Thursday, February 28, 2013

Koleksi Lawak Pagi part 1

Assallammualaikum (n_n)V 

Lepas baca, koleksi ayat lawak dari blog Zamani84. Terus saya jadi macam berminat nak cari lawak-lawak lain. Maklumlaaaa, duk opis bosan mey.. jom layan jom.. hehehehe..



_______________________________

Ada seorang lelaki, dapat untung dalam bisnes. Jadi dengan bangganya 
di masuk ke pejabat baru. Almaklum lah.. dah jadi bos! Dia pun mulalah 
berangan, konon-konon macam orang V.I.P. Tengah syok berangan, 
tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Dia terus panik, dan ambil telefon. 
Dia suruh orang tadi masuk. 

Sebaik sahaja pintu dibuka, dia pun mula 
la lakonan hebatnya. "Aa.. macam ni la Dato'. Ni ada orang datang, I 
confirm dengan you lepas ni ye," Dengan muka yang penuh riak dia pun 
berkata, "Maaf la ye, saya sibuk sikit. Nak kena selesaikan masalah 
tu la, masalah ni. Appointment lagi. Jadi, encik ni, apa yang boleh 
saya bantu?" Tetamu tadi menjawab dengan selamba, "Saya dari Telekom, 
nak buat sambungan telefon dalam pejabat tuan."

___________________________________

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi… 

Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?” 

Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…” 

___________________________________

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa. 

Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.” 

Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…” 

___________________________________

“Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah,”kata Yani kpd mamanya. 

“Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?”Tanya ibunya. 

“Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%.

___________________________________

Fakta 1 : 
Anda tidak boleh menyentuh semua gigi anda dengan lidah anda. 

Fakta 2 : 
Setelah membaca Fakta 1 kamu dengan selamba yaya dan budusnya mempraktikkan cara tersebut. Korang mengaku jer lakannnn ;D 

Fakta 3 : 
Setelah membaca Fakta ke 2 korang tersenyum pahit dan berkata dalam hati “Hampeh! aku dah terkena nih!” 

Fakta 4: 
Setelah korang terkena, korang bercadang untuk copy dan kenakan kawan korang pulak ;D 

____________________________________

Ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut. ^_^ 

Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tak alihkan pandangannya dari duk tengok gadis tu... 

Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata "kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?” 

“Bukan begitu, cik adik. Pakcik cuma tertanya-tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan” jawab tukang beca tu.

____________________________________


Anda di minta berfikiran positif, gelak slow-slow sikit ye. Hehehe..

Sumber: SINI


 Till then~


Wednesday, February 27, 2013

Ayat kelakar Samy Vellu

Assallammualaikum (n_n)V 

Selamat petang. Mengantuk ke? hehehe.. tadi kita singgah blog Zamani 84. Terbaca pulak entry beliau pasal Samy vellu. Omg.. lawak gila kot! hilang terus rasa mengantuk dekat opis.

Korang harus layan jugak tau! :)



AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU:-

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"



3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Yang paling kelakar di dunia sepanjang abad ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"


Gila ah.. rasa nak menangis baca entry Zamani84 tadi. Makanya, dengan izin admin, kitapun copy.. entry penuh sila ke blog beliau -- Zamani84

 Till then~


Tuesday, February 19, 2013

Riak'





Terkadang,
Bukan sengaja mencipta sengketa,
Cuma diri terasa bagai di buang,
Hati bagai di carik-carik
Maruah bagai di pijak-pijak.

Salahkah hanya kerna diri tidak pandai mengipas?
Salahkah kerna ayat ini tidak pernah berbicara manis?
Bodohkah jika ingin meminta benda yang dinamakan hak?
Salahkah kerana mendapat petunjuk Tuhan?
Jemari ini letih, telah berbulan dia menaip..
Menjadikan itu satu cerita,
Lantas penuh pengharapan menunggu ia lahir!

