Thursday, January 31, 2013

Cendawan Paling Mahal di Dunia.

Assallammualaikum (n_n)V 


1. Matsutake Mushrooms

1.00 USD = 3.02800 MYR 
Harga : $1000 = RM3028.00


Matsutake adalah nama biasa bagi kulat yang paling dikehendaki selepas pengkajian tentang kulat meningkat di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Kulat ini merupakan element penting dalam cara masakan Jepun. Matsutake adalah amat sukar di tanam kerana itulah harganya sangat mahal. Matsutake Jepun bila awal musim bermula mempunyai gred yang paling tinggi dan boleh mencapai RM6056.00 sekilo. Untuk perbandngan nilai purata bagi matsutake import adalah sekitar RM272.50 sekilo.


2. Huge Italian Truffle To Fetch
Harga : $216,000 = RM654,048.00


Cendawan bawah tanah yang paling mahal di dunia telah dibeli oleh orang yang tidak dikenali dari Hong Kong untuk $216,000. Tetapi ada pesaing yang boleh membida lebih tinggi daripada itu jika dijual kembali. Cendawan putih 1.5kg berasal dari geografi Itali yang dijangka akan dijual untuk 150,000 euros ($216,000) di lelongan amal yang dijadualkan di Macau.



 Till then~

Tuesday, January 29, 2013

Tak tahu nak update apa!

Assallammualaikum (n_n)V 

Yuhuu.. update laju-laju dari opis. Hai hai hai.. hari ni macam biasa, semalam balik dari kampung, gerak pukul 4.00 petang, pukul 8.30 malam baru sampai.. Sabar je lah kena menghadap jem kat highway. Terlupa yang mak cik balik kampung sebab ada public holiday. Dasar.. dah cuti 5 hari boleh buat-buat lupa. Kennn.. huhuhu..

Actually, batuk masih tak hilang jugak. Ada akak kat office bagitahu makan gula batu buat macam makan gula-gula biasa. Tak pun minum air teh panas-panas. Setuju.. tapi, kat rumah sewa tak ada semua tu.. adehh.. teringat kat kampung. Rindu kat rumah. Haih!

Next week, 8 februari 2013 insyaAllah aku balik kampung lagi. 8 februari ni abah ada check up jantung kat Hospital Serdang lagi. Dup dap dup dap rasa hati sebab risau kalau abah kena tahan kat wad, tak sampai hati nak tengok mak dan abah duduk kat Hospital lagi. Haih.. erm.. insyaAllah semua okey, masa kat kampung hari tu tengok abah makin rajin makan ubat. Tapi tu lah, tak sampai hati pulak nak makan sayur depan abah.. Since sakit jantung ni, abah tak boleh makan sayur warna hijau. So, kitorang decided tak payah makan sayur terus.

Well, sepanjang abah sakit ni, macam-macam perangai orang aku nampak. Macam-macam perangai orang aku kena hadap, tapi syukur alhamdulillah.. adik-beradik sebelah mak selalu jugak call-call dari Sabah tanya pasal kesihatan Abah. Atlist, nampaklah juga ada yang ambil tahu walaupun jarak memisahkan mak dari mereka. Syukur Alhamdulillah :)

Sedar tak sedar, dah empat tahun abah kena sakit jantung. Sepanjang empat tahun ni banyak benda aku belajar, banyak sangat benda aku usahakan. Sometimes memang aku sakit hati bila aku susah-susah nak jaga hati mak dan abah, tapi ada je pihak lain yang sesedap rasa ambil kesempatan. Whatevar.. malas nak ingat dah, cuma agak terkilan bila orang tu cakap aku ni menyibuk hal mak ayah aku.. haruslah aku menyibuk kalau aku susah - payah turun naik sana-sini nak dapatkan RM untuk pembedahan abah aku, sanggup susah payah uruskan segala-galanya, jawapannya WAJIB aku ambil tahu segala hal..

Adehh.. banyak benda kena fikir sebenarnya ni..fikir pasal mak abah, pasal rumah, pasal manuskrip, pasal kahwin.. eh? hhehehehehe..

