Monday, January 28, 2013

saiko kejap

Assallammualaikum (n_n)V 

Yang ini pun entry agak kepochi. Sepatutnya, aku ambil sifat 'lantak kau laa!' macam tu laaa lebih kurang.. tapi, aku tiba-tiba jadi saiko bila orang tanya kat aku pasal dia. Serius aku tak nak ambil tahu tentang dia. Sebab bagi aku, 

Suka hati kau lah nak couple ke, tunang ke, even kahwin dengan siapa pun. Itu bukan masalah aku! tapi ianya tiba-tiba jadi masalah bagi aku bila previous status aku adalah 'kawan' kepada dia. Itu masalah aku!

Hati aku tiba-tiba tercuit bila orang yang aku kenal, kenal rapat dengan future husband dia. Then orang yang aku kenal tu, kawannya pula kenal dengan 'bekas tunang' future husband dia. Sumpah aku terkejut bila ada orang cakap,

" akak ingat dia kahwin dengan tunang dia tu, rupanya orang lain,"

Aku jadi touching bila meletakkan diri aku di tempat 'bekas tunang' ittew. Wajiblah kecewakan. Lagi aku kecewa bila ingatkan kata-kata dia pada aku dulu. Haih!

Tiba-tiba aku nak jerit.

" Kecilnya dunia!"

Ye, bagi orang-orang yang kenal dia, yang kenal aku sebelum ni mesti kata aku jahat. noted! ye laa, memang kau kata aku jahat, sebab aku cerita kisah kau kat blog aku. Tapi, selagi benda tu berkisar, berkait dengan aku, haruslah jugak aku cerita.

Masalah aku sekarang, kenapa aku kenal dan tahu cerita dari semua orang yang kenal future husband dia? aku tiba-tiba rasa saiko sebab aku pun kenal future husband dia. Saiko oh sebab aku tak boleh nak bagitahu dia, tak pe lah, semoga dia bahagia. Tu jek.. aku pun bukan kenal dorang, aku pun mula kawan dengan dorang hujung-hujung semester dulu. Ala, tak sampai setahun pun kenal. So, dorang tak ada hak nak judge aku apapun. 

kesimpulan pada kes dekat atas. Aku buat donno je laa, ye.. biar aku je tahu kisah semua tu. Yang penting, aku jaga hidup aku sendiri. Rileks je, esok-esok aku dah lupa dah kisah dia tu. Melainkan esok-esok ada yang datang ingatkan kat aku pasal dia, itu aku tak tahulah kan?

Haih, banyak betul warna hidup aku. Macam-macam jenis manusia aku jumpa, dan yang banyak tu mesti ada agenda tak best. 

Apa-apa je lah, bak kata orang, pengalaman adalah cikgu paling baik. Dari pengalaman, kita belajar untuk nilai orang, bak kata encik bulat, aku ni naif, saiko, selalu ingat orang-orang keliling aku ni baik, tulus, murni, aku selalu jadikan sifat baik tu sebaik kayu pengukur sifat seseorang, bila orang tu dah mula tunjukkan perangai taik dia, mulalah aku nak sentap, nak touching, nak terasa hati, nak  gelabah, nak saiko. 

Kena terapkan ni. 

First impression pada seseorang kena nilai yang buruk-buruk, nanti tak lah aku jadi saiko bila aku tiba-tiba terkejut tengok perangai taik dia. Then, barulah aku boleh salute dia bila tiba-tiba aku nampak perangai suci dalam diri dia. Kan?kan?

Bak kata orang, tak salah kalau kita letakkan level jahat, sombong pada seseorang tu, so.. kita tak akan harapkan seseorang tu nampak perfect pada mata kita.

Ye, satu tahun bukan masa yang lama untuk kenal hati budi orang, even.. kalau mak kita beranak katil sebelah-sebelah pun bukan jaminan kita kenal hati budi masing-masing.

Aku belajar banyak dari perjalanan hidup aku sekarang. Memang kekadang tak tertanggung sebab aku tak cukup kuat nak hadapi kerenah manusia yang pelbagai. Tapi, aku cuba. Ye, aku orang kampung yang baru belajar hidup sendiri dekat Kuala Lumpur tu, banyak sangat benda aku kena belajar, agar esok-esok aku tak culture shock, agar esok-esok aku tahu jaga batas percakapan dan pergaulan aku dengan semua orang. Agar esok-esok aku tak perlu jilat balik benda yang aku dah ludah.

Chapter 2013 aku baru je bermula, memang aku takut, aku takut kisahnya sama je macam yang lepas-lepas. Tapi, aku bersyukur sebab Allah uji aku hari ni, masa ni, bukan di masa akan datang, sebab aku pun tak pasti mampu ke aku nak pikul ujian tu di masa akan datang.

2013, dah tak ada masa nak enjoy-enjoy. Aku tak macam sesetengah orang, aku ada tanggungjawab, even anak bongsu, tanggungjawab aku besar.. adik beradik aku ada dua orang je.. so tak ada masa nak manja-manja. Entah, mungkin sebab hidup aku ada matlamat, matlamat aku jauh dan aku sedaya upaya nak capainya. Aku jalan kaki je nak capai matlamat tu. Tak macam kau boleh naik belon panas. So aku tak boleh nak enjoy lelebih macam sesetengah orang, aku kena fikir baik-baik, dalam-dalam. Tu laa bila ada anasir yang menganggu, aku mula nak jadi saiko. Haih!

Sematkan nasihat akak blogger tu dalam hati.

"Bukan semua orang suka kita. Dan kita pun bukannya suka semua orang,"

Maaf, ini entry luahan perasaan eh!


 Till then~

8 comments:

  1. kekadang terkena juga macam tu, cuma prinsip hidup sy mudah, saya tak kacau orang jangan kacau sy :)

    ReplyDelete
  2. awak.sabar ek. Kekadangan benda yg kecewakan/menangis kan kita adalah benda yang kuatkan kita. Daripada pengalaman saya dulu...orang suka gelakankan kebodohan saya. Sekarang saya nak campak je master degree saya kat orang yang cakap "saya keldai"

    ReplyDelete
  3. tak apa cik cyda. sumtime kita kena luahkan. apepun itulah kehidupan. setuju, yang pengalaman itu guru yang baik.

    ReplyDelete
  4. wat derk jela dik...yg penting kite happy

    ReplyDelete
  5. complicated complicated. Jangan sedih ye syida, moga syida akan dipertemukan dgn org yg lebih baik...in sya Allah

    ReplyDelete
  6. pi mai pi mai .... tang tu.... jgk. sabo jerk lh k ^^

    ReplyDelete
  7. Erm..betul. Manusia, rambut sama hitam hati lain-lain.

    ReplyDelete
  8. Yup , betul . Best entry nie . Kisah realiti yang ada dalam kehidupan . life must go on even kita dalam suka dan duka ^_* .

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998