Kamu, sudah bercerita berkajang-kajang,
Sudah riak dalam kesenangan,
Telah kau cantas manusia lain,
Lalu kenapa harus hati kau meronta-ronta?
Menafikan benda yang sudah pasti,
Menafikan riak' yang telah kau kipas-kipaskan,

Berhenti menjadi manusia, 
Jika tidak faham duduk cerita,
Amati semula kisah berkajang-kajang yang kau tulis,
Agar tidak enak kau menutup riak dengan berbahasa berpuitis,

Terima Kasih kerna,
Riak' kau membawa cerita,
Riak' kau membawa kebenaran,
Riak' kau membuka jalan.





Syida Rasyidah
TM Brickfields, KL
11.35 am



Pengurus Harimau 'Bohong': Piya

Assallammualaikum (n_n)V 

Buka-buka paper tiba-tiba up cerita ni bahagian sukan. Di maklumkan saya bukanlah peminat bola sepak, bola tenis, bola takraw atau apa-apa jenis bola. Tapi, kisah Piya ni memang agak menyentuh 'perasaan'

Nota Kaki:

Tu laa kau Piya, apasal kau tak kipas pengurus Harimau tu laju-laju, kalau boleh bagi dia air-cond 24 jam, bagi mata dia bercahaya tengok kau, bagi dia kesian tengok kau.. Tu laa, orang lain tak pandai main bola, kaki keras macam bangku pun boleh lembutkan hati pengurus, kau yang kapten pasukan pulak tak boleh? Tu laa, yang penting AYAT KENA MANIS, KIPAS LAJU - LAJU SIKIT. Kalau tak kipas laju-laju mana kau nak naik. Duk kat takuk tu je lah kau!

Gebang lebih dekat media je, KIPAS tak nak. Haih!


Pesanan penaja: Rileks Piya, bukan rezeki kau.. tak pe lah, sekurang-kurangnya bila harimau patah kaki kau tak akan rasa bersalah. Buat gane, esok-esok adalah rezeki, kalau tak ada duduklah senyap-senyap. Pelik jugalah, NAMA DAH TERSENARAI BOLEH KENA CANTAS. haih..

Donia, donia..

Siapa kipas lebih dia naik tinggi..

up up away!

Bila dah naik tinggi, lupa pulak nak jejak tanah. Tu yang susah kalau guna lif tu.. bahaya oh guna lift. Sekali tali lift tu putus. Jadi macam kes dekat Lumut tu. 

Hoih! baca kisah tu terus terasa seram naik lift. Tak pe laa saya rela naik tangga. Nasib ofis ada tangga. Walaupun sampai opis mengah macam tak cukup nafas, saya rela.. :)



Till then~

Thursday, February 14, 2013

[REVIEW]: Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

Assallammualaikum (n_n)V 


Semalam, tengok cerita Hantu Kak Limah 2, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit dekat GSC Midvalley. Makanya, izinkan tuan blog nak review cerita ni ikut level minat dia ye. Sebelum tu, jom kita baca sinopsis cerita dulu ye kawan-kawan.


Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian “Hantu Kak Limah Balik Rumah”, Husin yang telah muflis akibat ditipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.
Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura…..
Di dalam kekecohan itu Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku…? Siapakah yang menculik Husin…?

Pandangan aku:


Pada permulaannya, cerita ini sangat best. Kisah kehilangan teruna 45 tahun sebelum kehilangan Husin, kemudian lawak semasa hussin sampai di Kampung Pisang, kisah di kedai.. semua best.


Kak Limah yang dulunya gila pun sekarang dah okey,



Watak Ezlyn sebagai Mon. Aku suka lagu yang Husin dan Mon nyanyi dekat tepi sungai tu. Best!


Keseluruhan cerita ni aku bagi 3/5 sebabnya jadi tanda-tanya dekat situ tentang watak Mon. Dari awal sampai akhir, tak tahu apa jadi pada mon, dalam hantu kak Limah balik rumah 1 ending dia ada perempuan pakai baju merah, dalam Hantu Kak Limah 2 pun ada perempuan pakai baju merah dan di beri nama mon. Aku andaikan bahawa cerita ni berkisah apa sebenarnya terjadi pada Mon. Tapi nan-hodo, sampai ke sudah tak tahu apa sebenarnya jadi kat mon sampai dia boleh jadi hantu. Sedangkan Pak Abu cakap Mon tu mengajar dekat tempat lain dan dah pakai kereta MYVI tu je. Lain tak ada.

