Tuesday, December 25, 2012

Resepi: Masak lemak ikan masin dan nanas

Assallammualaikum (n_n)V

Hehehe, resepi lagi? hehehe, layankan je laaa yew! untuk seminggu ni, izinkan je laa blog ni jadi blog masakan. Seminggu je pun, :D

Macam biasa, sebelum tengok bahan-bahan, jom layan picture dulu kasi berkobar-kobar sikit perasaan nak masak tu :D


Hehehe, aku ni selalu fail bab-bab touch-up gambar, mesti jadi macam blur. haih~ tak pe, layankan je laa ye..

Bahan-bahan.

2 batang serai (di ketuk)
7 biji cili padi (ikut kepedasan)*
2 ekor ikan masin sederhana besar ( ikan talang) (ikut suka hati, potong kecil dan rendam)
1/2 biji nanas tua di hiris kecil
santan dari sebiji kelapa
1/2 cawan air
3/4 sudu serbuk kunyit*
2 biji bawah merah*
1 keping asam keping 
Garam
Gula

Cara-cara
1- tumbuk bahan betanda (*)
2- Campurkan semua bahan-bahan ke dalam satu periuk, kecuali santan, garam dan gula.
3- Masak hingga mendidih
4- Setelah mendidih, masukkan santan, perasakan dengan garam dan gula.. biarkan hingga ikan empuk, bila dah pekat boleh tutup api.
5- Dah boleh makan bersama nasi panas. Fwehhhhhh~


Till then~

3 comments:

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998