Tuesday, December 31, 2013

Entry Terakhir 2013

Assallammualaikum (n_n)V

Hihihi,
Lama sangat tak menaip cerita eh. Di sebabkan ini adalah entry terakhir 2013. Gigih jugaklah aku menaip. Gittew.

Sedar tak sedar, kejap je dah 31 Disember 2013. Rasa macam kejap  je masa berlalu. Rasa macam beberapa bulan lepas aku menaip entry disember 2012.

Macam orang lain, 2013 aku pun still ada target. Tapi, target tu aku tak adalah nak kepochi kat blog, buat rileks je.

Awal tahun 2013, aku set tiga benda yang aku kena archive selama 365 hari dalam 2013. Serius itulah matlamat aku yang paling penting.

1- Beli rumah sendiri.
2- Kahwin.
3-At list satu novel aku akan terbit.

Well,
Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang. Tapi, Allah yang tentukan semuanya.

1- Beli Rumah sendiri.

Alhamdullillah sangat - sangat sebab Allah permudahkan segala urusan aku untuk beli rumah sebelum aku kahwin. Walaupun setakat apartment kos rendah biasa je tapi aku rasa syukur sangat. Tak sangka Allah permudahkan segala urusan aku untuk dapatkan rumah sekarang ni, dengan izin Allah, awal bulan tiga sampailah hujung bulan sembilan, semua benda settle. Perasaan jangan cakaplah, rasa macam tak percaya je dah ada rumah sendiri. :)





2- Kahwin.

Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan untuk membina masjid, untuk menghalalkan segala - galanya. Allah hadiahkan life partner. Teman bergaduh, teman ketawa. Sungguh tak sangka, dari zaman - zaman kau & aku, sekarang dah jadi kita & sayang. Serius, ini pun tak dapat nak dinafikan kuasa Allah. Di saat hati rasa kekurangan, tak cantik, tak sempurna, Allah masih tak lupakan diri ini, Allah hantar Encik Hubby untuk menjadi life partner. Siapa sangka, jodoh panjang... dari kawan biasa menjadi kawan baik, then jadi tunang, kemudian life partner. 

Ye, jodoh bukan terletak pada wajah - Encik Hubby cakap. :)


meet my beloved-best friend-life-partner-housemate- 

3- Novel.

365 hari sepanjang 2013, memang banyak dugaan aku tentang novel dan penulisan. Macam - macam manusia aku jumpa. Macammana rasa terkejar - kejar. Rasa macam nak gila pun ada. Tapi paling geram bila jumpa beberapa publisher yang 'jahat'. Bukan satu tapi lebih dari satu. Perasaan memang sakit hati, tapi dekat situ aku belajar banyak benda. Mengajar aku untuk melihat manusia dari persepsi yang lain. 

Walaupun novel aku tetap tak publish lagi. Tapi teruja jugak sebab ada salah satu cerpen aku di-intai oleh satu penerbitan untuk terbitan televisyen. Walaupun aku masih tak sure lagi statusnya, sedikit demi sedikit ianya memberi sedikit harapan sebenarnya.

Tahun 2013 juga melihat tiga manuskrip aku selamat berteduh di tiga penerbitan. Kalau ada rezeki, terbitlah kot, kalau tak... senyap je laa. Its life, aku tak sedih sangat, aku okey je sebab aku tahu, semua tu aku usaha sendiri. Pahit manis aku tempuh sendiri, tak ada langsung jalan pintas!

Walaupun novel aku tak berjaya diterbitkan 2013, tapi Allah gantikan ianya dengan kegembiraan lain. Benda yang aku tak sangka. Serius speechless.


Alhamdulillah. Sesungguhnya, nikmat Tuhan yang mana harus aku nafikan.

2014, dengan izinnya insyaAllah aku akan bergelar pelajar kembali. 


Sekian,

Hei hei 2014, please be nice to me!

Resolusi 2014,
Senyap - senyap je la.. Insya-Allah kalau umur panjang, hujung tahun 2014 nanti aku story.


Terima kasih sebab setia baca blog kisah hidup Hemangioma-girl nie eh. 

To blogger friends, terima kasih kerana selalu ada. Even tak pernah bersua, kesudian kalian meninggalkan jejak sangat - sangat dihargai. *Hug*

To stranger, terima kasih sebab sentiasa singgah dan ter-inspirasi dengan kisah hidup budak-perempuan-yang-ada-tanda-lahir dekat muka ni.