Watak Kak Limah pun tak banyak. Agak confius jugak. Sebab tajuk dia Hantu Kak Limah 2. Tapi watak Kak Limah macam sipi-sipi je. Watak Doktor Samsudin tu pun macam pelik je. 

Bagi aku cerita ni oklah. Mungkin sebab aku letak high expectation pada Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, sebab tu lah aku rasa movie ni oklah. Tapi aku puji CGI dia. Hebat.

Cuma tu laa.. masih tertanya-tanya apa jadi pada Mon sebenarnya sampai dia jadi hantu. Atau.. hantu tu Mon atau Ayu. Entahlaaaaa...


:: Ini review jujur ye kawan-kawan, bukan entry sponsor.. tiket wayang pun sponsor diri sendiri je. Maka, ai komen jujur punye.. :)


PS: Berikut adalah pandangan peribadi penulis. Anda di nasihatkan untuk menonton cerita ini sendiri dan nilaikan sendiri ye :) pandangan kita mungkin berbeza ye 


 Till then~


Wednesday, February 13, 2013

Monday, February 11, 2013

Tutorial tukar domain blogspot kepada domain dot my semula.

Assallammualaikum (n_n)V

Entry ni khas untuk Cik Nugrul Farah. Beliau ada pm kita dekat FB, sorry ye.. tak perasan. Okey.. kita buatkan tutorial untuk awak ye farah.

1- setting>basic

Bila dah keluar window macam dekat atas ni, klik + Add a custom domain tu. Lepas tu akan keluar window macam dekat bawah ni.


Lepas tu klik pada switch to advanced settings. Nanti akan keluar macam dekat bawah ni pulak.. lepas tu masukkan url yang di daftarkan di Asia Host.. lepas tu klik save.









Itu jek.. kte buat cam tu je. Kalau korang tak boleh nak key-in balik url, maknanya korang kena buat step by step macam mula-mula bertukar ke dot.my dulu laa.. ala, yang macam nak register ke .my dari blogspot dulu tu..



Till then~



Obesiti

Assallammualaikum (n_n)V 

Blog kita obesiti. Percaya tak? Silalah percaya.. rasa macam kesian pulak pada awak, awak dan awak yang view. Berat eh? lambat loadingkan?

Tadi, timbang dia.. Oh My Gucci. Berat tau!
Ini dia,


Kesiankan? dah tak tahu nak delete apa lagi nak bagi berat dia kurang dari 100kb. haih.. erm.. tengah fikir nak delete apa lagi ni..



ps: apa perasaan korang bila pukul 3.15 pagi, tengah update blog, sunyi sepi.. tiba-tiba patung kucing anak buah korang yang pakai bateri tu tiba-tiba berbunyi, meow meow? fewh... seram hokeys!




 Till then~


Harga Kuih memang dah mahal eh?

Assallammualaikum (n_n)V

Hari jumaat hari tu, datang awal ke opis, maklumlah.. gerak dari Serdang pukul 6.50 pagi, ingatkan jem.. rupanya tak! so sampai opis orang semua tak ada.. singgah kat cafe, beli kuih tiga ketul.


Akukan tak pernah sarapan kat cafe, sebab dah terbiasa sarapan kat rumah sebelum datang opis. Ambil kuih tiga ketul. Lorh.. kena bayar RM1.20. Dah lah kecil.. confius, memang harga kuih dah mahal, atau sememangnya cafe kat opis aku ni over?

Kalau ikutkan, cafe ni memang over mahal pun.. Entahlaa.. Rm1.20 tu kuih je, coffee tu buat sendiri dekat pantry ye :)


 Till then~

Friday, February 08, 2013

Di Seri Kembangan

Assallammualaikum (n_n)V 

Salam pagi jumaat pada awak, awak dan awak semua.. Haiiiii.. hehehe, actually picta ni di snap dekat Sungai Besi, semalam tidur dekat New Wave Hotel dekat Seri Kembangan.


