Monday, February 04, 2013

Weekend

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat pagi Isnin! siapa duduk wilayah, mesti tahu jumaat hari tu cuti, makanya.. aku pun cuti tiga hari. Memandangkan last week dah balik kampung, makanya cuti tiga hari kita habiskan di bumi KL terchenta. Hari jumaat hari tu, pagi-pagi dah berkejar ke Perodua PJ kengkonon nak hantar service free yang pasal stereng tu. Sampai-sampai kena buat appointment pulak.. Fine, makanya kita ada appointment dengan perodua lepas raya cina eh. Lepas balik dari PJ terus gigih pergi PWTC pulak, iolss semangat nak pergi pesta buku satu malaysia. Gigih hokeys!


Makanya, kat pesta buku PWTC tu berjaya membeli tiga novel berkenaan. Haih.. ajaib sungguh sebab tengok novel SETIA HUJUNG NYAWA, habis! berebut-rebut kot orang. Kagum kejap.

Semalam, iaitu pada hari ahad, gigih pulak aku menapak ke Karangkraf.. ada karnival karangkraf ye.. first time jejak kaki ke Karangkraf.


Fewh.. kalau sebab buku, sanggup ai is berpanas-panas, kalau jom heboh.. tak kuasa haih! buat penat jek.


Masa aku sampai tu dah dekat-dekat tengahari, orang tengah bising-bising karaoke lagu muara hati dekat pentas utama. Mula-mula masa lalu dekat booth remaja, nampak ada Dafi AF tu.. tapi orang tak ramai nak tengok, gila kau nak berdiri tengah-tengah panas sebab nak tengok Dafi.. perasan orang ramai jeling-jeling je tengok Dafi tu. Hehehe.. Motif nak cerita?

Lepas dari booth Remaja tu, cuaca jadi mendung. Jalan punya jalan, jalan lagi.. sampai kat pentas utama, tengok orang nyanyi-nyanyi tiba-tiba ternampak Adam Mukris!! eh .. adam mukris laa.. har har har..

Tanjat kitew nampak Aaron Aziz kat atas pentas. Beliau jadi juri pertandingan karaoke rupanya.


Lepas tu ada Sleq buat persembahan pulak. Ingatkan ada budak Najwa Latiff tu sekali, rupanya tak ada.. saja je letak gambar besar-besar.. bagi peminat sleq nampak. hehehehe.. well... jangan marah naa..


Dah penat-penat tengok artis, bergeraklah semula ke tujuan asal.. shopping buku!!! hehehehe.. well, ingatkan nak beli majalah, tapi hasrat tu di batalkan sebab majalah semua mahal-mahal. Ingatkan adalah yang harga RM1 sebuah, macam ada kat entry blog mana ntah dulu, tapi non-hado okey.. mahal.. sebab dah kecewa, aku pun bergeraklah ke tempat novel!!


Gila tak best. sale 30% kot! kau mampu nak tengok je? kat PWTC tu pun sale 20% je orang dah rebut-rebut nak beli. Kalau 30% haruslaa penuh bakul orang borang.. haih!


 
Setelah tawaf booth buku tu lebih enam kali, akhirnya.. aku berjaya borong empat novel ni. Niat di hati sebab nak cari novel thriller, makanya tiba-tiba rasa novel Serunai Faqir ni menawan hati. Hehehe.. hari tu cari Novel Villa Amira Shakila ni dekat PWTC tapi tak jumpa, jumpa kat Karangkraf haruslah terus ambil.. penat cari, haruslah terus ambil.. Ye, tuan blog tak ambil novel Ramli Awang Murshid ye, sebabnya yang ada pun tak terbaca lagi. Yang novel last tu, macam best je sinopsis dia, makanya.. terus beli!

Dan,
Total adalah seperti di bawah! kalau dekat MPH dengan harga di bawah cuma boleh dapat dua buah novel je... hehehe


See.. see.. well, untungkan kalau ada Baucar Buku 1 Malaysia tu, boleh borong novel satu bakul.. fewh~

Erm, novel dah banyak tu.. usah di tanya bila nak habis baca.. PBAKL 2013 nanti pun tak pasti lagi novel-novel yang sedia ada ni habis di baca. Erm.. ini laa masalahnya Ulat Buku :)






 Till then~

9 comments:

  1. pinjam novel cyda! hehe. saya tak minat novel. time sekolah je baca, sebab konserto terakhir masuk spm! hahaha.. nak try sgt baca novel, tapi malas teruk baca buku :p

    ReplyDelete
  2. bestnye dpt borong novel...jeles tgk

    ReplyDelete
  3. wahh ... borong novel erk. kalau tak baca boleh pas kat yana. yana boleh tlg bacakan.. hehehh

    ReplyDelete
  4. sama mcm adik nik.dapat bouncer buku borong novel. yea la dapat masa final.so mmg tak guna dah kalau beli buku study kan.hehe

    ReplyDelete
  5. bestnyaaaaaaa beli novell.....! jeles jeles. huwaaa....

    ReplyDelete
  6. Aaaaaaaaaaaaaa....tekanan tengok. Kalau saya memang habis duit dekat situ je..betul kalau dekat kedai biasa..banyak tu boleh dapat 2 novel je..alahai, ruginya.

    ReplyDelete
  7. haha borong jgn tak borong...semoga selamat membaca....

    ReplyDelete
  8. wah byk shopping tu. lg plak dpt voucher buku memang jimat giler

    ReplyDelete
  9. makaih murahnnyaa :) untunglahh kann hahaha.

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998