Thursday, February 07, 2013

Strawberry Coklat.

Assallammualaikum (n_n)V

Hai, hai, hai.. ececeh petang-petang baru syok sendiri aku nak update blog. Haip, sebenarnya, kat opis tengah tak ada kerja, tapi aku tak tahu nak update entry apa kat blog. Ye lah.. sibuk duk pergi blog orang sana sini baca cerita, cerita best, cerita tak best, semua aku baca.. gossip artis semua aku tengok, kisah blogger gaduh-gaduh pun aku baca. Haih, sudahnya blog sendiri terabai. Boleh? not good not good..


Actually, aku bukan tak ada benda nak cerita, ada sebenarnya.. tapi ai is femalas tahap gaban nak taip. Dasarrrrr, kan! Sila layankan kejap gambar Strawberry coklat ittew ye. Nampak sedap, rite? sure.. sure..

Hidup Ini macam Strawberry Coklat tu. apa korang expect bila aku cakap macam tu? it's true? aku rasa betul.. ermm.. Sometimes, kita describe hidup ni manis macam coklat. Well, adik-adik.. tak adanya hidup ala-ala fairytales ni.. hidup ini sesungguhnya more kepada strawberry coklat, ada manis dan ada masam. Sama seperti sifat strawberry itu yang masam.

Dan, pengalaman itu sendiri seperti Strawberry, masam tapi mahal. Walau macammanapun pengalaman tu, ianya tetap akan meninggalkan kesan pada kita, tak banyak, sikit mesti ada.. kan? Semuanya terpulang pada kita untuk describe. Perasaan sendiri, pengalaman sendiri, sendiri kena alertlah, kan.. hewh~

Suatu hari, percayalah.. mesti kauorang akan gali balik pengalaman tu.. ye haruslah, dan masa tu baru kau akan nampak beberapa perkara. Dan, kadang-kadang pengalaman tu penting untuk di jadikan pengajaran supaya akan datang, bila kau hadapi situasi yang sama, kau tak akan jadi gelabah, otak kau boleh capture segala tindakan positif, otak kau boleh adopt benda-benda yang negatif. Now, blog ni pun aku created untuk simpan pengalaman-pengalaman tu. Dan dan terasa dah dewasa bila aku baca balik entry-entry aku tahun 2009. Walaupun blog ni asyik cerita pengalaman aku yang tak best, asyik cerita kehidupan aku yang tak happy je, asyik ada entry sedih-sedih, tapi its okey.. sekurang-kurangnya aku tak hipokrit, blog ni truly tentang hidup aku yang tak semenggah which call it 'Pengalaman' :)

Pengalaman = Strawberry Coklat

Ada manis, ada masam..  walaupun masam, pengakhirannya tetap manis, terpulang pada definisi masing-masing..

well, chill lah!




PS: Tengok picture strawberry ni, tiba-tiba rasa nak makan strawberry, alahai..

eh, asal rasa macam taip entry sampah ni? erm..



 Till then~

5 comments:

  1. terus rasa lapar tengok strawberry tu. nyumss :)

    ReplyDelete
  2. Aaaaaa tempting gila gambar tu! Nakkk.. hehe.. betul lah, hidup ni mcm strawberry ;)

    ReplyDelete
  3. SEDAPNYA TENGOK GMBAR TUU!! nak gak!!

    ReplyDelete
  4. hehe betul tu....kalau manis je dalam buku cerita boleh la....

    PS: mmg jahat gambar tu...buat air liur ai meleleh....:P

    ReplyDelete
  5. Tak pernah makan stawberi coklat ni..siapa nak bagi saya..hehe..betul, hidup macam stawberi coklat..luar nampak manis, tapi dalamnya hanya pemakannya sahaja yang tahu.

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998