Saturday, January 12, 2013

Penipuan penjual handfone di Kota Raya [UPDATE]

Assallammualaikum (n_n)V

Nie entry update ye kawan-kawan. Sila tengok print skrin dekat bawah ni, bila aku google tajuk ni pasal handfone ni, memang entry ni missing, sedangkan aku tak pernah pun draftkan balik entry ni, bila selidik-selidik, rupanya blog aku ni ada dalam satu forum kaum ca alif nun ya. So, aku suspek dorang dah block keyword ni dari carian google, peliks!


Fweh~ payah jadi blog glamour ni! hehehe, pada yang tak tahu, sila baca kisah ni ye :D

--------------------------------------------------------------------------------------


Entry ini dah memang agak pekasam. Bulan lepas, masa kami jalan - jalan kat kompleks Kota Raya kat Pudu tu, masa tengah tengok - tengok handfone, Bf aku tertarik dengan sebuah kedai ni, Handfone Samsung Galaxy Ace. Penjual tu cakap, Bf aku cuma perlu bayar Rm350 dan Bf aku kena Tred-in handfone Sony Ericsson X8. Siapa tak teruja kan?kan?.

Bila Bf aku dah confirm nak beli, dia cepat - cepat buat resit dan cepat - cepat suruh Bf aku bagi Rm350 dan Sony Ericsson X8 tu.

Aku dah mula pelik bila dia minta ic kat Bf aku. Dia cakap untuk daftar Plan dengan Digi. Dia cakap, warranty Phone tu under Digi, walaupun Bf aku tak ambil plan Digi, bf aku tetap kena daftar untuk pengesahan beli handfone tu dari Digi.




Lepas tu, penjual tu buat resit yang macam kat atas ni. Kebetulan masa tu ada pasangan indian datang nak tanya - tanya handfone yang sama. Penjual tu cakap, harga handfone tu Rm850. Pelik lagi sebab penjual tu tiba - tiba bercakap dalam English.

Kemudian, penjual lagi seorang suruh kami masuk bahagian dalam kedai. Sambil - sambil tu dia terangkan resit kat atas ni. Masa tu dia kuatkan volume lagu yang dia main kat laptop kuat sangat.

Dia cakap, resit yang dia buat tu nak hantar kat Digi sebagai pengesahan pembelian, Android yang di masukkan dalam handfone tu berharga RM699.

Lepas dah hantar email tu, ada seorang lelaki yang mendakwa dari Digi centre call, dia cakap bf aku kena bayar lagi RM699 untuk dapatkan handfone Samsung Galaxy Ace tu.

Aku dan Bf aku dah mula panas hati. Kami suruh dia batalkan email tu, dia tak nak.. kami dah bangkang kata - kata penjual tu, tapi penjual tu still tak nak batalkan email tu. Setelah bertekak dengan penjual tu, dia bersetuju nak bayar RM300 pada pihak Digi.

Bf aku minta balik Handfone Sony ericsson X8 tu dan duit RM350. Dia tetap tak nak bagi. Bf aku cakap, esoknya kami akan datang balik bawak baki RM699 tu. Dia kata ok, tapi dia cuma bagi sebuah Handfone China sebagai ganti, lepas Bf aku bayar baki RM699 tu baru bf aku akan dapat Handfone Samsung Galaxy Ace tu.

Sebab takutkan benda - benda lain jadi, Kami buat report polis terus malam tu. Pukul 12.00 baru Bf aku hantar balik.




Kat atas tu adalah nama kedai tue. STORM GALAXY ENTERPRISE.

Malam tu, Bf aku siap call Digi Centre untuk check ada tak apa - apa pendaftaran di buat atas nama dia, jawapan dari DIGI centre... TIADA!!!


Maknanya, kalau ikut resit, dah 272 orang kena tipu dengan kedai ni.



Inilaa kedai tu. Kedai tu kecil je, letak sebelah kedai Aksesori wanita, dekat dinding dia ada banyak logo DIGI, tapi dia ni tak semestinya ada kaitan dengan Digi langsung! Esoknya, kami ke DIGI Centre kat Times Square, DIGI Centre buat pengesahan tiada sebarang pendaftaran apa - apa plan atas nama Bf aku.


Lepas tu, kami terus ke Tribunal Tuntutan Pengguna kat The Mall. Buat report kat situ. Tension je masa tu, dah laa dua - dua tak pergi kerja.

