Tuesday, February 19, 2013

Riak'





Terkadang,
Bukan sengaja mencipta sengketa,
Cuma diri terasa bagai di buang,
Hati bagai di carik-carik
Maruah bagai di pijak-pijak.

Salahkah hanya kerna diri tidak pandai mengipas?
Salahkah kerna ayat ini tidak pernah berbicara manis?
Bodohkah jika ingin meminta benda yang dinamakan hak?
Salahkah kerana mendapat petunjuk Tuhan?
Jemari ini letih, telah berbulan dia menaip..
Menjadikan itu satu cerita,
Lantas penuh pengharapan menunggu ia lahir!

Kamu, sudah bercerita berkajang-kajang,
Sudah riak dalam kesenangan,
Telah kau cantas manusia lain,
Lalu kenapa harus hati kau meronta-ronta?
Menafikan benda yang sudah pasti,
Menafikan riak' yang telah kau kipas-kipaskan,

Berhenti menjadi manusia, 
Jika tidak faham duduk cerita,
Amati semula kisah berkajang-kajang yang kau tulis,
Agar tidak enak kau menutup riak dengan berbahasa berpuitis,

Terima Kasih kerna,
Riak' kau membawa cerita,
Riak' kau membawa kebenaran,
Riak' kau membuka jalan.





Syida Rasyidah
TM Brickfields, KL
11.35 am



5 comments:

  1. syida...sabarlah...tuhan menguji kita skrg...(me to)

    ReplyDelete
  2. luahan hati yer...syida ok?tp itulah realiti....stiap org ad kelemahan...tp klu itu hak kita bek kite pertahankan syida...

    ReplyDelete
  3. semoga org yg riak tu nanti akan dapat kesedaran....

    ReplyDelete
  4. Tak baik riak... riak senjata bahaya. Orang soleh pon tak masuk syurga sebab gebang banyak tau.

    same2 kite ingatkan sesama kite. =)

    ReplyDelete
  5. Susahnya alam dunia..ayuh kita ke bulan, berlari kesana, walaupun sunyi, hati tak rasa hiba.

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998