Thursday, December 27, 2012

Panggilan Misteri!

Assallammualaikum (n_n)V

Pagi-pagi ni, nak share satu cerita. Yang ni cerita betul. Harap maklum ye, bulan lepas aku ada belikan tiket flight untuk seseorang, al-maklumlah, aku kan pakai online banking.



Petang semalam, masa tengah layan movie kat lappy, aku dapat satu panggilan dari 'private number'. Aku ingatkan budak-budak ofis dari Exchange Ampang, al-maklumlah, 'private number' ni memang sinonim dengan ofis ampang.

Maka dengan lemah lembutnya aku menjawab. Terkejut sebab suara tu aku tak kenal.

Dia: Boleh saya bercakap dengan Cik Noor Rasyidah?
Aku: Ye saya *Sambil gagap-gagap*
Dia: Saya dari AIA Insurans, AIA insurans dengan kerjasama Air Asia ada buat promosi, iaitu insurans free.Sebelum tu boleh bagi saya alamat cik. Sebelum tu, cik nak saya hantar polisi insurans ni ke pejabat atau rumah?
Aku: *Terfikir-fikir*hantar dekat rumahlaa

Makanya, lambat-lambat aku bagi alamat.

Dia: Owh, sekampunglah kita!
Aku: Oh ye ke?*sambil gelak buat-buat*
Dia: Dik, umur berapa?
Aku: 25 tahun
Dia: Akak ambil masa adik kejap ye, 
Aku: okey *layankan kejap*
Dia: Ada beli tiket Air Asia kan?
Aku: Ye,
Dia: Akk dapat data dari Air Asia. Sekarang Air Asia ada buat promosi, tiga puluh hari percuma perlindungan insurans, tak payah beli free je.
Aku: okey.
Dia: Sekarang, masa akak call nie, Insurans adik dah jalan, tak perlu bayar ye. Itu pakej pertama, ini yang akk nak bagitahu ni, ni pakej ke dua. Bersedia ke nak dengar?
Aku: Kena bayar ke? *rasa macam nak putuskan talian, tapi sabar kejap*
Dia: Ye kena bayar. Kalau adik tak nak pun tak pe, just akak nak share je, boleh tak?
Aku: Erm..
Dia: Ala, dengar je, nanti boleh share dengan adik beradik, mak ayah ke,
Aku: Erm..
Dia: Boleh dengar je, tak kena bayar.
Aku: Okey.
Dia: Pakej kedua ni adalah pakej insurans hayat, dia cover macam-macam, contoh untuk kematian semulajadi, mati mengejut ke, adik bunuh diri ke, kena bunuh ke, insurans cover RM30,000 bagi pada family. Kan dah senang dekat situ? Tak mahal, bayar dalam RM99 je sebulan, semua jenis penyakit insurans kami cover. Boleh tak bayar RM99?
Aku: Ergh, tak pe laa kak, tak ada duit laa, saya tak kerja lagi.
Dia: Ala, Rm99 je adik.
Aku: Tak pe lah kak, saya dah setahun menganggur ni.
Dia: Ala, adik ambillaa, boleh share dengan family, suruh mak atau ayah bayar.
Aku: Saya orang susah kak, *dah mula sakit hati*
Dia: Hari tu beli tiket Air Asia guna kredit kad ke Debit kad?
Aku: Erm, beli tiket?
Dia: haah..
Aku: Guna online jek *jawab aku lambat-lambat*
Dia: Oh, bila nak fly nye?
Aku: Bulan 5
Dia: Nak ke mana?
Aku: Beli tiket untuk kawan balik sarawak je.
Dia: oh, dik macammana? ambillaa, kalau adik ambil insurans ni, ayah mesti suka. Takkanlah ayah nak marah.
Aku: Tak pe lah kak, nanti ayah saya marah.
Dia: Tak cari kerja ke?
Aku: Tak, saya jaga adik-adik kat kampung, adik-adik kecil lagi.
Dia: Oh, tak terasa nak cari kerja dekat KL ke?
Aku: Tak, nak cari dekat-dekat je, nak jaga adik-adik.
Dia: Rugilah adik tak ambil insurans ni.
Aku: Tak pelaaa, lain kali ye.
Dia: Okey, misalnya.. dalam 2 tahun lagi akk call, masa tu adik dah kerja, boleh tak? nanti dah kerja, bolehlaa ambil insurans ni.
Aku: InsyaAllah *sambil gelak-gelak*

Fwehhh! malam tu Mr.Bulat terus what's App suruh baca blog Mazidul Akmal Sidek. Owh, dia pun ada cerita pasal benda ni rupanya!