Pendapat aku pasal hotel ni okeylaa.. hotel budget, tak mampu nak sewa hotel best-best, tapi okeylaa, satu bilik ada dua katil double (queen), ada astro, air-cond, water heater, wifi, semua selesa..harga pun worth.. dalam RM70. Okeylaa.. bukan nak pergi bercuti pun, cuma nak stay sehari sebab hari ni abah ada medical check-up jantung dekat Hospital Serdang.

Kali ni punya medical check-up aku tak dapat nak temankan mak dan abah. Niat di hati memang aku nak temankan mak dan abah. Tapi aku tak nak mintak cuti lagi, cuti yang ada kena simpan untuk benda-benda penting. Lagipun baru bulan 2, panjang lagi tahun ni.. InsyaAllah, banyak lagi check-up abah kena datang.

Haila.. semoga adalah rezeki aku nak beli rumah dekat area lembah Klang ni.. kesian pada mak dan abah, asyik nak berulang-alik je ke Hospital Serdang, atlist kalau ada rumah sendiri, tak lah mak dan abah terkejar-kejar lagi nak gerak dari perak, kurang sikit kerisauan aku :(

Semalam dah tunjukkan abah jalan ke hospital Serdang, semoga Abah tak sesat. Hehhehehe..

Semoga abah okey-okey je.. harap juga check-up abah tak di tangguhkan lepas raya cina pulak. aduyaaii... seksanya kalau kena tangguh.



 Till then~

Cita-cita

Assallammualaikum (n_n)V 

Selamat pagi, bila ada wifi.. automatik aku tiba-tiba rajin nak update blog. Rajin sangat, entah kenapa semangat bebeno rasanya. Mungkin lebih privasi, kalau kat opis macam segan sangat sebab ada je orang terpandang.. * walaupun itu cuma perasaan* fewh~

Sebenarnya saja je nak up entry kepochi sikit :) silalah terima dengan redha ye. Dalam hidup aku, dulu.. dulu lagi masa zaman hingusan, zaman kanak-kanak rebina dulu.. aku ada dua cita-cita. Pertama, aku nak belajar Engineering, aku nak kerja bidang teknikal, walaupun masa tu aku sedar aku ni tak pandai matematik. Yang kedua, aku nak jadi penulis. Alhamdulillah, yang pertama tu tercapai, yang kedua tu.. alhamdulillah.. aku rasa aku dah berjaya sebenarnya, tapi aku tak nampak.

Masa sekolah dulu, banyak orang pelik sebab aku ambil subjek Kesusasteraan Melayu sebagai subject tambahan. Betapa, dari sekolah aku sangat minat dengan bidang penulisan. Bukan sekolah menengah, tapi dari sekolah rendah.


Dan, aku dari dulu-dulu memang berhajat sangat nak jadi salah seorang penulis dekat karangkraf ni, setakat ni, aku hanya dapat menulis puisi untuk Mingguan Wanita dan cerpen dekat Majalah Remaja je, Alhamdulillah, serius tak sangka! Walaupun puisi yang keluar tu kecil je, tapi sebenarnya ia pembakar semangat untuk aku terus berani bekarya.


Perkenalkan, yang dekat atas ni baby pertama aku. Keluar pada desember 2009. Aku pun tak perasan keluar bila. Lupa dah siapa yang bagitahu. Cerpen dekat Majalah Remaja tu aku tak sempat nak snap, insyaAllah kalau rajin balik nanti boleh snap snap


Yang dekat atas ni pulak adalah Puisi aku dekat Berita Minggu,  keluar hari sabtu dalam tahun 2010 rasanya.. Dalam life aku, aku sangat suka keluarkan Puisi, sebabnya puisi tu dekat di hati, mendalam dan ada double meaning,

Puisi aku dah pernah terbit, cerpen pun dah pernah terbit, novel je tengah tunggu terbit, kalau ada rezeki, terbitlah dia 2014 nanti, kalau ada rezeki awal, keluarlah dia 2013, kalau tak.. redha je lah, maknanya aku belum cukup bagus.

