Friday, February 08, 2013

Cita-cita

Assallammualaikum (n_n)V 

Selamat pagi, bila ada wifi.. automatik aku tiba-tiba rajin nak update blog. Rajin sangat, entah kenapa semangat bebeno rasanya. Mungkin lebih privasi, kalau kat opis macam segan sangat sebab ada je orang terpandang.. * walaupun itu cuma perasaan* fewh~

Sebenarnya saja je nak up entry kepochi sikit :) silalah terima dengan redha ye. Dalam hidup aku, dulu.. dulu lagi masa zaman hingusan, zaman kanak-kanak rebina dulu.. aku ada dua cita-cita. Pertama, aku nak belajar Engineering, aku nak kerja bidang teknikal, walaupun masa tu aku sedar aku ni tak pandai matematik. Yang kedua, aku nak jadi penulis. Alhamdulillah, yang pertama tu tercapai, yang kedua tu.. alhamdulillah.. aku rasa aku dah berjaya sebenarnya, tapi aku tak nampak.

Masa sekolah dulu, banyak orang pelik sebab aku ambil subjek Kesusasteraan Melayu sebagai subject tambahan. Betapa, dari sekolah aku sangat minat dengan bidang penulisan. Bukan sekolah menengah, tapi dari sekolah rendah.


Dan, aku dari dulu-dulu memang berhajat sangat nak jadi salah seorang penulis dekat karangkraf ni, setakat ni, aku hanya dapat menulis puisi untuk Mingguan Wanita dan cerpen dekat Majalah Remaja je, Alhamdulillah, serius tak sangka! Walaupun puisi yang keluar tu kecil je, tapi sebenarnya ia pembakar semangat untuk aku terus berani bekarya.


Perkenalkan, yang dekat atas ni baby pertama aku. Keluar pada desember 2009. Aku pun tak perasan keluar bila. Lupa dah siapa yang bagitahu. Cerpen dekat Majalah Remaja tu aku tak sempat nak snap, insyaAllah kalau rajin balik nanti boleh snap snap


Yang dekat atas ni pulak adalah Puisi aku dekat Berita Minggu,  keluar hari sabtu dalam tahun 2010 rasanya.. Dalam life aku, aku sangat suka keluarkan Puisi, sebabnya puisi tu dekat di hati, mendalam dan ada double meaning,

Puisi aku dah pernah terbit, cerpen pun dah pernah terbit, novel je tengah tunggu terbit, kalau ada rezeki, terbitlah dia 2014 nanti, kalau ada rezeki awal, keluarlah dia 2013, kalau tak.. redha je lah, maknanya aku belum cukup bagus.

Lagipun, aku memang sedar diri.. aku bukannya hebat mana menulis, tapi yang penting original, aku bukan jenis nak cedok idea-idea ni.

Tadi aku tiba-tiba tersinggah dekat blog penulis otai, geng-geng DBP. Tiba-tiba kata-kata dia terkesan di hati. Makanya, aku ambil keputusan untuk privatekan balik blog karya tu.

Betullah tu, originallity tu subjektif, benda yang subjektif tu yang jadi esklusif. erm.. rindu pulak dekat kapasitor, dah dua tahun aku lupakan tempat tu.. :)

Kalau kau tanya aku pasal cita-cita nombor dua tu, ye.. aku masih lagi mencari.. masih lagi berusaha..

Betul, semua ini bukan satu destinasi, tapi persinggahan, singgah sekejap dan kita akan bergerak semula, tak semuanya mudah..

Oh cita-cita.. semoga aku tak malas-malas nak keluarkan karya-karya berkualiti, malas-malas untuk keluarkan karya sampah tak pe.. *wink*

 Till then~


2 comments:

  1. Waa..suka tulis puisi juga ye..betul, puisi dapat menerangkan isi hati dengan maksud tersurat dan tersirat. Kalau ikut cita2 saya banyak sangat2. Nak jadi wartawan, pembaca berita, penulis memang dari kecil suka, sebab asyik menconteng merapu je. Tak pandai tapi kita usaha kan..Tahniah dapat masukkan karya dalam majalah/s.khbar. Semoga terus berjaya. Saya doakan..tumpang seronok. ^____^

    ReplyDelete
  2. erk...dah private ke? apa la yg geng DBP tu cakap agaknya ye?

    PS: wah retis jugak cik syida ni...pernah kuar majalah remaja tu....:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998