To HATERS, terima kasih sebab sentiasa singgah dan terus skodeng dan CARING gila kentang kat diri budak perempuan yang ada birthmark ni. Semoga kisah hidup aku yang biasa - biasa ni akan selalu memberi KAU inspirasi dan menghargai diri sendiri eh!

K, bye.


Hemangiomas are a common vascular birthmark. Their cause is unknown. The color results from the development of blood vessels at the site.





 Till then~


Thursday, December 19, 2013

Cerita Disember :)

Assallammualaikum (n_n)V

Hai,
Salam Khamis.

Rasa macam lama sangat tak menaip sesuatu kat sini. Actually, aku baru je mula kerja balik lepas cuti around tiga minggu. Hik!

Officially, 16/12/2013 lepas genap dua tahun aku berstatus permanent dekat sini :) Alhamdulillah, kejap je masa berlalu. Rasa macam baru lagi aku jejak kaki dekat sini. Syukur Allah permudahkan segalanya. :)

Aku balik KL hari selasa 10/12/13 sebab hari rabu ada photoshoot wedding, kononnye lah, tapi terpaksa tunda sebab aku demam. Tapi, dalam demam - demam tu aku masih boleh ingat lagi bahawanya kat PWTC ada pesta buku. Gittew...

Makanya, hari rabu tengahari tu terus ajak hubby. (eh, cam pelik je bunyiknye) pergi PWTC sebab memang nak-nak-sangat-sangat beli novel Melur Jelita. Kemain setahun aku aim novel - novel MYPI dan ILYS, tapi nak beli terfikir - fikir sebab mahalkan, semua method dah tengok selama setahun ni, kedai online, fb, buku 2nd kat fb, group, web publisher, semua dah guna...tapi macam berat je nak beli dan sold out. Tapi.... bila dah ada orang tu offer diri nak belikan, so... memang aku rasa macam nak lompat bintangtujuhbelas kali ah!
:)

Lepas tu, aku juga sempat terjah booth Jelajah Lejenfixi. Dapatlah tiga biji novel yang aku dah aim lama jugak. Kesimpulannya, tour ke pesta buku kali ini aku memang beli novel yang aku memang betul - betul aim saja.

(Mohon beliau akan terus memahami minat ke-arah-buku isteri beliau ini :)*

Hari sabtu malam, aku ajak pulak Encik Bulat pergi Big Bad wolf. Ikutkan, ini pertama kali aku jejak Big Bad wolf. Tahun lepas serius aku terlepas. Kali ni pun hampir terlepas. Kalau bukan sebab aku bukak page fb lama, confirm terlepasnye.

Yang paling best pasal Big Bad Wolf, even ni open 24 jam. Gila heaven! Aku sampai sana around pukul 12 malam sebab jem gile - gile kot. Tapi, jem pun rasa berbaloi sebab sampai - sampai terkagum kejap bila tengok buku sana - sini.

Serius best gila sebab buku - buku dia murah. Enam buah buku cerita english aku beli tu cuma RM8, total semua cuma RM48. Mana nak dapat? pergi MPH ke, Kinokuniya ke, paling - paling boleh dapat around RM30. Dua dari novel aku beli tu berkulit keras dan super tebal. Hihihi.

Tapi semuanya kisah fantasi. Actually memang aim cerita fantasy je pun :)

Hujung - hujung tahun ni, entah kenapa hati rasa macam dup - dap - dup - dap je. Hati besar sangat nak edit balik dua Manuskrip tu since aku rasa macam ada sesuatu berita baik. Tapi mood ke laut, serius nak buka laptop pun malas. Serius malas gila... siap tu aku print lagi manuskrip disebabkan malas nak bukak lappy. Tapi, dah seminggu masih tak siap - siap lagi editnya. Mungkin lepas dah siap kemas rumah, dah cantik - cantikkan bilik bacaan, baru ada semangat nak menaip balik kot!