Lagipun, aku memang sedar diri.. aku bukannya hebat mana menulis, tapi yang penting original, aku bukan jenis nak cedok idea-idea ni.

Tadi aku tiba-tiba tersinggah dekat blog penulis otai, geng-geng DBP. Tiba-tiba kata-kata dia terkesan di hati. Makanya, aku ambil keputusan untuk privatekan balik blog karya tu.

Betullah tu, originallity tu subjektif, benda yang subjektif tu yang jadi esklusif. erm.. rindu pulak dekat kapasitor, dah dua tahun aku lupakan tempat tu.. :)

Kalau kau tanya aku pasal cita-cita nombor dua tu, ye.. aku masih lagi mencari.. masih lagi berusaha..

Betul, semua ini bukan satu destinasi, tapi persinggahan, singgah sekejap dan kita akan bergerak semula, tak semuanya mudah..

Oh cita-cita.. semoga aku tak malas-malas nak keluarkan karya-karya berkualiti, malas-malas untuk keluarkan karya sampah tak pe.. *wink*

 Till then~


Thursday, February 07, 2013

Review: Wawa Semput

Assallammualaikum (n_n)V 

Lupa nak update, semalam.. aku tengok cerita Wawa semput dekat GSC Mid Valley, eh.. tuan tanah lupa nak buat review :)

hehehe..




Sinopsis:

Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia. Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa. ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai. Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya. PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit. Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya. Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa?

Rate aku bagi untuk cerita ni adalah: 7/10

Overall dia best, jalan cerita best, lawak sangat banyakkkkk.. serius, watak Along denga Angah tu memang superrr.. Along cham dan Angah memang sesuailah di gandingkan. memang tak kering gusi. Serius.. nak terkeluar balik air masa aku minum, jagung aku makan siap tersembur-sembur.. har har har.. *maap*

Cuma yang spoilnye semalam sebab keadaan panggung tu kot, kecewaaaa sangat sebab, dah nak suku cerita, barulah orang GSC tu tutup lampu. Dah lah aku duduk betul-betul bawah lampu, silau.. Erm.. siapa yang tengok semalam memang panas je hati agaknya.. hall 16 tu serius tak best. Mood agak kelaut di sebabkan lampu.. cerita dah best daa, tapi staff yang tak alert tu yang buat spoil.. Sabar je laa..

 Till then~

Strawberry Coklat.

Assallammualaikum (n_n)V

Hai, hai, hai.. ececeh petang-petang baru syok sendiri aku nak update blog. Haip, sebenarnya, kat opis tengah tak ada kerja, tapi aku tak tahu nak update entry apa kat blog. Ye lah.. sibuk duk pergi blog orang sana sini baca cerita, cerita best, cerita tak best, semua aku baca.. gossip artis semua aku tengok, kisah blogger gaduh-gaduh pun aku baca. Haih, sudahnya blog sendiri terabai. Boleh? not good not good..


Actually, aku bukan tak ada benda nak cerita, ada sebenarnya.. tapi ai is femalas tahap gaban nak taip. Dasarrrrr, kan! Sila layankan kejap gambar Strawberry coklat ittew ye. Nampak sedap, rite? sure.. sure..

Hidup Ini macam Strawberry Coklat tu. apa korang expect bila aku cakap macam tu? it's true? aku rasa betul.. ermm.. Sometimes, kita describe hidup ni manis macam coklat. Well, adik-adik.. tak adanya hidup ala-ala fairytales ni.. hidup ini sesungguhnya more kepada strawberry coklat, ada manis dan ada masam. Sama seperti sifat strawberry itu yang masam.

