Wednesday, December 26, 2012

Pengajaran :)

Assallammualaikum (n_n)V

Malam semalam tengok movie Zaiton cerita ku, ye laa.. sana sini orang cakap best. Oleh kerana payah sangat nak download, aku pun ambil inisiatif tonton online kat youtube je, tak sangka ok, buffering pun tak ada, okey, layanlaa jugak cerita tu  sampai habis :D


First, kesian okey kat dia. Betapa banyak pengajaran kat situ. Sebab duit, adik - beradik bergaduh. Dah laa susah, ada pulak adik-beradik yang ambil kesempatan. Patutnya, bila susah adik-beradik tolong membantu, ini tak, adik-beradik pulak duk kaut semua duit dia.

Part sedih bila orang lain sanggup jaga dia, tak ada pun orang tu nak ambil kesempatan atas kelemahan dia. Kekurangan dia, satu part yang touching bila dia kena menyanyi untuk dapat makan durian.

Di sebabkan ianya cerita betul, aku tak nak komen apa-apa, cuma ambil pengajaran je dari cerita tu. Sepanjang cerita tu, seriussss sangat banyak pengajarannya!

Aku memang tengok cerita ni betul-betul, tak ada skip-skip, pelik pulak bila cerita okey macam ni tak dapat sambutan kat panggung, kan?

Siapa ada internet kat rumah, sila google tengok cerita ni. Banyak sangat pengajaran yang ada dalam cerita ni. Betullaa tu, bila kita kat atas, bila kita senang, jangan bongkak, jangan lupa orang dekat bawah. Aku setuju!

Abah cakap, mungkin ada sisi cerita lain yang tak di paparkan, Kisah hidup dia dulu-dulu masa dia tengah naik, kita tak tahu, kita sebagai penonton di sajikan dengan zaman kejatuhan dia je. Sebab tu laa semua tu harus di jadikan ikhtibar.


Kalau hari ini kita hina muka orang hodoh, jangan buat-buat terkejut kalau satu masa nanti Allah jadikan pula muka kita hodoh,

Kalau hari ini kita hina orang sebab orang tu miskin, janganlah pula kita buat-buat terlupa bilik satu masa Allah turunkan kemiskinan pada kita.

Kalau hari ini  kita perah keringat orang untuk kesenangan kita, jangan buat-buat sedih bila satu masa nanti Allah turunkan benda yang sama pada kita.

Kalau hari ini kita menjadi batu api, menjadi penyebab putusnya silaturahim, jangan buat-buat tak faham bila Allah uji kita dengan benda yang sama.

Kalau hari ini kita hina orang itu di sebabkan kesusahannya. Jangan nak bersedih kalau Allah jadikan hidup kita lebih susah dari orang yang kita hina itu.

Kalau hari ini kita berbangga dengan kemewahan yang ada. Jangan nak gelabah kalau Allah tarik balik kemewahan itu.

Kalau hari ini kita letakkan kesilapan kita pada bahu orang lain, jangan nak marah-marah kalau Allah tunjukkan kebenaran itu

Kalau hari ini kita berbangga berada di tempat tinggi, jangan nak buat terkesima kalau Allah tiba-tiba takdirkan kita berada di bawah.

Kadang-kadang, Allah tak balas sesuatu tu on-the-sport, Allah tunggu masa yang sesuai, kalau tak dapat kat kau, mungkin anak cucu kau, it's KARMA! Entahlaaa, Kadang-kadang manusia ni suka riak, suka ego, suka meletakkan kesilapan sendiri pada bahu orang lain. Ye laa, lumrahlahkan, siapa yang nak nampak busuk.

Sesungguhnya percaturan Allah itu cantik dan sempurna, macam-macam jenis manusia Allah cipta, ada baik, ada buruk, ada hodoh ada cantik. Tapi, tu semua bukan alasan untuk menjadai ego, menjadi riak :)


Sekian, Tazkirah petang ini. Mohon maaf salah dan silap, aku bukan ustazah, tak perfect nak sampaikan apa-apa tazkirah, aku cuma berkongsi pengalaman yang aku ada. Boleh jadi umur aku muda dari kau, tapi pengalaman aku mungkin boleh kau guna pakai masa akan datang. kan?

Berhenti jadi sarkastik dan plastik. Hohoho~


Till then~




5 comments:

  1. citer ni tak dapat sambutan pasal kurg promosi kot....

    ReplyDelete
  2. Yana baca pon dh dpt rasa sedih... Terjah youtube !!

    ReplyDelete
  3. Mmg teringin nk tgk filem ni.beli cd jea la..hehe

    ReplyDelete
  4. pernah dgr ttg cerita ni.
    tp dgr cerita kontroversi laa kbykknnya..

    ReplyDelete
  5. =( betul.

    tak pa.. betul kata cik syida.. kite amik pengajaran.. =)

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998