Sebut pasal kahwin, Pagi tadi ada add seorang wanita, isteri kepada bekas officemate aku kat Ampang dulu, SubhannaAllah.. Walau pun dia bukan 'secantik' wanita lain, Aku pandang lama muka dia, ada kecantikkan pada wajah dia sebenarnya.. Bagi aku, dia cantik, ikhlas dari hati.. aku nampak dia cantik. Aku jadi bangga walaupun dia tak sempurna, walau dia tak seperti wanita lain, dia meletakkan harga diri, meletakkan maruah dia di tempat tertinggi.. SubhannaAllah, aku puji ketabahan dia. Maaf, aku tak nak letak picture dia dekat blog, cukup hanya sekadar aku yang tahu tentang beliau.. :)

Walau macammana pun muka kita, walau nampak hodoh pada pandangan orang lain, itu bukan bermakna orang boleh ejek cakap Allah bagi muka kita bertanda untuk di jadikan petunjuk pada orang-orang yang cantik ittew bahawa kehadiran kita yang tak cantik ini sebagai ancaman pada mereka.. Well, Kalau Allah nak tarik balik nikmat CANTIK dan KAYA tu, bila-bila je Allah boleh tarik. Makanya, hati-hati sikit bila menghina ciptaan Allah ittew.

Hish.. apa banyak sangat aku meroyan ni? Maafkan aku, biasalah.. hormon tak stabil, tambah-tambah domain buat hal.. dan dan CPU dalam kepala pun ikut terkena virus, terus nak review cerita lama. Haip haip haip jangan nak saiko sangat kak dan mak incik-mak incik masa membaca eh. Ini cerita hidup aku je nih.. saja buat kenangan untuk anak cucu baca di masa senggang. Boleh?

Sungguh tak beretika update benda mengarut dan personal ni..

Okey, nak balik daaa.. mengarut dah melampau ni, kang naya orang lain kena darah tinggi..

PS: ada 60 komen tak approve, agak-agak domain MY tu dah ok ke belum eh? erm..


 Till then~

Monday, January 28, 2013

saiko kejap

Assallammualaikum (n_n)V 

Yang ini pun entry agak kepochi. Sepatutnya, aku ambil sifat 'lantak kau laa!' macam tu laaa lebih kurang.. tapi, aku tiba-tiba jadi saiko bila orang tanya kat aku pasal dia. Serius aku tak nak ambil tahu tentang dia. Sebab bagi aku, 

Suka hati kau lah nak couple ke, tunang ke, even kahwin dengan siapa pun. Itu bukan masalah aku! tapi ianya tiba-tiba jadi masalah bagi aku bila previous status aku adalah 'kawan' kepada dia. Itu masalah aku!

Hati aku tiba-tiba tercuit bila orang yang aku kenal, kenal rapat dengan future husband dia. Then orang yang aku kenal tu, kawannya pula kenal dengan 'bekas tunang' future husband dia. Sumpah aku terkejut bila ada orang cakap,

" akak ingat dia kahwin dengan tunang dia tu, rupanya orang lain,"

Aku jadi touching bila meletakkan diri aku di tempat 'bekas tunang' ittew. Wajiblah kecewakan. Lagi aku kecewa bila ingatkan kata-kata dia pada aku dulu. Haih!

Tiba-tiba aku nak jerit.

" Kecilnya dunia!"

Ye, bagi orang-orang yang kenal dia, yang kenal aku sebelum ni mesti kata aku jahat. noted! ye laa, memang kau kata aku jahat, sebab aku cerita kisah kau kat blog aku. Tapi, selagi benda tu berkisar, berkait dengan aku, haruslah jugak aku cerita.

Masalah aku sekarang, kenapa aku kenal dan tahu cerita dari semua orang yang kenal future husband dia? aku tiba-tiba rasa saiko sebab aku pun kenal future husband dia. Saiko oh sebab aku tak boleh nak bagitahu dia, tak pe lah, semoga dia bahagia. Tu jek.. aku pun bukan kenal dorang, aku pun mula kawan dengan dorang hujung-hujung semester dulu. Ala, tak sampai setahun pun kenal. So, dorang tak ada hak nak judge aku apapun. 

kesimpulan pada kes dekat atas. Aku buat donno je laa, ye.. biar aku je tahu kisah semua tu. Yang penting, aku jaga hidup aku sendiri. Rileks je, esok-esok aku dah lupa dah kisah dia tu. Melainkan esok-esok ada yang datang ingatkan kat aku pasal dia, itu aku tak tahulah kan?

