Thursday, February 14, 2013

[REVIEW]: Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

Assallammualaikum (n_n)V 


Semalam, tengok cerita Hantu Kak Limah 2, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit dekat GSC Midvalley. Makanya, izinkan tuan blog nak review cerita ni ikut level minat dia ye. Sebelum tu, jom kita baca sinopsis cerita dulu ye kawan-kawan.


Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian “Hantu Kak Limah Balik Rumah”, Husin yang telah muflis akibat ditipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.
Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura…..
Di dalam kekecohan itu Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku…? Siapakah yang menculik Husin…?

Pandangan aku:


Pada permulaannya, cerita ini sangat best. Kisah kehilangan teruna 45 tahun sebelum kehilangan Husin, kemudian lawak semasa hussin sampai di Kampung Pisang, kisah di kedai.. semua best.


Kak Limah yang dulunya gila pun sekarang dah okey,



Watak Ezlyn sebagai Mon. Aku suka lagu yang Husin dan Mon nyanyi dekat tepi sungai tu. Best!


Keseluruhan cerita ni aku bagi 3/5 sebabnya jadi tanda-tanya dekat situ tentang watak Mon. Dari awal sampai akhir, tak tahu apa jadi pada mon, dalam hantu kak Limah balik rumah 1 ending dia ada perempuan pakai baju merah, dalam Hantu Kak Limah 2 pun ada perempuan pakai baju merah dan di beri nama mon. Aku andaikan bahawa cerita ni berkisah apa sebenarnya terjadi pada Mon. Tapi nan-hodo, sampai ke sudah tak tahu apa sebenarnya jadi kat mon sampai dia boleh jadi hantu. Sedangkan Pak Abu cakap Mon tu mengajar dekat tempat lain dan dah pakai kereta MYVI tu je. Lain tak ada.

Watak Kak Limah pun tak banyak. Agak confius jugak. Sebab tajuk dia Hantu Kak Limah 2. Tapi watak Kak Limah macam sipi-sipi je. Watak Doktor Samsudin tu pun macam pelik je. 

Bagi aku cerita ni oklah. Mungkin sebab aku letak high expectation pada Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, sebab tu lah aku rasa movie ni oklah. Tapi aku puji CGI dia. Hebat.

Cuma tu laa.. masih tertanya-tanya apa jadi pada Mon sebenarnya sampai dia jadi hantu. Atau.. hantu tu Mon atau Ayu. Entahlaaaaa...


:: Ini review jujur ye kawan-kawan, bukan entry sponsor.. tiket wayang pun sponsor diri sendiri je. Maka, ai komen jujur punye.. :)


PS: Berikut adalah pandangan peribadi penulis. Anda di nasihatkan untuk menonton cerita ini sendiri dan nilaikan sendiri ye :) pandangan kita mungkin berbeza ye 


 Till then~


9 comments:

  1. si dia pun tengok semalam, dah tak sabar sangat nak tengok.. hehe last2 kecewa "tak kick" sangat citer ni.. hehehe.. wan belum tengok lagi.. :D

    ReplyDelete
  2. Miera pun baru tengok semalam and keluar wayang dengan muka blurr sebab tak paham jalan cerita. Mungkin kena tengok 2 3 kali baru paham kot..hahahahaha

    ReplyDelete
  3. tak tengok lagi, sbb ade member kata kurang best dr hantu kak limah 1. kak limah 1 tu mmg pecah perut betul kan? haha

    ReplyDelete
  4. tggu hari raya ler .... kalau ada rezeki mesti dpt tgk free ... hehehh

    ReplyDelete
  5. cgi dia dari sneak preview kat tv mmg nampak lebih mantap...tapi biasa la citer2 movie ni bila dah terlampau concentrate kat satu hal, hal2 lain mcm jln citer diabaikan...

    ReplyDelete
  6. saya tunggu keluar online je hehehe. tp kalau citer lawak2 ni saya suka tengok hehe.

    ReplyDelete
  7. lepas ni mesti ada sambungannya tp teringin sgt nak tengok..hehe

    ReplyDelete
  8. Tak tengok lagi..nak pergi tengok lah..hehe..download je lah..hehe.

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998