday, March 08, 2013

Persediaan Kahwin ;)

Assallammualaikum (n_n)V 

Haiii.. Selamat pagi uollss. Last weekkan, aku balik Perak, angkut sekali encik tunang, niat hati nak survey tempat nak tempah pelamin, baju, make up dan segalanya.

Gigih culik en.bulat bawak balik kampung. Hehehe.. Petang jumaat tu bawak encik tunang pergi kedai kak ayu.


Mula-mula ingat nak survey-survey dulu.. Lepas dah kira-kira semua.. Rasa berbaloi pulak dengan apa yang akak tu tawarkan.okey laaa... baju sanding, pelamin, make-up dan photographer semua under budget.. Ai is puas hati. En bulat macam tak percaya wokey... Siap photostat resit untuk tunjuk kat mak dia ;) 
Betullah tu, mana nak dapat harga gitu kalau dekat KL. Make-up saja kat KL dah cecah rm500 untuk make-up, photog je dah dekat rm2k.. Pelamin dah lebih rm2k. 

Fweh, lega sikit hal baju, pelamin, make-up n photog dah settle... Nak fikirkan benda-benda lain pulak ;)

Harap-harap kes lahad datu tu cepatlaa habis.moga tak merebak ke Kota kinabalu... Kesian dekat pak cik,makcik dan sepupu aku, dorang dah plan nak datang majlis aku nanti. Huhuhu.



Pray for Sabah.





Al-fatihah buat sepupu ku shamsul di sabah yang telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Mac 2012 pada usia 27 tahun, 






Till then~

Thursday, March 07, 2013

[Review] : Jack The Giant Slayer

Assallammualaikum (n_n)V

Hello frenz!




Semalam tengok cerita ni dekat Midvalley. Ingat nak tengok Rock OO tapi ada orang sibuk nak tengok cerita ni. Nasib best, kalau tak ai dah suruh dia refund balik duit ai.. hehhehehehe :)

Pendapat pasal filem ni? okey,, boleh tahan best.. Suka tengok.. pemandangan dia cantik, cerita teratur., yang penting tak ada sambungan. Fewh..

Biasalah, cerita fantasy standard happy ending biasa-biasa, Finally, orang biasa berkahwin dengan puteri raja.. Okey laaa, selalu tengok kartun dan baca dekat novel kanak-kanak, bila dah di up jadi filem nampak bestttt. nampak gempak dan tak rugi duit! hehehe

Rating ai bagi 4.5 / 5 kalau bagi 5/5 nampak over sangat le pulak kan?

Tapi... tetap tak puas hati sebab tak dapat tengok rock oo.. hhehehehehe :) korang tengoklah cerita ni. Best hokeys.. graffic dia gempak. Adalah juga part kelakar-kelakar, tak ada ganas-ganas.. sesuai untuk tontonan 13 tahun juga.



 Till then~


Tuesday, March 05, 2013

Kelapa Lemon Laici

Assallammualaikum (n_n)V 

Balik dari kampung nak ke KL hari tu, ikut jalan kampung masuk highaway dekat Tol Tapah. Nampak sign board Jual air kelapa. Tiba-tiba encik tunang ajak singgah *wink* Ye laa, ada orang tu bising-bising sebab beli air kelapa biasa, RM2 satu gelas dekat dengan kedai Roti dekat Titi gantung, highway Lumut-ipoh. Fewh.. memang tak patut pun, air kelapa standard Kl, harga RM2 dah lah buh ais batu banyakkkkk.. pastu mak cik tu boleh buat muka tak bersalah!

Makanya, balik hari tu singgah dekat gerai Kelapa Lemon Laici. Hamek kau.. harga ok lahh, RM 2 satu plastik. Tapi tak bestnya sebab peniaga tu macam poyo. Gaduh ngan wife dia kot sebelum tu.

Garang bebeno rupanya!


Tak tahu kedai ni area mana sebenarnya, dekat dengan air kuning. Rasa dia? oklaaa berbaloilah juga. Rasa macam coconut shake!
serius..


Okeylaa tu, aku ambil air kelapa lemon laici : RM2 dan kelapa susu RM2. Okeylah!


Kelapa muda pun banyak. Puas hati kalau nak beli.