Dan, pengalaman itu sendiri seperti Strawberry, masam tapi mahal. Walau macammanapun pengalaman tu, ianya tetap akan meninggalkan kesan pada kita, tak banyak, sikit mesti ada.. kan? Semuanya terpulang pada kita untuk describe. Perasaan sendiri, pengalaman sendiri, sendiri kena alertlah, kan.. hewh~

Suatu hari, percayalah.. mesti kauorang akan gali balik pengalaman tu.. ye haruslah, dan masa tu baru kau akan nampak beberapa perkara. Dan, kadang-kadang pengalaman tu penting untuk di jadikan pengajaran supaya akan datang, bila kau hadapi situasi yang sama, kau tak akan jadi gelabah, otak kau boleh capture segala tindakan positif, otak kau boleh adopt benda-benda yang negatif. Now, blog ni pun aku created untuk simpan pengalaman-pengalaman tu. Dan dan terasa dah dewasa bila aku baca balik entry-entry aku tahun 2009. Walaupun blog ni asyik cerita pengalaman aku yang tak best, asyik cerita kehidupan aku yang tak happy je, asyik ada entry sedih-sedih, tapi its okey.. sekurang-kurangnya aku tak hipokrit, blog ni truly tentang hidup aku yang tak semenggah which call it 'Pengalaman' :)

Pengalaman = Strawberry Coklat

Ada manis, ada masam..  walaupun masam, pengakhirannya tetap manis, terpulang pada definisi masing-masing..

well, chill lah!




PS: Tengok picture strawberry ni, tiba-tiba rasa nak makan strawberry, alahai..

eh, asal rasa macam taip entry sampah ni? erm..



 Till then~

Wednesday, February 06, 2013

update.

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat Pagi, Selamat hari rabu dan salam satu malaysia. *kejadahnya?* har har har.. ada orang rindu kitew tak? ye.. baru perasan yang tuan tanah tak update blog cerita pasal diri sendiri banyak-banyak. Well.. tak tahu nak cite apa daa, eh? hehehehe..

Actually, life kita berjalan macam biasa sepanjang februari ni. Pejam celik pejam celik kejap je dah 06 februari kan? sangat pantas masa bergerak. Haih!


Sekarang kat opis macam biasa. Macam biasa? ye, macam biasa. Awal-awal tahun ni, aku tiba-tiba rasa tak produktif, mungkinkah sebab kalender ada dua kat atas meja aku sekarang ni? ye laaa... awal-awal tahun ni, sikit-sikit cuti.. sikit-sikit cuti.. senak perut tengok asyik ada cuti je.. bila nampak cuti lebih dua hari, mulalah aku nak berkira-kira balik kampung, pantang cuti je.. mestilah kampung tujuan aku. Nasiblah perak ke KL tu dekat, kalau macam pantai timur tu.. herm.. menangis je laa aku bila tiba time-time cuti :) bangun pagi pun terasa malas, padahal malam-malam stok tidur macam budak kecil, pukul 9.00 malam dah selamat tidur, heheheehehe.. well, kl memang tak pernah tidur, aku je yang tidur  awal.. tidur pukul 9.00 malam, bangun pukul 6.45 pagi.. gila kepochikan..

Now, ai is sedang tertarik membaca blog kakak blogger pojaan hati. Herm.. sesungguhnya entry ahkak D ini sangat di tunggu-tunggu, blogger otai, haruslaaa kita tunggu dia updatekan? kau tengok tu.. penuh window duk membaca, satu-satu aku baca ayat dia. Last-last aku print screen dan tepek kat sini bila rasa ianya sangat dekat di hati. *motip?*



Well.. aku suka ayat dia.. sempoikan..Apa yang aku nak sampaikan, semua akak D dah sampaikan, semua aku nak luahkan , semua dia dah luahkan, adakah ini bermakna pepatah " Makan garam " ittew boleh di terima 100 peratus? hehehe.. pada aku betul..

Erm.. actually betul apa yang dia cakap tu. dulu, masa blog tak popular, update apa pun orang tak tau, tak heran, suka hati nak update apa, suka hati nak meroyan apa, suka hati nak tepek gambar apa, semua suka hati sebab kita tahu reader tak banyak mana. Tapi... now dah tak boleh (budget reader ribu-ribu) , kena ingat selalu ayat kiah Propa tu...

Jejaga... ada yang merati..

Hahaha, kelakar.. dah rasa macam artis pujaan malaya gitew. Boleh? Well.. okey pe ada haterz, atlist boleh juga duk feeling-feeling kita ni blogger famous amous, kte ni blogger artis.. hahaha..

