Tuesday, December 25, 2012

Sambal tumis udang dan petai

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat malam! hehehe.. aku rasa, sepanjang aku cuti ni, belog ni automatik akan bertukar menjadi blog mak-mak, penuh dengan resepi gitew. Hehehehe ;)

Actually, ada orang request resepi ni. Di sebabkan terharu, aku pun gigihlaa taip resepinya, ececeh.. kepochi.. izinkan saya ye..

Sebagai cuci mata, meh layan picture ni dulu..


Dah terliur? meh kita tengok resepinya pulak eh.. hehehe ;)


20 tangkai cili kering di rebus*
20 ekor udang 
2 ulas bawang besar*
3 biji bawang putih*
sedikit belacan*
3 papan petai
sekeping asam keping
Garam
gula
sedikit air*
sedikit kicap
minyak untuk menumis

Cara-cara:

1- Kisar bahan-bahan bertanda (*)
2- Tumiskan bahan-bahan bertanda (*) dan asam keping hingga naik minyak.
3- Masukkan petai. tunggu hingga petai empuk.
4- Masukkan sedikit kicap. Anggaran satu sudu kecil, fungsi untuk bagi sambal nampak lebih cantik.
5- Masukkan udang, biarkan sehingga udang masak. Perasakan dengan garam dan gula.
6- siap.

Haa, tu je cara-caranya :) Selamat menjamu selera di waktu cuti yew~


Till then~

3 comments:

  1. family sis suka masak ni jugak. tapi sis makan udang jea la. tak suka petai..huhu

    ReplyDelete
  2. wah...mmg takleh tahan tgk gambar tu...lama dah tak makan petai ni...

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998