Sebut pasal rumah. Hujung minggu hari tu, tengok iklan bank lelong kawasan apartment aku tu, serius harga boleh tahan. Rumah yang sama, level yang sama, harga lelong saja dah RM75K. Cepat gila harga rumah naik eh. Walaupun rumah aku rumah biasa - biasa je, murah je pun, environmentpun tak best sangat, tapi serius aku sayang sangat kat rumah tu. Lain sangat perasaan tu even kita cuma nak tinggalkan rumah tu dua tiga hari. *mungkin aku dah mula faham konsep home-sweet-home tu kot!* kegembiraan itu bukan diukur dengan berapa bestnya environment, berapa besar kawasannya, berapa mahal rumahnya, tapi lebih kepada macammana kita menjaga, life & live dalam rumah tu. Ke aku rasa cam ni mungkin sebab aku tahu tu rumah aku kot. Hoih! 

Sekarang ni, semua benda naikkan, kalau duduk KL serius memang terasa sangat - sangat. Aku ada baca beberapa blog, diorang cakap, next year adalah tahun gelap... sebabnya, tahun depan semua benda akan naik. Serius... huhuhuhu :(

Last story, Masa naik cuti hari tu bukak - bukak email office. Aku terus tertumpu dengan satu email. Permohonan loan nak sambung belajar aku lulus. Sekarang tengah tunggu offer letter je. Insha-Allah, kalau tak ada halangan, next year boleh buat PJJ dah :)

Lagi, apa nak cerita eh? erm... tu je kot. Penat perah otak nak tulis entry. *Gittew* :)

Entry kawen nanti kita update eh. Malas gila nak transfer gambar. Hujung - hujung tahun ni, semua benda jadi malas. Mood cuti dah on katanyeeee :) lagi tiga hari je kerja, pastu cuti sampai awal januari. Yippi!

:)


 Till then~

Friday, December 13, 2013

Taman Botani Negara Shah Alam

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat petang! :D semalam, ai jalan-jalan ke Taman Botani Negara Shah Alam, atau dengan nama manjanya, bukit cahaya Shah Alam. Gerak dalam pukul 8.00 pagi, dalam 8.30 pagi dah sampai :)
Tujuan jejak kaki ke sini sebab nak tengok rumah 4 musim ittew. Kalau nak datang sini, make sure korang datang pagi-pagi. Sebabbbb orang sangattt ramai ye.

Harga tiket RM3.00 untuk tiket masuk.
Harga tiket masuk rumah iklim RM5.00 seorang.


See, kena datang awal, masa ai datang, orang tak ramai lagi.







 Fewhh, mula-mula sangat bersemangat hokeys!



Kalau nak naik basikal, kena tunggu kat sini. Macam ai, ececeh.. cydakan poyo, tak jangka pun nak jalan jauh. Kengkonon nak excersice, lepas tu dah menapak sampai ke hujung, dalam 3KM jalan kaki, baru tersedar. Nak patah balik ke pangkal jalan, sangat payah kaki melangkah.


 See, jauh okey :(


 Sebelum berjalan dengan penuh megah, sila tengok signboard, kang salah jalan, confirm menangis :)


Ini antara aktiviti yang ada dekat sini, banyak aktivitinya ye!! kagum tengok anak mat salleh tu, kecil-kecil dah buat flaying fock sendiri. Fewh~


 Untuk orang dewasa pun ada. Dannn..ianya sangat-sangat serammmm!! tinggi kot, tak main flaying fock rendah-rendah.. Gila ah, gayat owh~

Jalan punya jalan, akhirnya kami tiba di taman buah-buahan. OMG duriaaaannnnnnn!!



Tapi, ada signboard kat atas ni, dia tak bagi ambil, kalau ambil jugak, sebarang kemungkinan tanggungjawab sendiri. Tapikan, ramai gila orang pergi memetik buah, ada petik jambu, kelapa, duku, cempedak.


Cuba tengok buah duku tu. Gerammmmmm okey!

 Lepas tu singgah ke Taman Kaktus.. cantik tempat kaktus tu, tapi macam tak terjaga. Balik kitorang tahan je bas kat bawah ni, agak tak mungkin nak jalan lagi 3 KM.. hehehe..


Turun je dekat pintu utama, terus jalan kaki nak pergi rumah iklim pulak. Tak mampu nak tunggu bas lain, ada ramai sangat orang tengah beratur. Gigih laa kami berjalan..


Tengok sawah padi. Cantikkkk!! tapi padi tak adalaaa :( lepas tu singgah berhenti dekat tasik kejap. cantik. Ada ikan arowana kot! 