Okey what!

Haih.. adakah aku akan menjadi blogger famous macam kak D tak lama lagi ni? Haip.. apa aku merepek ni?  Adeh, gila meroyan stalker aku baca statement aku ni.. *sambil kelip-kelip mata, hantar flaying kiss ke dia*

kidding, jangan amek ati yew.. kte ngah bosan tak tau nak hupdate ape nih :)


 Till then~

Checklist Persiapan Perkahwinan

Assallammualaikum (n_n)V 

Entry ni di update laju-laju sebab nak key-in benda ni di blog.. untuk tatapan aku kat masa akan datang, kot-kot lupa ingatan. Al-maklumlah, ai is banyak sangat makan semut. Hehehehehe..



Entry di copy dari blog beliau. Munnafendy 

Bila baca entry beliau, terus teringat.. eh? eh? eh? homai.. banyak benda kena buat ni.. :(

PERSIAPAN AWAL
01 Kursus Kahwin
02 HIV test
03 Dokumen - (semua yang berkaitan)
04 Kad Kahwin VIP
05 Kad Kahwin biasa
06 Setem pos kad kahwin
07 Scalling gigi (B & SYG)
08 Contact Lens (SYG)
09 Facial & spa (B & SYG)
10 Banner
11 Guest Book
12 Homestay Family B

MALAM NIKAH
01 Baju nikah, tudung & veil SYG
02 Baju nikah, samping & songkok B
03 Gelang tangan (batal air sembahyang)
04 Mas kahwin
05 Upah Kadi
06 Doorgift (bunga telur, cenderahati, kuih & sweets)
07 Bantal duduk
08 Photographer
09 Make up SYG

MAJLIS PERSANDINGAN (TROLAK dan PUCHONG)
01 Baju sanding, tudung, veil SYG
02 Baju sanding B
03 Make up dan aksesori
04 Bunga tangan
05 Pelamin
06 Pintu Gerbang
07 Bunga manggar
08 Kompang
09 PA system
10 Photographer
11 Baju family
12 Pengapit
13 Wedding cake
14 Hiasan meja beradap
15 Meja tetamu & khemah
16 Bunga @ Badge Penanggah
17 Hadiah cabutan bertuah
18 Hiasan bilik pengantin
19 Doorgift VIP
20 Doorgift biasa
21 Makanan (rewang-Trolak)
22 Makanan (katering-Puchong)


PS: Haters please behave hokeys :)


 Till then~

Monday, February 04, 2013

Weekend

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat pagi Isnin! siapa duduk wilayah, mesti tahu jumaat hari tu cuti, makanya.. aku pun cuti tiga hari. Memandangkan last week dah balik kampung, makanya cuti tiga hari kita habiskan di bumi KL terchenta. Hari jumaat hari tu, pagi-pagi dah berkejar ke Perodua PJ kengkonon nak hantar service free yang pasal stereng tu. Sampai-sampai kena buat appointment pulak.. Fine, makanya kita ada appointment dengan perodua lepas raya cina eh. Lepas balik dari PJ terus gigih pergi PWTC pulak, iolss semangat nak pergi pesta buku satu malaysia. Gigih hokeys!


Makanya, kat pesta buku PWTC tu berjaya membeli tiga novel berkenaan. Haih.. ajaib sungguh sebab tengok novel SETIA HUJUNG NYAWA, habis! berebut-rebut kot orang. Kagum kejap.

Semalam, iaitu pada hari ahad, gigih pulak aku menapak ke Karangkraf.. ada karnival karangkraf ye.. first time jejak kaki ke Karangkraf.


Fewh.. kalau sebab buku, sanggup ai is berpanas-panas, kalau jom heboh.. tak kuasa haih! buat penat jek.


Masa aku sampai tu dah dekat-dekat tengahari, orang tengah bising-bising karaoke lagu muara hati dekat pentas utama. Mula-mula masa lalu dekat booth remaja, nampak ada Dafi AF tu.. tapi orang tak ramai nak tengok, gila kau nak berdiri tengah-tengah panas sebab nak tengok Dafi.. perasan orang ramai jeling-jeling je tengok Dafi tu. Hehehe.. Motif nak cerita?