Kalau korang keluar ikut tol tapah, ada nampak sign board macam ni, ini laa kedai dia. Malas nak story banyak-banyak. ai touching dengan owner kedai

Garang wohhhh

;p




 Till then

Monday, March 04, 2013

Proposal TOPENG Rejected!

Assallammualaikum (n_n)V

Har har har.. even sakit sebab di tolak. Tapi hati rasa okey jugak, sebab tahu mana kelemahan manuskrip tu, mungkin next time boleh alter lagi kasi mengancam sikit. Sakit okey manuskrip kena reject. Tapi okeylaa.. atlist tak ada lah kena gantung tak bertali, kan?

Reject dalam percubaan menjadi yang terbaik. Bukan mudah untuk buat manuskrip yang jauh dari genre cinta bunga-bunga. Susah beb!

Tak sedih, tapi lebih kepada nak tingkatkan usaha.

Fewh.. ohsem!

******

Salam,

Even rejected tapi saya puas hati :) suka sangat sebab penilaian dari penerbit tersebut jujur.. berikut adalah sebab penolakkannya. Thanks penerbit, korang awesome! ternyata jujur dalam menilai manuskrip :)




Feedback TOPENG
kalau budak kampung nak cari kerja,mesti latar tempat kuala lumpur. dah biasa sangat. jalan cerita 
menarik. harap penulis dapat tulis lain agar lebih "XXXX"
*
The point of view is too jakun la. Don't think I can read this.
*
Mmg naif sampai tak boleh bezakan hidup mewah tapi menyewa bilik kat flat murah.
Anyway, overall, not interesting.
*
Let me guess. Kotaraya Kuala Lumpur merosakkan hati suci seorang gadis kampung. Sedikit demi 
sedikit dia sesat dibelengui kekejian hidup di bandar. Namun dia akhirnya insaf dan kembali ke jalan 
yang benar (lepas jumpa cinta hati).
Cara penulis menulis agak ok sebenarnya. Cuma cerita dia yang agak meh. Dan watak2 dia tak 
likable.
Rejected. Even if i read it as a satire, it is pretty boring.
*
Sinopsisnya macam baca gist untuk novel Melayu dalam akhbar. Walaupun ada sedikit cerita just to 
get things figured out, namun pengolahannya tak witty. Dah ingat, gaya penulisan sinopsis macam 
gaya pengulasan novel dalam majalah WANITA/Jelita/NONA terbitan zaman 80an!
Moving on to its 1st Chapter, pengolahan cerita agak perlahan. Rasa macam baca novel bersiri kat 
majalah Wanita era 90an! Tahap ke-relevan-an cerita agak backwards. 
2nd Chapter pulak, sama macam chapter sebelumnya. Garapan lemah. Agak draggy sikit.
Hhmm...komen I? Ni bukan tahap naif...tapi dah ketinggalan zaman. I reject proposal ni. Habis 2nd 
Chapter pun tidak muncul 'X-Factor" yang diharapkan.
*
Cerita best. Tapi bab satu agak bosan. Part mula tu penting rasanya untuk tarik orang untuk beli/baca. 
Terima!
*
ini best.
*
macam novel novel biasa jer citer ni .... jika ditanya pendapat ... rasa kurang minat .... terpulang pada 
jugde lagi :)
*
Tak ada yg menarik. Cerita dtg kl dr kg cari kerja. Bosan.

******

Komen saya pulak. Sinopsis tak kuat. Sinopsis di tulis ketika hati tengah sakit mengenangkan manuskrip Ini Love Story ke? yang di anak tirikan. Apakah.. :)

Hidup ini satu perjalanan, bukan destinasi. Jatuh? bangunlah dan berjalan lagi, kalau perlu berlari!..

Till then,


Dapat mini novel free :)

Assallammualaikum (n_n)V


Haii hola, hola.. :) Selamat pagi, salam satu malaysia, dan selamat hari isnin. Tahu hari ni mesti ada yang monday blues kan? ye laa.. isnin kan hari yang busy dan bosan. Hehehehe.

Pagi tadi, aku pun rasa benda yang sama. Tambah-tambah semalamkan baru sampai KL dari Kampung T_T makanya agak homesick sikit.