Aku baca perlahan-perlahan, dengan penuh teliti.. Oh! ada sikit-sikit macam yang kakak call aku tu! cumanya akak tu cakap dia dari AIA insurans dengan kerjasama Air Asia. Pelik tak kat situ? aku jadi pelik tau! dah laa guna private number, nasib aku tergerak nak tipu sikit-sikit :)

Siapa nak tahu, sila baca sini:

PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DIPERDAYA


Korang pernah dapat tak panggilan macam ni? apa reaksi korang? pada yang belum kena, sila ambil perhatian, mana tau esok lusa korang pulak dapat panggilan misteri ni!

Sama-samalah kita berhati-hati (-_^)V


 Till then~



32 comments:

  1. kalau sis dah bagi alasan awal2 dah.mmg sis malas nak layan.hehe

    ReplyDelete
  2. exch ampang memang sinonim dengan private number? mana tau ni? hihihi

    ReplyDelete
  3. panggilan misteri mcamni mmg memusnahkan org kan

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    Eira selalu gak dapat panggilan cam ni..
    Selalunya dari BSN (katanya)
    Bila kita layan..
    Dia pun citer ar pasal insurance..
    Siap paksa2 gi..
    Bila kita x nak..
    Dia leh merayu pas tu ckp kita kaya coz wat simpanan dlm bank..
    Pada hal..
    Dia x tau..
    Yg akaun BSN tu sbnrnya duit biasiswa zaman sekolah dulu..
    de rm50 je dlm tu..
    Mmg Eira x penah keluarkan..
    Sabor je lah..

    ReplyDelete
  5. pernah pernah pernah.. banyak kali. yang last tak angkat doh. hahaha.

    tapi now ade satu tapi dari etiqa maybank. seram la. depa duk paksa paksa tau.

    ReplyDelete
  6. betul kak..jue pun dapat panggilan jual insurans ni.. siap minta no ic segala. nasib jue cakap nanti call balik.ada kerja..hahaha dia call time lunch..terus jue xjawab

    ReplyDelete
  7. yana dalam thn nie dpt lebih kurang 20 pggln mcm nie ... dia ckp dpt no yana dr TM sbb yana byr bil tel rumah. Mls nk lyn ...tp sbb kt nie sopan santun. jwb baik2 ler jgk. bila dh panas telinga yana ptuskn pggilan. dia kol blk .. ayo .. terus off hp utk satu hari .. heheh jaat tak ...

    ReplyDelete
  8. pernah kene. siap mintak no kad kredit lg. da la sy nie jenis yg cepat mudah percaya kate-kate org.adoyai...:-(

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. subhanallah ni kes nak tipu duit orang lah ni kan.. ish ish tak baik, nasib baik tak makan umpan kan cda?

    ReplyDelete
  10. mira dapat gak kol macam nieh
    tapi no tepon tak private..
    dia cakap dia dari bonuslink
    ayat memang lebih kurang sama je dengan yang syida dapat nieh
    bahaya betul kan
    kena lebih hati hati sekarang

    ReplyDelete
  11. susah nak percaya call macam ni kan..semoga kita hati-hati...

    ReplyDelete
  12. amboi2..nak promote pown agak2 lah.kena bunuh,bunuh diri bagai.apelah

    ReplyDelete
  13. wkwkwkwkwkwkw aku tertawa baca tulisan ini cik

    ternyata pihak asuransinya maksa-maksa terus ya

    pantes saja kamu tolak cik
    percakapannya lucu banget

    ReplyDelete
  14. saya penah dpt dr bank..dok potpet2 smpai pns tipon..bengang je..hhi

    ReplyDelete
  15. hmmm selalu dapat call dari ntah mana2 insurans ntah..

    selalunya..dorg sebut je..ntah pape insurans.. terus putuskan talian.. mmg xkan layan...