Haih, banyak betul warna hidup aku. Macam-macam jenis manusia aku jumpa, dan yang banyak tu mesti ada agenda tak best. 

Apa-apa je lah, bak kata orang, pengalaman adalah cikgu paling baik. Dari pengalaman, kita belajar untuk nilai orang, bak kata encik bulat, aku ni naif, saiko, selalu ingat orang-orang keliling aku ni baik, tulus, murni, aku selalu jadikan sifat baik tu sebaik kayu pengukur sifat seseorang, bila orang tu dah mula tunjukkan perangai taik dia, mulalah aku nak sentap, nak touching, nak terasa hati, nak  gelabah, nak saiko. 

Kena terapkan ni. 

First impression pada seseorang kena nilai yang buruk-buruk, nanti tak lah aku jadi saiko bila aku tiba-tiba terkejut tengok perangai taik dia. Then, barulah aku boleh salute dia bila tiba-tiba aku nampak perangai suci dalam diri dia. Kan?kan?

Bak kata orang, tak salah kalau kita letakkan level jahat, sombong pada seseorang tu, so.. kita tak akan harapkan seseorang tu nampak perfect pada mata kita.

Ye, satu tahun bukan masa yang lama untuk kenal hati budi orang, even.. kalau mak kita beranak katil sebelah-sebelah pun bukan jaminan kita kenal hati budi masing-masing.

Aku belajar banyak dari perjalanan hidup aku sekarang. Memang kekadang tak tertanggung sebab aku tak cukup kuat nak hadapi kerenah manusia yang pelbagai. Tapi, aku cuba. Ye, aku orang kampung yang baru belajar hidup sendiri dekat Kuala Lumpur tu, banyak sangat benda aku kena belajar, agar esok-esok aku tak culture shock, agar esok-esok aku tahu jaga batas percakapan dan pergaulan aku dengan semua orang. Agar esok-esok aku tak perlu jilat balik benda yang aku dah ludah.

Chapter 2013 aku baru je bermula, memang aku takut, aku takut kisahnya sama je macam yang lepas-lepas. Tapi, aku bersyukur sebab Allah uji aku hari ni, masa ni, bukan di masa akan datang, sebab aku pun tak pasti mampu ke aku nak pikul ujian tu di masa akan datang.

2013, dah tak ada masa nak enjoy-enjoy. Aku tak macam sesetengah orang, aku ada tanggungjawab, even anak bongsu, tanggungjawab aku besar.. adik beradik aku ada dua orang je.. so tak ada masa nak manja-manja. Entah, mungkin sebab hidup aku ada matlamat, matlamat aku jauh dan aku sedaya upaya nak capainya. Aku jalan kaki je nak capai matlamat tu. Tak macam kau boleh naik belon panas. So aku tak boleh nak enjoy lelebih macam sesetengah orang, aku kena fikir baik-baik, dalam-dalam. Tu laa bila ada anasir yang menganggu, aku mula nak jadi saiko. Haih!

Sematkan nasihat akak blogger tu dalam hati.

"Bukan semua orang suka kita. Dan kita pun bukannya suka semua orang,"

Maaf, ini entry luahan perasaan eh!


 Till then~

Terpaksa curang

Assallammualaikum (n_n)V

Well.. well.. well, tajuk saja je nak buat orang menggelupurkan? Itu semuanya terpulang pada niat seseorang yang membacanya. Kalau ada niat tak baik, makanya orang ittew mesti akan kepanasan membaca entry ini. Apakah?

Sila jangan salah sangka, aku memang terpaksa curang. Terpaksa curang dengan tukar balik domain  pada blogspot.




Terima Kasih kepada Jue Jayne sebab bagitahu cara nak tukar balik ke blogspot. Aku ni memang bangsa tak boleh sabar. Mana boleh tahan kalau tengok pageview tinggal 7 je. Haih.. kecik hati ahkak.

