Thursday, January 03, 2013

Setia Hujung Nyawa Slot Akasia TV3

Assallammualaikum (n_n)V 

Selamat petang!! Haih, dah petang baru sibuk nak update, kan.. hehehehehee, :)  Well, siapa tengok cerita ni dekat tv3 petang-petang? Cuti hari tu, aku boleh terjebak tengok cerita ni dalam dua episode. Mula-mula aku macam tak minat sebab kisah dia macam kisah kahwin paksa, ye laa.. dah selalu sangat cerita kahwin-kahwin paksa ni kan.

Tiba-tiba bila tengok terasa nak beli novelnya pulak bila baca review novel rupa-rupanya Ersalina tu mengandung sebelum kena kahwin dengan zain.

Makanya, tengahari semalam gigihlaa pergi Popular kat Petaling Street tu sebab nak cari novel ni. Cari-cari tak ada. Hampa tau. Balik kerja, Encik Bulat ajak cari kat MPH Midvelly. Dah sampai-sampai MPH, cari - cari tak jumpa. Cari kat komputer.. Laaaa, dah habis rupanya!

Sedih hokeys, berpusing-pusinglah cari kedai buku lain dekat The Garden, hermm.. tak ada pulak kedai buku! Encik Bulat ajak pergi Kedai Buku dekat jalan TAR, memandangkan hari-hari biasa kedai kat Jalan TAR tutup awal, makanya aku redha ajak Encik Bulat tawaf ke Amcorp Mall. Pun mula-mula tak nampak kedai buku. Gigih lah aku masuk kedai buku BookXcess pergh, gigih iollss.. rupa-rupanya kat BookXcess tu cuma jual novel english tau. Baru tau! ok lain kali kita boleh cari novel english murah-murah kat situ.

Baru tahu rupanya ada Popular kat Amcrop Mall! itu pun nasib Encik Bulat tanya kat staff BookXcess. haih!
Masuk-masuk popular, aku dah eksited mencari novel Hingga Hujung Nyawa. Tak jumpa dekat rak, rupa-rupanya Encik Bulat yang jumpa kat rak novel baru dekat pintu masuk. Haih!

So, ini lah novel yang berjaya di jejaki. Ececeh~ sangat terpengaruh dengan tv betul tuan blog nie kan? hehehe :D


Sinopsis
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.


Itu je, sekarang tengah gigih membaca. Nak sangat tahu akhirnya macammana. Okey itu jek nak update.. 
Bye!



 Till then~


20 comments:

  1. tunggu dpn tv jer....daku dah malas beli novel...huhuhu....

    ReplyDelete
  2. rajin betul baca buku..dulu masa zaman remaja suka juga baca buku bentuk novel..

    ReplyDelete
  3. mira pun baru abis baca novel tuh..
    ok laa cite dia tapi ada beza sikit dengan yang tv
    biasa laa kan

    ReplyDelete
  4. haah kan..skrg ni zaman citer sumer adaptasi novel..akak dah baca dah novel ni dan dah ada dalam koleksi..hehehe...

    ReplyDelete
  5. hihihi gigih betul mencari buku...nasib baik jumpa...

    ReplyDelete
  6. kdg2 tlayan gak cite ni,,ok lah, syok je=)

    ReplyDelete
  7. Wah!! Gigih cari novel tu..mesti lagi best dari drama kat tv..nak cari jugak la..huhu..novel adam hawa pon tak khatam2 lagi..citer dah nak habis ;D

    ReplyDelete
  8. akak ni tengok tv pun tak dan,.,ni kan pulak nak baca novel..heheh

    ReplyDelete
  9. rajinnyer.sis tungu depan tv jea la hehe

    ReplyDelete
  10. thanks info novel ni, aku tetiba terlayan hari ni... haahaha. syok gak.... kawin paksa ni...

    [ps]

    ReplyDelete
  11. aaaa...nak cari juga..tapi dekat tempat saya tak ada..habis..huhuhu..

    ReplyDelete
  12. Rajinnya baca novel!
    Saye mmg harapan laaa.. hihi..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum syida...best cite ni...:)

    ReplyDelete
  14. cari juga novel ni.. nak buat koleksi... tapi tak jumpa lagi...
    so, layanlah kat tv dulu...

    ReplyDelete
  15. layan gak cite ni, best, ala2 cite vanilla coklat...=)

    ReplyDelete
  16. dya pun pk nk cri novel..disebabkan next week xdpt tgk cite tu

    ReplyDelete
  17. yana pon jtuh hati ngn cerita nie time cuti ari tue .. 2 hari jgk tgk ngn hubby. semlm pas abis cite tue ,incik hubby tetiba ckp nk cari novel cite nie ... yippy ... hehehh

    ReplyDelete
  18. Kakak jenis tak mengikuti tv so kalau dapat novel macam Syida pun syok juga nie..

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998