Tuesday, January 29, 2013

Tak tahu nak update apa!

Assallammualaikum (n_n)V 

Yuhuu.. update laju-laju dari opis. Hai hai hai.. hari ni macam biasa, semalam balik dari kampung, gerak pukul 4.00 petang, pukul 8.30 malam baru sampai.. Sabar je lah kena menghadap jem kat highway. Terlupa yang mak cik balik kampung sebab ada public holiday. Dasar.. dah cuti 5 hari boleh buat-buat lupa. Kennn.. huhuhu..

Actually, batuk masih tak hilang jugak. Ada akak kat office bagitahu makan gula batu buat macam makan gula-gula biasa. Tak pun minum air teh panas-panas. Setuju.. tapi, kat rumah sewa tak ada semua tu.. adehh.. teringat kat kampung. Rindu kat rumah. Haih!

Next week, 8 februari 2013 insyaAllah aku balik kampung lagi. 8 februari ni abah ada check up jantung kat Hospital Serdang lagi. Dup dap dup dap rasa hati sebab risau kalau abah kena tahan kat wad, tak sampai hati nak tengok mak dan abah duduk kat Hospital lagi. Haih.. erm.. insyaAllah semua okey, masa kat kampung hari tu tengok abah makin rajin makan ubat. Tapi tu lah, tak sampai hati pulak nak makan sayur depan abah.. Since sakit jantung ni, abah tak boleh makan sayur warna hijau. So, kitorang decided tak payah makan sayur terus.

Well, sepanjang abah sakit ni, macam-macam perangai orang aku nampak. Macam-macam perangai orang aku kena hadap, tapi syukur alhamdulillah.. adik-beradik sebelah mak selalu jugak call-call dari Sabah tanya pasal kesihatan Abah. Atlist, nampaklah juga ada yang ambil tahu walaupun jarak memisahkan mak dari mereka. Syukur Alhamdulillah :)

Sedar tak sedar, dah empat tahun abah kena sakit jantung. Sepanjang empat tahun ni banyak benda aku belajar, banyak sangat benda aku usahakan. Sometimes memang aku sakit hati bila aku susah-susah nak jaga hati mak dan abah, tapi ada je pihak lain yang sesedap rasa ambil kesempatan. Whatevar.. malas nak ingat dah, cuma agak terkilan bila orang tu cakap aku ni menyibuk hal mak ayah aku.. haruslah aku menyibuk kalau aku susah - payah turun naik sana-sini nak dapatkan RM untuk pembedahan abah aku, sanggup susah payah uruskan segala-galanya, jawapannya WAJIB aku ambil tahu segala hal..

Adehh.. banyak benda kena fikir sebenarnya ni..fikir pasal mak abah, pasal rumah, pasal manuskrip, pasal kahwin.. eh? hhehehehehe..

Sebut pasal kahwin, Pagi tadi ada add seorang wanita, isteri kepada bekas officemate aku kat Ampang dulu, SubhannaAllah.. Walau pun dia bukan 'secantik' wanita lain, Aku pandang lama muka dia, ada kecantikkan pada wajah dia sebenarnya.. Bagi aku, dia cantik, ikhlas dari hati.. aku nampak dia cantik. Aku jadi bangga walaupun dia tak sempurna, walau dia tak seperti wanita lain, dia meletakkan harga diri, meletakkan maruah dia di tempat tertinggi.. SubhannaAllah, aku puji ketabahan dia. Maaf, aku tak nak letak picture dia dekat blog, cukup hanya sekadar aku yang tahu tentang beliau.. :)

Walau macammana pun muka kita, walau nampak hodoh pada pandangan orang lain, itu bukan bermakna orang boleh ejek cakap Allah bagi muka kita bertanda untuk di jadikan petunjuk pada orang-orang yang cantik ittew bahawa kehadiran kita yang tak cantik ini sebagai ancaman pada mereka.. Well, Kalau Allah nak tarik balik nikmat CANTIK dan KAYA tu, bila-bila je Allah boleh tarik. Makanya, hati-hati sikit bila menghina ciptaan Allah ittew.

Hish.. apa banyak sangat aku meroyan ni? Maafkan aku, biasalah.. hormon tak stabil, tambah-tambah domain buat hal.. dan dan CPU dalam kepala pun ikut terkena virus, terus nak review cerita lama. Haip haip haip jangan nak saiko sangat kak dan mak incik-mak incik masa membaca eh. Ini cerita hidup aku je nih.. saja buat kenangan untuk anak cucu baca di masa senggang. Boleh?

Sungguh tak beretika update benda mengarut dan personal ni..

Okey, nak balik daaa.. mengarut dah melampau ni, kang naya orang lain kena darah tinggi..

PS: ada 60 komen tak approve, agak-agak domain MY tu dah ok ke belum eh? erm..


 Till then~

1 comment:

  1. ooh baru tau org sakit jantung takleh makan sayur ijau...diharap abah syida cepat sembuh nanti....

    PS: domain dot my mcm harapan tipis je nak pulih...haha

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998