Tuesday, December 25, 2012

Sembang pagi :D

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat pagi, update laggiiiiiii.. kan? kan? kan? tadi masa on twitter, status beliau naik dekat dashboard. Oh, tiba-tiba insaf kejap. Terus terfikir-fikir. Erm.. betul jugak kata-kata beliau ittew. Entahlaa, aku suka baca twitter beliau, sentiasa terkesan di hati.

Nak tahu apa tweet dia?

Ni haa..


Subhannallah, cuba renung-renungkan. Dekat mana amalan kita. Kita sebenarnya tak ada hak nak judge orang lain tanpa tahu intipati cerita. Banyak makna yang tersirat di sebalik tweet beliau.

Kadang-kadang, betul cakap orang, pakaian tak mencerminkan sikap seseorang itew seratus peratus, kat kawasan rumah sewa aku ni, macam-macam gelagat aku tengok, itu semua dah cukup nak menunjukkan semuanya.

Yang penting minda dan hati, kalau hati tu kotor, minda tu letak dekat tahap terbawah, memang payah nak di perbetulkan.


Bila hati tu kotor, penuh dengan dengki, itu yang munculnya sifat-sifat yang agak saiko, segala macam perkara nak di campur tangankan. Itulaa namanya manusia. Benda yang tak ada pun diada-adakan, Haih!

Erm, aku suka sangat cara abah, bila abah ada masa, abah akan ceritakan kisah-kisah perjalanan hidup abah, macammana hidup abah dulu-dulu, macammana abah survive tanpa duit, macammana perasaan abah bila di jadikan 'kuli' tak bergaji, macammana keringat abah di peras, macammana maruah abah di pijak-pijak, macammana abah tangani sikap-sikap gila manusia keliling. Semua benda abah cerita, dari kisah ais krim malaysia dengan orang filipina hinggalah sampai kisah petola ular hinggalah pada saat maruah abah di pijak-pijak. Subhannaallah, betapa kuatnya ingatan abah menyimpan kenangan itu.

Ya, bila ianya sakit, secara semulajadinya kenangan itu akan terpahat di jiwa. Itu aku pasti, dan, secara jujurnya, aku hidup dengan pengalaman abah. Sebab tu, apa je keputusan yang aku buat, aku cuba minta pendapat abah, bagi aku abah dah terlalu banyak menghadapi pahit getir sebagai seseorang dalam hidupnya, maka, aku tak nak buat kesilapan, aku tak berani nak try and error. Pedih ;(

Aku bangga dengan abah, susah senang abah tetap cool, walau di tikam kiri kanan, abah tetap cool dengan sikapnya. Betul cakap orang, seburuk mana pun kita, jika kita teraniaya, Allah tetap turunkan rahmatnya, biarlah buruk di mata manusia, asalkan tak buruk di mata sang pencipta.. Allah adil. Kalau sabar, pasti Allah beri ganjaran yang setimpal.

Dan, sebab tu laa.. Abah selalu cakap, kalau ada apa-apa masalah, share dengan family, share dengan abah, setidak-tidaknya abah boleh bagi nasihat, pandangan, etc etc.. sememangnya, segala-gala kata-kata yang keluar dari mulut abah dan mak tu umpama air yang menyiram bara di hati.

Whatever it is, family first... :D


Till then~


9 comments:

  1. assalamualaikum syida...alhamdullilah dapat anak yg baik mcm ni moga akan sentiasa diberkati Allah yer...

    p/s nak ikut tutorial yg mana ek...
    yg kat link syida ni yer...

    http://www.cydasite.my/2012/12/tutorial-pasang-domain-my.html

    ReplyDelete
  2. sis pun follow twitter Fedtri. mmg selalu ayat2 kat twitter dia terkesan kat hati :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..semoga segla amal kita diterima=Nya..miss MY arwah daddy..

    ReplyDelete
  4. respek dgn abah syida....kata2 fedtri yahya tu tepat dan padat lah...haha

    ReplyDelete
  5. dah lama tak singgah sini..rindu.waaa..blog dah lain ye.Saya pun suka baca tweet dari ahmad fedtri yahya tu. Kita berusaha jadi baik. InsyaAllah.


    p/s: rindu kat cik cyda kita ni. ^__^

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum cyda...memang menarik...:)

    ReplyDelete
  7. moga kt sentiasa dlm rahmatnya .. amin ^^

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998