Nak blogwalking pun macam tak sampai hati, komen pun aku tak approve lagi sebab nak berlaku adil pada semua yang meninggalkan jejak. Sebab, yang tinggalkan jejak kat blog kebanyakkannya berdomain .my

Makanya, hari ini aku istiharkan kembali ke blogspot, tengoklah macammana, kalau asiahost dah ok, akan di fikirkan nak kembali semula atau tak, kalau tak.. nanti kita tunggu tabung penuh, kita cari domain lain ye, sedih.. sedih..




 Till then~

Sunday, January 27, 2013

Oh, domain!

Assallammualaikum (n_n)V 

Haih, niat hati baru je nak berblogwalking di pagi weekend nie. Al-kisahnya, ada dapat email dari kawan blogger cakap domain ada masalah. Erm.. pagi ni bukak-bukak blog memang ada masalah, tak boleh nak view. Kenapa apakah? haih.. tiba-tiba ada sikit rasa kesal. *banyak sebenarnya*

Erm, ada juga terbaca dekat blogger dashboard, Aini pun up entry yang sama. Kenapa apakah di pagi ahad ni tiba-tiba bermasalah. Server ada masalah eh? haih!


Bila dah jadi benda macam ni, automatik rasa macam 'menyesal'. Adehhhh.. apa pun tak boleh. Mungkin sebab ianya bakal berbayar dan iklan tengah running kot, tu yang ada sikit rasa kecewa. Apa-apa je lah, jom kita main game zombi :D

 Till then~



Sunday, January 20, 2013

Kedai makanan Arab chow kit

Assallammualaikum (n_n)V 

Semalam, jalan-jalan kat chow kit, jalan punya jalan tersinggah ke satu kedai jual makanan arab. Wahh.. teruja sikit sebab semua benda-benda dalam tu tulis tulisan arab hokeys!

Makanya, tuan blog berjaya grab beberapa barang dekat sana, Yang tak boleh blah, strawberry frozen! waahhhh, teruja kot, dah lah harga dia RM5 jek!


okeylaa.. harga pun worth, air kotak tu harga dari RM0.50 hingga RM2 jek.. yang macam colgate tu pulak adalah mentega coklat, RM1 je.. hheheeehehe..

Sekian laporan saya, siapa nak pergi jenguk, kedai ni letak sebelah TM Point Chow kit, betul-betul dekat sebelah. Tak ingat pulak nama kedai dia. Hehehe :D


 Till then~

Saturday, January 12, 2013

Penipuan penjual handfone di Kota Raya [UPDATE]

Assallammualaikum (n_n)V

Nie entry update ye kawan-kawan. Sila tengok print skrin dekat bawah ni, bila aku google tajuk ni pasal handfone ni, memang entry ni missing, sedangkan aku tak pernah pun draftkan balik entry ni, bila selidik-selidik, rupanya blog aku ni ada dalam satu forum kaum ca alif nun ya. So, aku suspek dorang dah block keyword ni dari carian google, peliks!


Fweh~ payah jadi blog glamour ni! hehehe, pada yang tak tahu, sila baca kisah ni ye :D

--------------------------------------------------------------------------------------


Entry ini dah memang agak pekasam. Bulan lepas, masa kami jalan - jalan kat kompleks Kota Raya kat Pudu tu, masa tengah tengok - tengok handfone, Bf aku tertarik dengan sebuah kedai ni, Handfone Samsung Galaxy Ace. Penjual tu cakap, Bf aku cuma perlu bayar Rm350 dan Bf aku kena Tred-in handfone Sony Ericsson X8. Siapa tak teruja kan?kan?.

Bila Bf aku dah confirm nak beli, dia cepat - cepat buat resit dan cepat - cepat suruh Bf aku bagi Rm350 dan Sony Ericsson X8 tu.

Aku dah mula pelik bila dia minta ic kat Bf aku. Dia cakap untuk daftar Plan dengan Digi. Dia cakap, warranty Phone tu under Digi, walaupun Bf aku tak ambil plan Digi, bf aku tetap kena daftar untuk pengesahan beli handfone tu dari Digi.