 Jalan lagi, terus ke taman Haiwan pulak. Waahhhhh.. ada banyak Haiwan, di sebabkan kaki dah penat melangkah. Tak kosa dah nak singgah sini. Pandang dari jauh je


Jalan lagi akhirnya dah nampak signboard ni. Waahhhhh... waahhhhh.. :D


Akhirnya!


Masuk-masuk dalam rumah empat musim tu, terus jadi eksited. Bestnyeeee... :D









Setelah feeling-feeling kat oversea, terus decida balik daaa.. Kaki dah tak mampu nak jalan. Sanggup we'all tunggu bas hampir 15 minit. Serius dah tak mampu nak jalan kaki daa.

Untuk pengetahuan semua. Bas adalah free. tak yah bayar ye, nak naik basikal je kena bayar ye kawan-kawan. :D


Orang dah makin ramai, jom kita balikkkkkkkkkkkkkk

Till Then~

Monday, August 19, 2013

JPN UTC Pudu Sentral

Assallammualaikum (n_n)V

Hello Monday :)
Selamat tengahari dan selamat hari raya uolls. Gara - gara semalam nak check KWSP guna kiosk dekat RHB tak lepas, maka hari ni gigih aku pergi buat ic baru. Well, ic tak pernah tukar sejak umur 19 tahun, hehehe. Actually, akupun baru tau yang dekat UTC Pudu Sentral tu ada banyak jabatan kerajaan mcm Imigresen, JPJ, JPN dan etc etc yang beroperasi.

Disebabkan itu je yang paling dekat dengan opis, maka bergeraklah kita ke sana. First time sampai Pudu Sentral hanya kerana urusan lain selain beli tiket bas. Hihihi...


First expectation, mesti lama sebab orang ramai jugak. Tapi tak sampai lima minit duduk, nombor dah kena panggil. Nak tukar ic, tak perlu isi borang ye kawan - kawan. Melainkan kalau korang nak tukar alamat. Aku tanya soalan fames dengan pak cik kaunter tu.

Me: Kalau alamat perak boleh buat ic dekat Kl ke?
dia: Boleh, tak semestinya alamat kampung kena buat ic dekat kampung juga.

me: Kalau buat hari ni, berapa hari siap?
dia: Esok dah boleh ambil daa 

Aku angguk. Baru tau kaedahnye :) 
Lepas tu tunggu nak tangkap gambar dalam 10 minit. Lepas tu dah siap. Kejap je eh.. respect, respect... esok boleh collect ic baru. Yeah!

Lepas buat ic, singgah pulak kedai buku 1 Malaysia. Grap antologi cerpen Main Gila. Well, dalam banyak - banyak buku dekat rak, buku ini pulak menambat hati.


Okey, tu je nak cerita. Adehh, rasa macam tak cukup masa nak taip entry baru dan jenguk blog kawan - kawan, sorry eh, t kte terjah slow slow... ;)

 Till then~

Wednesday, July 24, 2013

RUMAH NUR KASIH BESTARI

Assallammualaikum (n_n)V 

Bismillah, sempena bulan ramadhan ni, sama-sama kita berkongsi cahaya ramadan. InsyaAllah. Tahu, hari ni hari gaji, so... marilah sama-sama kita kongsikan. Tak banyak, janji ikhlas :D Jangan angkuh cakap takut tak cukup duit nak sedekah. Sesungguhnya Allah akan mencukupkan rezeki hamba-hambanya. Kadang-kadang, Allah kembalikan semula rezeki kita dengan cara yang tidak kita terfikir. In sha Allah, :)


RUMAH NUR KASIH BESTARI

Rumah ni letak satu daerah dekat dengan rumah aku dekat kampung. Dulu, aku tak tahu ni salah satu rumah anak-anak yatim, bila selalu lalu depan rumah ni, baru perasan... 


Lokasinya sangat strategik. Kalau korang nak ke Lumut dari Ipoh melalui Sri Iskandar, sudah tentu akan melalui traffic light di Bota Kanan. Betul-betul lepas lampu isyarat, korang tengok ke kiri, ada sebuah rumah bunglow agak lama. Berpagar tergantung banner dengan tulisan: RUMAH NUR KASIH BESTARI Dengan font merah terang.
Beralamat di: Kg Selat, Bota Kanan 3200, Bota, Perak.
018-2365692. 0184077493
rumahnurkasihbestari@yahoo.com
Rumah nur kasih bestari menaungi anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat. Mudah untuk dikunjungi, untuk memberi nikmat-nikmat Tuhan yang berlebihan yang ada pada sesiapa saja. 