Masa nak tunggu lift, tiba-tiba teringat benda yang aku sibuk tunggu dari minggu lepas. Benda yang duk buat aku tunggu-tunggu pak cik posmen. Pagi tadi singgah dekat tempat surat dekat bawah. Cek-cek peti, tak ada langsung surat dekat peti surat unit aku. Saja-saja gatal tengok peti surat ofis sebelah. Eh? nama macam kenal! tiba-tiba senyum sorang-sorang. Akhirnya!


Tadaaaaaaa.. Sampai juga minil novel JNCS dari Kak Syamnuriezmil ni :) novel ni aku dapat di sebabkan menjadi 200 orang pertama komen untuk 10 bab e-novel JNCS dekat blog beliau. Suka sangat-sangat!

Maklumlah, novalis kesayang hadiahkan novel kat kita. Mestilah seronokkan?


Gila teruja :) suka sangat kak Syamnuriezmil ni. Originality, humble, baik hati dan bijakkk.. suka sangat dengan karya-karya beliau. Buat cover novel pun cantik, Lagi satu sebab beliau tak HIPOKRIT. Tak pernah nak kisah orang suka dia atau tidak. Selalunya, update beliau dekat Facebook pun memang aku tunggu-tunggu :)


Susah okey nak jumpa penulis sebaik beliau. Berbakat besar & baik :) 
Tabik spring (n_n)V


PS: Maaf tak boleh nak share link beliau di blog. Itu adalah rules beliau. Nak ke blog beliau, sila google, harap maklum :)


 Till then

Sunday, March 03, 2013

Resepi Ais krim Goreng

Assallammualaikum (n_n)V 

Fweh.. pagi-pagi macam ni, heaven makan ais-krim gorengggg! best woh, kulit dia panas, isi dalam dia sejukkkkkk..


Sila cuci mata ye kawan-kawan. Cuaca dekat Bota, Perak ni tengah mendung. Bila dapat makan aiskrim memang sangat best, 

wa cakap kat lu beb (n_n)V


Resepi Ais-krim goreng ni di cilok dari blog Cik Epal. Betul cakap Cik Epal, memang senang gila nak meninggal resepi Ais krim goreng ni!

Roti Gardenia 2 keping utk satu biji ais-krim goreng.
tupperware air yang biasa untuk tekap pada roti.







Resepi asal sila ke blog Cik Epal

TIPS: Biarkan Ais-krim di dalam fridge selama 24 jam atau selama 1 malam. Goreng dalam minyak yang sangat-sangat panas. Bila dah perang terus angkat, toskan terus makan. fweh.. terbaik!




 Till then


Marina Island, Perak

Assallammualaikum (n_n)V 

Hari jumaat petang hari tu, lepas balik dari butik pengantin, decide nak pergi lumut kejap. Maklumlah, dah lama tak singgah lumutkan. 


Masa tengah on the way, singgah kejap dekat Marina Island. Marina Island ni merupakan pulau buatan. Pulau yang di tambak. Dekat sini pun boleh naik ferry untuk ke Pulau Pangkor. Kalau dari Marina Island ambil masa selama 10-15 minit untuk sampai ke Pulau Pangkor. Tapi... harus di ingat, perlu jadi ahli Marina dulu, kad valid untuk satu tahun. Pendaftaran RM 10 untuk perseorangan atau pun family. 

Kalau korang memang orang perak dah gemar ke Pulau Pangkor, sangatlah berbaloi untuk ambil pakej ni. Tapi kalau nak datang sekali je dalam setahun, baik naik ferry dari Lumut je, jangka masa  perjalanan 45 minit hingga satu jam.


Pemandangan matahari terbenam dekat sini pun cantik. Cantik sangat... serius! pemandangan dekat depan tu adalah Pulau Pangkor ye, harap maklum. Betapa dekatnya Pulau tu kan!


Dekat atas adalah jetty complex, nak beli tiket sila ke sini ye! pulau ni tak membangun sangat lagi. Yang betul-betul maju sekitar jetty complex je. Tapi tempat ni bessttttt :)

opss, sila izinkan tuan blog nak interframe eh.. fweh.. fefilling dekat bali kejap. Hehehe :)


Suka tengok pemandangan dekat sini. Cantik tau!


Sekian laporan saya di kampung tercinta. 

(n_n)V





 Till then