Lepas tu, penjual tu buat resit yang macam kat atas ni. Kebetulan masa tu ada pasangan indian datang nak tanya - tanya handfone yang sama. Penjual tu cakap, harga handfone tu Rm850. Pelik lagi sebab penjual tu tiba - tiba bercakap dalam English.

Kemudian, penjual lagi seorang suruh kami masuk bahagian dalam kedai. Sambil - sambil tu dia terangkan resit kat atas ni. Masa tu dia kuatkan volume lagu yang dia main kat laptop kuat sangat.

Dia cakap, resit yang dia buat tu nak hantar kat Digi sebagai pengesahan pembelian, Android yang di masukkan dalam handfone tu berharga RM699.

Lepas dah hantar email tu, ada seorang lelaki yang mendakwa dari Digi centre call, dia cakap bf aku kena bayar lagi RM699 untuk dapatkan handfone Samsung Galaxy Ace tu.

Aku dan Bf aku dah mula panas hati. Kami suruh dia batalkan email tu, dia tak nak.. kami dah bangkang kata - kata penjual tu, tapi penjual tu still tak nak batalkan email tu. Setelah bertekak dengan penjual tu, dia bersetuju nak bayar RM300 pada pihak Digi.

Bf aku minta balik Handfone Sony ericsson X8 tu dan duit RM350. Dia tetap tak nak bagi. Bf aku cakap, esoknya kami akan datang balik bawak baki RM699 tu. Dia kata ok, tapi dia cuma bagi sebuah Handfone China sebagai ganti, lepas Bf aku bayar baki RM699 tu baru bf aku akan dapat Handfone Samsung Galaxy Ace tu.

Sebab takutkan benda - benda lain jadi, Kami buat report polis terus malam tu. Pukul 12.00 baru Bf aku hantar balik.




Kat atas tu adalah nama kedai tue. STORM GALAXY ENTERPRISE.

Malam tu, Bf aku siap call Digi Centre untuk check ada tak apa - apa pendaftaran di buat atas nama dia, jawapan dari DIGI centre... TIADA!!!


Maknanya, kalau ikut resit, dah 272 orang kena tipu dengan kedai ni.



Inilaa kedai tu. Kedai tu kecil je, letak sebelah kedai Aksesori wanita, dekat dinding dia ada banyak logo DIGI, tapi dia ni tak semestinya ada kaitan dengan Digi langsung! Esoknya, kami ke DIGI Centre kat Times Square, DIGI Centre buat pengesahan tiada sebarang pendaftaran apa - apa plan atas nama Bf aku.


Lepas tu, kami terus ke Tribunal Tuntutan Pengguna kat The Mall. Buat report kat situ. Tension je masa tu, dah laa dua - dua tak pergi kerja.

Lepas buat report, kertas siasatan pun keluar, yang fail warna kuning tu!. Fail warna kuning tu, setelah di cop oleh Tribunal Tuntutan Pengguna, dan ada tarikh nak naik mahkamah, ianya perlu di hantar kepada penjual tersebut. TTP bagi dua pilihan, nak hantar by hand atau Pos, Bf aku cakap hantar sendiri.

Masa nak hantar kat penjual tu, aku dah cuak takut dia buat apa - apa, bf aku suruh cool je. Masa sampai kat kedai tu, aku perasan, penjual tu dah senyum - senyum je. Lepas tu slow - slow bf aku letak kertas kuning tu depan penjual tu. Penjual tu dah cuak. Bf aku siap cakap..

" Saya dah check dengan Digi, tak ada apa - apa pendaftaran atas nama saya.. "

Penjual tu diam, dia panggil kawan dia lagi seorang. mereka tengok - tengok kertas tu, ye laa kami letak sekali salinan report polis kot. Lepas tu, penjual tu buat panggilan, lepas tu penjual tu panggil bf aku masuk dalam kedai dia, dia suruh aku masuk sekali, aku tak nak. Dah lama, aku masuk jugak. Dia suruh Bf aku batalkan dakwaan tu, tambah RM100 dan dia bagi Handfone Samsung Galaxy Ace tu.

Lepas fikir - fikir, Bf aku cakap ok. Kami pergi Ke Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna tu balik untuk batalkan report tu.

Tapi, kami tak nak batalkan report polis tu. niatnya, kami tak nak senang - senang biarkan penjual tu macam tu je.