Lepas buat report, kertas siasatan pun keluar, yang fail warna kuning tu!. Fail warna kuning tu, setelah di cop oleh Tribunal Tuntutan Pengguna, dan ada tarikh nak naik mahkamah, ianya perlu di hantar kepada penjual tersebut. TTP bagi dua pilihan, nak hantar by hand atau Pos, Bf aku cakap hantar sendiri.

Masa nak hantar kat penjual tu, aku dah cuak takut dia buat apa - apa, bf aku suruh cool je. Masa sampai kat kedai tu, aku perasan, penjual tu dah senyum - senyum je. Lepas tu slow - slow bf aku letak kertas kuning tu depan penjual tu. Penjual tu dah cuak. Bf aku siap cakap..

" Saya dah check dengan Digi, tak ada apa - apa pendaftaran atas nama saya.. "

Penjual tu diam, dia panggil kawan dia lagi seorang. mereka tengok - tengok kertas tu, ye laa kami letak sekali salinan report polis kot. Lepas tu, penjual tu buat panggilan, lepas tu penjual tu panggil bf aku masuk dalam kedai dia, dia suruh aku masuk sekali, aku tak nak. Dah lama, aku masuk jugak. Dia suruh Bf aku batalkan dakwaan tu, tambah RM100 dan dia bagi Handfone Samsung Galaxy Ace tu.

Lepas fikir - fikir, Bf aku cakap ok. Kami pergi Ke Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna tu balik untuk batalkan report tu.

Tapi, kami tak nak batalkan report polis tu. niatnya, kami tak nak senang - senang biarkan penjual tu macam tu je.

Entry ini di tulis pun sebab aku tak nak orang lain terkena jugak. Ingat.. bila korang kena macam ni..
1-Mintak Resit yg ada nama kedai tu, dan nombor pendaftaran syarikat.
2-Report Polis & terus report kat Tribunal Tuntutan Pengguna.
3-Kalau dia suruh batalkan report, korang jz tarik report kat TTP tapi jangan tarik report kat Polis.

Tu jek. Be aware. Sakit hati aku bila ingatkannya, sampai putus - putus selipar aku dok turun naik pejabat TTP.

Kbai!!



PS: tak taulaa kalau entry ni kene hide kat google lg.. pergh.. gila glamer tajuk ni sampai masuk dalam forum ca alif nun ya.. haih! pandai deme baca blog melayu maaa, gua salute beb -..-


 Till then~


15 comments:

  1. lepas ni mari kita pangkah terus kedai2 phone kat kotaraya...

    ReplyDelete
  2. huhh..bahayanya..takut saya baca. bahaya lah cyda..buat2 lah jadi apa-apa kat awak berdua time tu..takut,,meremang bulu roma. Orang macam tu bukan boleh kira. Rasanya macam pernah lalu dekat depan kedai tu dulu. serius meremang.

    ReplyDelete
  3. xsuke nye maen tipu2 mcm ni..
    hukhuk

    ReplyDelete
  4. bahayanyaa.... mujur cik cyda kite ni cepat buat tindakan.. kalo saye.. nanges je la..

    bagus2. thanks. bagi iktibar. Lepas ni tau dah nak buat mcm mana kalau jadi apa2.. thanks.. =)

    ReplyDelete
  5. Wah bahaya tu..kena lebih berhati-hati kan..banyak betoi penipuan skang ni..nasib baik ada TTP

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang bagus supaya orang ramai tak terus tertipu dngan taktik golongan "pemakan itik gantung" ni...

    ReplyDelete
  7. bahaya tu.. smpai kne tambah2 duit plak,..

    ReplyDelete
  8. pandai dorg drama erk ... nk mkn duit org sesenang jerk. bgs syida buat entry nie. dpt beri kesedaran pd org lain utk lebih berhati2

    ReplyDelete
  9. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...



    Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...



    Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...



    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  10. memang suwey la sape pegi kotaraya ni aku yg org k.l ni pun penah kene pow kat sana nk beli barang jgn pegi sana tu semua tmpt gangster.

    ReplyDelete
  11. Kes macam ni dah lama berlaku. Lagi-lagi di Pertama Kompleks. Lain kalau nak beli telefon prefer beli dari centre atau agen yang boleh dipercayai. Terima kasih sebab sudi kongsi kisah ni untuk panduan orang lain :)

    ReplyDelete
  12. teruk betul... seb bek cyda dan bf celik dan tahu hak2 pengguna... terima kasih dgn perkongsian kisah ini...

    ReplyDelete
  13. sabar aje la.. baru kene 2 hari lepas. nak tanya, untuk hantar borang satu ke kedai, perlu ada pengesahan dari tribunal ke?

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998