Lepas dari booth Remaja tu, cuaca jadi mendung. Jalan punya jalan, jalan lagi.. sampai kat pentas utama, tengok orang nyanyi-nyanyi tiba-tiba ternampak Adam Mukris!! eh .. adam mukris laa.. har har har..

Tanjat kitew nampak Aaron Aziz kat atas pentas. Beliau jadi juri pertandingan karaoke rupanya.


Lepas tu ada Sleq buat persembahan pulak. Ingatkan ada budak Najwa Latiff tu sekali, rupanya tak ada.. saja je letak gambar besar-besar.. bagi peminat sleq nampak. hehehehe.. well... jangan marah naa..


Dah penat-penat tengok artis, bergeraklah semula ke tujuan asal.. shopping buku!!! hehehehe.. well, ingatkan nak beli majalah, tapi hasrat tu di batalkan sebab majalah semua mahal-mahal. Ingatkan adalah yang harga RM1 sebuah, macam ada kat entry blog mana ntah dulu, tapi non-hado okey.. mahal.. sebab dah kecewa, aku pun bergeraklah ke tempat novel!!


Gila tak best. sale 30% kot! kau mampu nak tengok je? kat PWTC tu pun sale 20% je orang dah rebut-rebut nak beli. Kalau 30% haruslaa penuh bakul orang borang.. haih!


 
Setelah tawaf booth buku tu lebih enam kali, akhirnya.. aku berjaya borong empat novel ni. Niat di hati sebab nak cari novel thriller, makanya tiba-tiba rasa novel Serunai Faqir ni menawan hati. Hehehe.. hari tu cari Novel Villa Amira Shakila ni dekat PWTC tapi tak jumpa, jumpa kat Karangkraf haruslah terus ambil.. penat cari, haruslah terus ambil.. Ye, tuan blog tak ambil novel Ramli Awang Murshid ye, sebabnya yang ada pun tak terbaca lagi. Yang novel last tu, macam best je sinopsis dia, makanya.. terus beli!

Dan,
Total adalah seperti di bawah! kalau dekat MPH dengan harga di bawah cuma boleh dapat dua buah novel je... hehehe


See.. see.. well, untungkan kalau ada Baucar Buku 1 Malaysia tu, boleh borong novel satu bakul.. fewh~

Erm, novel dah banyak tu.. usah di tanya bila nak habis baca.. PBAKL 2013 nanti pun tak pasti lagi novel-novel yang sedia ada ni habis di baca. Erm.. ini laa masalahnya Ulat Buku :)






 Till then~

Saturday, February 02, 2013

Coklat Paling Mahal di Dunia

Assallammualaikum (n_n)V 


Chocopologie
Harga : $2,600 = RM7872.80



Coklat yang paling sedap dan paling mahal di dunia adalah chocopologie oleh Knipschildt. Pada RM7872.80 per paun, coklat lembut buatan tangan ini hanya dimiliki melalui pesanan. Ia mengandungi coklat lembut hitam dan 70% koko Valrhona.


 Till then~

Friday, February 01, 2013

Telur ikan termahal

Assallammualaikum (n_n)V 


Almas Caviar
Harga : $25,000 = RM75,700.00

Telur ikan Almas. Ianya berwarna putih, datang daripada beluga yang berumur lebih dari 100 tahun. Ikan Beluga, ikan besar dan pemangsa dalam keluarga sturgeon, mengambil masa 20 tahun untuk matang. Dipercayai, semakin putih telur ikan itu maka semakin tua la ikan tersebut maka semakin indahlah rasanya. telur ikan Almas Iran adalah yang paling mahal. Ianya dijual dalam tin emas 24-karat untuk $2000 per 100 gram. Kedai yang di ketahui hanya Caviar House & Prunier di London England Picadilly yang menjual kilo telur ikan Almas yang mahal dalam tin emas 24-karat untuk $25,000.00







 Till then~