Rumah Nur Kasih Bestari (RNKB), Bota Kanan baru beroperasi pada awal Januari 2010 di bawah nombor pendaftaran IP0319641-T. RNKB merupakan sebuah pusat kebajikan yang pada masa ini menempatkan seramai 16 orang kanak-kanak dan remaja perempuan yang terdiri daripada:

1. anak-anak yatim
2. anak fakir miskin
3. asnaf zakat
4. remaja bermasalah

Program utama ialah program-program ibadah dan pendidikan. Antaranya ialah:
1. sembahyang jemaah
2. wirid dan zikir
3. kelas fardhu ain
4. pengurusan kebersihan
5. rehlah dll

RNKB mengalu-alukan segala bantuan dan sumbangan yang boleh diberikan untuk membiayai keperluan dan perbelanjaan yang diperlukan terutama untuk keperluan persekolahan, makan-minum, penginapan, utiliti, rawatan kesihatan dll.

Sebaran pertanyaan dan urusan bolehlah berhubung denga:
Pn Nurul (Umu Saihah) 019-4168397
Pn Nurul Jannah 013-4854294
Pn Aishah 019-4644618

Sumbangan berupa wang tunai atau cek boleh di bank in ke dalam akaun
CIMB Bank No. Akaun 14270000088100
atau cek di atas nama
NUR KASIH BESTARI (CIMB) 14270000088100

Till then~


Tuesday, July 23, 2013

Peta.

Assallammualaikum (n_n)V

Hai, selamat petang... korang sihat? hari ni lauk berbuka apa? Aku macam biasalah, jenguk bazaar ramadan saja. Niat di hati hari ni tak nak makan nasi. Tapi tak tahulah tercapai ke tak hasrat tu. Hehehe :) Pagi tadi sahur aku makan biskut, minum milo dengan minum soya protein cosway campur dengan sunquick.

Soya Sanquick? hahaha, tak payah imaginelah, memang tak sedap langsung. Soya protein cosway tu memang tak sedap! langsung tak! kalau minum dengan air biasa tawar je, kalau campur dengan air milo ke, nescafe ke, rasa pahit dia lain macam.. last-last aku campur dengan oren sanquick. Serius memang tak sedap.. rasa macam minum sunquick dengan tepung :( tapi hadap je lah, kalau tak minum nanti gastrik lagi... huhuhu. Siapa rasa nak try bolehlah try.. :)

Actually, memang kad jemputan kawen aku dah siap design, Tapi bila tengok peta macam tak berapa nak yakin je. Siap nak letak map mula dari highway exit Tapah... budget semua kawan-kawan jauh nak datang, bila fikir balik macam nak buat dekat-dekat je... entahlah, gigih lunch hour duduk depan pc menghadap google map..


Last-last pening! erm... balik nantilah suruh abah design peta. Abah aku suka complain peta yang dia tak faham.. kejap lagi aku tunjuk peta yang aku lukis, mesti aku sentap bila abah komen... :) sebelum kena komen, so kita biarkan saja Pakcik Yusof design peta ikut kepakaran beliau. Hihihihi

Erm... sekejap je masa berlalu eh, sedar-sedar dah separuh ramadhan.

Lagi dua minggu dah nak raya. Rasa pelik pulak bila raya kali ni aku tak beli kuih. Musykil sungguh. Korang dah buat kuih raya daa?

Eh, padahal nak cerita pasal peta je tadi eh? haih...

:)

K.bye... takde gambar nak tepek, handfone problem, tunggu masa nak kena format je nie...Selamat berpuasa korang :D



 Till then~


Wednesday, July 17, 2013

Resepi Masak Ampap Ikan

Assallammualaikum (n_n)V 

Selamat tengahari. Lapar eh, sabar ye... kita serupa :) hari ni pun aku teringatkan kampung... teringat masakan mak. Hari ini teringin nak makan masak ampap ikan, korang tak tahu nak masak apakan? meh cuba nie...

Actually, masak ampap ni adalah masakan tradisi negeri Sabah. Mak kte orang sabah, so mostly mesti ada makanan sabah punye! Dulu, arwah nenekpun suka masak ikan masak ampap ni :)

Senang dan sedap, boleh tahan tiga hari.


