Monday, December 31, 2012

Merepek di akhir tahun :D

Assallammualaikum (n_n)V 

Lagi 45 minit lebih kurang, 2013 bakal menjelma. Fewh.. sekejap sangat masa berlalu. Pantasnya semua benda jadi kenangan, tanpa sedar, disember sudah mula melabuhkan tirai.


Saat sana-sini orang bersesak-sesak nak sambut tahun baru, sibuk nak tengok bunga api, sibuk nak tengok konsert, aku pulak cuma duduk dekat rumah. Tak ada apa yang nak di sambutkan. Tak ada benda yang nak diraikan, 2013, umur bertambah, tanggungjawab bertambah, semua bertambah!

Bila tahun baru, automatik aku jadi macam seriau.. terfikir balik sepanjang 2012 yang lepas, adakah aku dah archive target aku? berjaya ke aku bahagiakan keluarga kecil aku? tanggungjawab aku, selesai ke? erm.. risau!

2012, banyak jugak kenangan yang aku lalui. Tapi, sakitnya tak sama dengan last year 2011 dulu. Tapi, 2012 tetap memberikan aku impak yang besar, walaupun situasinya aku pernah lalui pada 2011 dulu. Manusia, bukan manusia namanya ittew kalau tak punya perangai bongkak, ego, salah-sangka dan hasad dengki. Tapi, syukur alhamdulillah sebab hampir semua persoalan di tahun 2011 terjawab pada 2012.

Syukur, hingga 31 disember 2012, aku dah banyak nampak 'The true colour' pada manusia-manusia sekeliling aku. Sesungguhnya 2012, Allah dah tunjukkan pada aku manusia-manusia yang berperangai parasit. Yang bangsa cantik di luar, huduh di dalamnya. Dan, kehadiran mereka betul-betul dah memberi aku seribu pengajaran, mengajar aku, bukan 100 % manusia ini baik. Haih~


Really i am! insyaAllah, 2013 ni banyak benda akan cuba di ubah. Actually, 2012 ada beberapa perkara yang telah aku bakul sampahkan. Makna kata, 2013 adalah permulaan baru. Biaq p laa benda-benda yang terjadi 2012, malas nak layan yang saiko-saiko, yang separa gila, yang sewel, yang sengal dan semua benda yang dah memang sejak azalinya gila.

2012, bermakna genap empat tahun jugak blog aku ni. empat tahun perjalanan aku menjadi manusia, empat tahun blog ni menjadi tempat aku mencatat jatuh bangun, pahit getir aku menjadi manusia, mencatat kesusahan aku mencari kerja, menjadi tempat aku bercerita, dan semua yang aku lalui selama ini adalah dari sudut pandangan pemilik hemangioma seperti aku.

Bila sebut hemangioma, apa yang korang expect? siapa yang tak tahu apa tu hemangioma, sila google cepat! :) perjalanan aku mungkin tak seindah perjalanan kau, perjalanan aku tak sesempurna jalan kau, dan selama empat tahun, blog ini menyimpan pelbagai cerita tentang persepsi mereka pada aku. Dan, yang pasti, persepsi mereka bukannya baik-baik belaka.

I got this!! see.. for the last 2012, rasa tak salah untuk aku copy balik benda ni.. hanya untuk ingat balik satu masa dulu aku pernah dapat benda ni. haih, never mind, dah tak kisah daa, it's life!! apalah sangat setakat benda-benda macam ni sedangkan dugaan orang lain lagi hebat, sana-sini orang menipu, di tipu, di jadikan hamba, maruah di pijak-pijak.. setakat gaduh-gaduh, tak de hal laa.. budak-budak, biasalah :p

Bila di fikirkan balik, dugaan abah lagi hebat. Tapi tengok, abah chill jek! semoga lepas ni aku akan jadi setabah dan sekuat abah. Biar di tikam sana - sini, hidup tetap di teruskan, family first!


Itu je lah untuk di repek kan malam-malam ni. Owh, esok dah nak balik KL, kembali semula pada normal life, kat KL tak ada mak tempat luahkan perasaan, tak ada abah tempat gosip-gosip, tak ada eqa boleh jerit-jerit. But it's ok, bak kata mak, yang penting kerja elok-elok. Dan.. 2013 nie lagi banyak benda aku kena belajar. Semoga aku boleh catch-up.. 2013 ni insyaAllah tak ada ayat-ayat nak pindah unit daa, aku bersyukur dengan segala rezeki Allah.. Alhamdulillah..

okey, this is last entry for 2012, thanks pada kawan-kawan blogger yang setia membaca dan tinggalkan jejak ye :D

Happy new years!

ps: Sweet sangat sebab hari ni melempeng durian crepe dengan abah. Lepas tu gaduh-gaduh dengan mak sebab lempeng tak jadi. hahahaha.. #ohduriancrepe!





 Till then~

3 comments:

  1. Happy NEw Year Cik, semoga tahun depan lebih baik yaaaa... :D

    Salam hangat dari Indonesia :)

    ReplyDelete
  2. slmat tahun baru..smga thun ni lbih baik dari tahun sblumnya^_^

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998