Thursday, December 13, 2012

Review: Durian crepe Mid Valley

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat tengahari. Saja je nak cerita pasal durian crepe. Semalam, singgah Mid valley kejap, al-maklumlaa, dekat sikit dengan rumah sewa katanya :D

Mencari apalagi kalau bukan durian crepe, Masa mula-mula sampai, durian crepe dah habis. Sedih kejap, lepas tu tanya akak yang jual tu, dia cakap runner tu tengah on-the-way, dia suruh tunggu kejap. Masa tengah tunggu, ada seorang kakak tu pun tunggu sama.

Sepanjang lima belas minit menunggu, gila banyak orang tanya durian crepe kat akak tu. Akak tu siap cakap dia dah tak larat dah, sebab yang bertanya sangatlah ramai.

Tunggu punya tunggu, tunggu lagi, durian crepe sampai dua kotak polisterin besar. Tiba-tiba je akak tu kena serbu. Oh my gucci, akak tu bagi akak yang tunggu sama dengan aku tu dulu, sebab dia cakap akak tu dah order dari tengahari. Mak aih, akak tu beli tiga bekas kot. Banyak oohhh.

Akak tu suruh aku tunggu kejap, lepas dia susun-susun baru baru dia bagi dekat aku. Gila laa, chinese pun makan durian crepe okey!

Masa dah dapat durian crepe tu, rasa macam lega gila! (kepochi)


Review aku:

Presentation memang tip top, tapi.. kenapa kecil sangat? Tapi sangat kagum dengan lempeng dia, sangat nipis macam kertas tau. serius sangat nipis.

Rasa satu, eh? kenapa rasa macam kosong je. Dah kunyah-kunyah, baru rasa durian. cream tu memang tak rasa langsung, mungkin sebab dah di pukul kembang agaknya. Cream dia ada sikit, yang banyak adalah durian! well, namanya pun durian crepe, kan?kan?kan?


Cantik kan lempeng ni? mulus je, nipis pulak tu! bagi aku, dari makan durian crepe, better makan durian yang betul-betul tu je. Tapi, kalau sekadar nak merasa, oklaa.. boleh laa.. sedap jugak..

Kalau beli durian betul-betul, rm10 boleh dapat dua biji, kalau durian crepe rm10=6 ketul durian crepe. Mungkin sebab fenomena kot, sebab tu durian crepe tiba-tiba dapat rating yang tinggi dalam semua jenis pencuci mulut.

Sebelum ni, aku rasa daripada buat durian crepe, baik beli je, bila dah rasa durian crepe yang beli, tiba-tiba aku rasa better makan durian biasa je.

Lepas ni dah tak adalah aku nak tanya-tanya dekat Encik Bulat pasal durian crepe daa, sebelum ni asyik tanya je bila nak beli durian crepe. Hihihiihihi :D

Siapa tak pernah rasa lagi, sila lah rasa sendiri durian crepe, bila dah rasa, baru puas hati :)

Ok, itu sahaja review aku..


Till then~
Peace yo!



14 comments:

  1. Nampaknya enaaakk, cik... Hantarkan sini yaa?? :p

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan durian crepe lagi tau TT^TT Sedih takkkk

    ReplyDelete
  3. biasalh bila fenomena .. saja nk merasa. baik mkn durian. dapat dua bijik kan..kn... hehehhh

    ** kalau mkn yg mcm gmbr tue selera lh jgk..dari penuh cream jerk

    ReplyDelete
  4. eh eh ada durian crepe kat mid valley.??
    kat celah mana cik syida.???

    ReplyDelete
  5. @Mister Gandi hahaha, emangnya jika boleh di antar, saya akan ngantarinnya :D

    ReplyDelete
  6. @Farra Izzaty ala, ciannya.. tak pe Farra, nanti Farra makan durian biasa sambil feeling2 makan durian crepe, lg berbaloi :D

    ReplyDelete
  7. ye ke syida??hmm..dah la mhl kna..lau mkn durian rm 10 boleh dpt 3 biji jugak..

    ReplyDelete
  8. huwaaa....mcm tak best je rating....ke sebab yg mid valley punya ni kedekut saiz kecik dan mahal?

    ReplyDelete
  9. kena rasa dulu baru tahu mcm mana kan :)
    kalau tak duk tertanya2 jea mcm mana rasa dia.

    ReplyDelete
  10. dah mkan dah.. sedap la jugak even aku bukanny apenggemar durian sangat.. ahahah

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998