Resepi yang aku letak ni, ini resepi dari mak, mak dapat dari arwah nenek =)


1 kilo ikan sadin (ikan lainpun boleh)

3 inci halia *
Serbuk kunyit (seeloknya lebihkan kunyit - rasa dan warnanya akan lebih enak dan cantik)
4 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
10 biji cili api *
beberapa asam keping


caranya:

1- tumbuk bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan dalam periuk, masukkan ikan, masukkan air sama paras dengan ikan, sedikit garam dan asam keping, . Lepas tu masak atas dapur. Biarkan sampai kuah pekat, lepas tu boleh angkat dan di hidangkan.

**Lagi pedas, lagiii sedapppppp ;)

** Kalau mak aku, katakanlah ikan tu tak habis waktu berbuka, nanti mak akan goreng ikan tu untuk sahur. Masa nak goreng, tak payah letak bahan-bahan lain, cuma goreng dalam minyak yang panas biasa tu, sama macam kita goreng ikan. Kalau goreng lagi sedap.

** Mak aku tak suka kering-kering sangat, suka macam ada kuah sikit-sikit. Rasa kuah dia sedap sangat bila gaul dengan nasi panas-panas. *telan liur*

ps: Ikan ni sedap makan dengan ambuyat... rindunya Sabah ;(


 Till then~


Tuesday, July 16, 2013

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam

Assallammualaikum (n_n)V 

Erm... selamat tengahari, masa-masa tengahari ni memang best kalau up entry pasal makanankan? Semalam, hari kedua buka puasa seorang-seorang lagi. Alhamdulillah, hingga hari ni masih puasa penuh lagi :D Kesiannya kita. Semalam cuma buka makan kuih cara berlauk dua ketul, popia tiga ketul dan ayam masak merah seketul. Air pulak minum air lai chi kang saja.

Kengkonon nak diet, padahal sebelum tu dekat rumah empat hari buka dan sahur makan nasi kot. Tambah lagi makan laksa, coco crunch, roti john... kesian perut kte kena bertabah kurang makanan semalam. Hihihihi :)

Sahur tadi, makan tauhu bakar dua biji, air milo satu mug dan dua biji epal. Rasa nak nangis makan tauhu bakar tu. Dah lah tauhu kering. liat nak gigit-gigit, kering je lalu kat tekak. Haih!

Dah sampai KL ni, automatik kepala teringat pada masakan kat kampung. Erm, saja je nak up entry resepi Masak Lemak Ayam resepi mak, teringin nak makan masak lemak ayam lagi ni... :(


Bahan-bahan:
Tiga ketul dada Ayam
2 - 3 biji kentang saiz sederhana, kupas, belah 4 setiap 1 dan rendam
2 batang serai, dititik
800 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumbuk:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 genggam cili padi merah kampung

Cara:

Masuk ayam, bahan yang ditumbuk, serai dan santai cair dalam periuk, gaul2 dan didihkan sampai ayam kecut. Masukkan kentang dan tunggu sampai kentang empuk. Bila dah empuk, masukkan pula asam gelugor, santan pekat, kacau perlahan-lahan, jangan sampai pecah minyak. perasakan dengan garam,

Siap!

Hehehehe, itulah masak lemak versi mak sye :)


 Till then~


Monday, July 15, 2013

DOA TERHINDAR DARI NIAT JAHAT ORANG

Assallammualaikum (n_n)V 


Maksudnya:

Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan. 



اَللَّهُـمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ يَوْمِ السُّوْءِ، وَمِنْ لَيْلَةِ السُّوْءِ، وَمِنْ سَاعَةِ السُّوْءِ، وَمِنْ صَاحِبِ السُّوْءِ، وَمِنْ جَارِ السُّوْءِ فِيْ دَارِ الْـمُقَامَةِ


Allaahumma Innii A'uudzubika Min Yaumis Su', Wa Min Lailatis Su', Wa Min Saa-atis Su', Wa Min Shaahibis Su', Wa Min Jaaris Su' Fii Daaril Muqamah

" Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hari yang buruk, malam yang buruk, waktu yang buruk, teman yang jahat, dan tetangga yang jahat di tempat tinggal tetapku."

Sumber:


 Till then~


Thursday, July 04, 2013

Aku, kaktus dan mawar.