    ReplyDelete
  16. skang byk kes menipu..kne ati2

    ReplyDelete
  17. AK pernah banyak kali kena..ada pernah dia salah nama..terus AK ckp ok sorry wrong number.hahaha..dia br ckp nak jual insurans..tp kalau dah salah nama sorry lerrr

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum cyda...betul tu mengelakkan lebih baik dr mengubatikan...:)

    ReplyDelete
  19. haishh takutnya mcm2 cra org nk tpu skrg ni kan

    ReplyDelete
  20. http://www.aimisyahirah.com/2012/12/segmen-3-hari-cik-lyeen-lagi.html Ada tag kamu..:)

    ReplyDelete
  21. yup biasa dapat call camni....dulu layan lah jugak...tapi sekarang ni terus letak je bila cakap dia konon dari pihak sekian2....padahal nak buat telemarketing.....

    isu kat sini camne data peribadi pemilik kad kredit boleh terlepas kat diorg ni...diorg biasalah nak jual brg mestilah akan pujuk org yg kena tu... cuma takde etika la pasal guna nama pihak lain mcm bank dan dalam kes cik syida guna nama air asia...

    ReplyDelete
  22. ha3!! sama la..ramai da kwan2 kena sbb semuanya beli online kan..adoi,,

    ReplyDelete
  23. Bila mendapatkan penggilan yang tiada kita kenal kita orang harus berhati-hati serta waspada. Karena kita juga tidak tahu akan niat dia orang.

    Mohon bantuannya sahabat untuk KLIK butang G+1 kat entri saya berjudul IPHONE 5 GADGET IMPIAN.
    Semoga sahabat berkenan membantu dan terima kasih sebelum serta sesudahnya saya ucapkan

    ReplyDelete
  24. MM rasa MM pun dah terkena.. Tapi MM kena ngan CIMB AVIVA.. Masa tu promosi ape tah yang connect ngn Bonus Link.. Kata nak anta dokumen sampai sudah tak sampai2.. Last2 semalam dapat surat kata MM dah elapse RM84.. Nak kena bayar.. Wat de hell.. Tengok surat pun tak official langsung.. Tak macam dari CIMB.. Keje menipu je dorang nih kan ? Macam dah tekde keje sangat daha dalam dunia ni..

    ReplyDelete
  25. Terima Kasih sangat-sangat la kepada pemilik blog ni. Nasib la tak tertipu. Sambil buat2 layan, sambil baca blog ni. Haha. Thanks again. Mmmg mnyusahkan orang betul la minah scammer tu. Aiyoooo..

    ReplyDelete
  26. Terima Kasih sangat-sangat la kepada pemilik blog ni. Nasib la tak tertipu. Sambil buat2 layan, sambil baca blog ni. Haha. Thanks again. Mmmg mnyusahkan orang betul la minah scammer tu. Aiyoooo..

    ReplyDelete
  27. Terima Kasih sangat-sangat la kepada pemilik blog ni. Nasib la tak tertipu. Sambil buat2 layan, sambil baca blog ni. Haha. Thanks again. Mmmg mnyusahkan orang betul la minah scammer tu. Aiyoooo..

    ReplyDelete
  28. Macam-macan cara dorang nak menipu sekarang. Terimakasih tuan blog sebab share.

    ReplyDelete
  29. trimas tuan punya blog..
    saya pun bru ja terima panggilan dri org yang mendakwa dya dari Airasia.. nsb baik smpat "google search"..

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Pandai mengayat betul akak yang call tu...sampai sanggup nak call balik after 2yrs? Nak tergelak pun ada bila baca perbualan tu, pandai awak menjawab pandai Pulak dia mengayatnya . Macam-macam Pulak soalannya ya... Gigih betul dia nak pujuk awk beli insurans tu... Klu dah terlajak melayan macam tu la..susah betul nak off kan perbualan..sye pun selalu sangat dah dapat call macam tu..last2 cakap ada meeting and tak berminat.. {\rtf1\ansi\ansicpg1252
    {\fonttbl}
    {\colortbl;\red255\green255\blue255;}
    }

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998