Entry ini di tulis pun sebab aku tak nak orang lain terkena jugak. Ingat.. bila korang kena macam ni..
1-Mintak Resit yg ada nama kedai tu, dan nombor pendaftaran syarikat.
2-Report Polis & terus report kat Tribunal Tuntutan Pengguna.
3-Kalau dia suruh batalkan report, korang jz tarik report kat TTP tapi jangan tarik report kat Polis.

Tu jek. Be aware. Sakit hati aku bila ingatkannya, sampai putus - putus selipar aku dok turun naik pejabat TTP.

Kbai!!



PS: tak taulaa kalau entry ni kene hide kat google lg.. pergh.. gila glamer tajuk ni sampai masuk dalam forum ca alif nun ya.. haih! pandai deme baca blog melayu maaa, gua salute beb -..-


 Till then~


Wednesday, January 09, 2013

Alhamdulillah :D

Assallammualaikum (n_n)V 



sumber: google

Syukur Alhamdulillah, Hari ni.. 09.01.2013, Allah bagi rezeki lagi, walau tak besar, walau tak hebat, tapi yang satu tu tak pernah terlupa untuk aku doa setiap hari. Alhamdulillah :)

Sesungguhnya, segala rahsia milik Allah. Semoga ianya di permudahkan. InsyaAllah :)

Tadi balik dari site visit kat Shah Alam, bukak email.. hanya mampu bersyukur, semoga ianya di permudahkan hingga ke akhir, insyaAllah.. :D

Nanti dah jadi, kita update kat kawan-kawan ye.. berita sedih, berita gembira, kita kongsi sama-samakan? korangkan kawan-kawan kita :)


 Till then~


Thursday, January 03, 2013

Setia Hujung Nyawa Slot Akasia TV3

Assallammualaikum (n_n)V 

Selamat petang!! Haih, dah petang baru sibuk nak update, kan.. hehehehehee, :)  Well, siapa tengok cerita ni dekat tv3 petang-petang? Cuti hari tu, aku boleh terjebak tengok cerita ni dalam dua episode. Mula-mula aku macam tak minat sebab kisah dia macam kisah kahwin paksa, ye laa.. dah selalu sangat cerita kahwin-kahwin paksa ni kan.

Tiba-tiba bila tengok terasa nak beli novelnya pulak bila baca review novel rupa-rupanya Ersalina tu mengandung sebelum kena kahwin dengan zain.

Makanya, tengahari semalam gigihlaa pergi Popular kat Petaling Street tu sebab nak cari novel ni. Cari-cari tak ada. Hampa tau. Balik kerja, Encik Bulat ajak cari kat MPH Midvelly. Dah sampai-sampai MPH, cari - cari tak jumpa. Cari kat komputer.. Laaaa, dah habis rupanya!

Sedih hokeys, berpusing-pusinglah cari kedai buku lain dekat The Garden, hermm.. tak ada pulak kedai buku! Encik Bulat ajak pergi Kedai Buku dekat jalan TAR, memandangkan hari-hari biasa kedai kat Jalan TAR tutup awal, makanya aku redha ajak Encik Bulat tawaf ke Amcorp Mall. Pun mula-mula tak nampak kedai buku. Gigih lah aku masuk kedai buku BookXcess pergh, gigih iollss.. rupa-rupanya kat BookXcess tu cuma jual novel english tau. Baru tau! ok lain kali kita boleh cari novel english murah-murah kat situ.

Baru tahu rupanya ada Popular kat Amcrop Mall! itu pun nasib Encik Bulat tanya kat staff BookXcess. haih!
Masuk-masuk popular, aku dah eksited mencari novel Hingga Hujung Nyawa. Tak jumpa dekat rak, rupa-rupanya Encik Bulat yang jumpa kat rak novel baru dekat pintu masuk. Haih!

So, ini lah novel yang berjaya di jejaki. Ececeh~ sangat terpengaruh dengan tv betul tuan blog nie kan? hehehe :D


Sinopsis
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.


Itu je, sekarang tengah gigih membaca. Nak sangat tahu akhirnya macammana. Okey itu jek nak update.. 
Bye!



 Till then~