Assallammualaikum (n_n)V

Pagi tadi aku buka email. Buntang mata aku. Bukan sebab aku tengok email gembira sampai aku rasa nak lompat bintang. Tapi, sebab dalam email aku ada email yang super gila. Maka, pagi-pagi aku ikut jadi gila. Aku tak tahu nak buat apa.

Sumpah, aku stress.



Aku tahu, nak bandingkan stress aku dengan stress orang dekat luar sana, stress aku tak ada makna. Macam titik hitam kecil di atas satu kertas mahjong besar, sampai kalau orang nak tengok masalah tu, kena pakai spek lima inci tebal.

Tak apa, aku tak kisah walau perumpamaan ni lebih macam bangang.

Oh..
Mari aku cerita.

Sekarang ini, dekat tangan aku ada dua buah pasu.

Satu Pasu yang aku tanam dengan bunga kaktus. Satu lagi aku tanam dengan bunga mawar yang cantik, yang kena jaga baik-baik, lembut-lembut sampaikan perasaan aku ikut jadi lembut kepadanya. Tapi. Jujurnya, aku lebih suka pada bunga cactus. Aku suka sarkastik, tapi sebabkan bunga mawar, aku kena buang sarcastik tu.

Stress.
Bila aku terlampau menjaga bunga mawar, aku mula hilang tumpuan pada bunga cactus. Bunga yang aku puja. Yang aku cakap ada hati aku dalam pasu tu. Persoalannya, mampu ke aku nak hidupkan kembali pokok cactus itu sedangkan semua baja, air dan kasih sayang aku curahkan pada pokok bunga mawar.

Aku kena pilih antara dua. Dua buah pasu itu sudah aku tetapkan pembelinya. Si bunga mawar sudah separuh matang, aku kira, dalam hujung purnama boleh aku jual kepada yang sudi membeli. Aku yakin akan ada yang membeli.

Sebab, sebelum ini, aku pernah tanam pokok mawar yang sama, ada pembeli, tapi liat mahu membayar, sudahnya aku ambil dan jual pada orang lain, di telek di tenang, dia senyap, aku ambil balik dan beri pada pembeli lain, sekarang aku sedang menunggu kata putus si pembeli.

Itu kisah bunga mawar.

Tapi, lain pula kisah pokok bunga cactus. Aku jadi separuh gila. Nak buat macammana? Dulu pokok kaktus itu pernah aku jual ketika pucuknya baru aku tanam, si pembeli itu menolak. Katanya cactus aku tak cukup bagus, dia kata aku guna baja tiada gred. Aku kecewa, jadi aku biar sahaja pokoko cactus tu dekat hujung tingkap. Sudah malas mahu melayannya. Tapi, purnama yang lepas satu email menjengah, mahu membeli pokok cactus itu. Aku berjanji, aku akan cuba 'menggemukkan' pokok cactus itu. Pokok cactus aku kecil, kurus, kurang kasih-sayang sebab aku terlalu menjaga bunga mawar. Sempat ke aku nak jual pokok cactus tu sebelum berakhirnya purnama ini?

Aku ada dua tangan, sepuluh jari dan satu otak, mampu ke aku nak beri kasih sayang yang sama untuk dua pokok yang berbeza? Mulai hari ini, aku perlu lebihkan kasih sayang aku pada si cactus.

Kasihan, yang tak terjaga itulah yang mendapat perhatian. Oh pokok cactus, kau sabar ye, aku cuba cari baja paling baik dalam dunia untuk kau. Kau kena kuat, kalau tak cukup jari tangan, aku sanggup guna jari kaki untuk jaga kau.

Stress.
Pokok Bunga Mawar pertama masih di antara tangan-tangan.
Pokok Bunga Mawar kedua masih dalam tangan aku.
Pokok Bunga Cactus tetap juga dalam tangan aku, tapi sudah di Reserve.

Janji, bila janji harus di kota.

Jari, sila berkerja pantas. Otak, sila fikir yang bukan-bukan tapi bernas. Emosi, sila berada di tempat paling tinggi. Cik cyda, sila Kuat!!!

** Sorry, kalau ada yang tak faham tentang pokok - pokok ni. Later on, bila pokok ni dah berbunga dan di beli orang, aku pasti up cerita.

** Tiada kaitan dengan manusia mahupun perasaan orang lain. Harap maklum.

Konklusinya,
Aku stress hadapi stress untuk sepurnama.
:D

Gila!




 Till then~