Thursday, November 22, 2012

Review: Instanbul Aku datang

Assallammualaikum (n_n)V

Semalam pergi tengok movie Instanbul, Aku datang, (Instanbul, Here i come!) lokasinya adalah tidak jauh, ala, dekat Midvelly nun. Itupun beli online tiket pada hari rabu jek. Haih!


Well, nasib semalam tak hujan hokeys! risau je, dah laa tengok area KL dah gelap nak hujan je. Haih.. Saya masuk yang pukul 8.00 malam punya. sedikit eksited nak tengok cerita ni, maklumlah.. sana - sini cakap cerita ni best. Maka, saya telah terpengaruh tau!


Sebagai bukti, inilah tiket online saya. ececeh, izinkan saya nak megah sikit, hewh,
*oh, matiklah ada orang cakap saya pendengki nanti* motip?

Oklaa, nasib beli online.. kalau tak entah mana-mana tempat yang dapat! orang ramaiii okeys, walau pun tak seramai masa tengok 'Aku Terima nikahnya' hari tu..

Eh, eh, banyak no iklannye eh! fewh~

first.
saya bagi rate 4.5/5 sebabnya. BEST!

Serius ohh, tak menyesal tengok. Boleh layanlah! sampaikan Encik Bulat yang sebelum masuk kat dalam hall tu, yang sibuk bertanya " Erm, best ke?" " Erm, cerita dia macammana?"

Ye, Tunang saya ittew pada mulanya tidak rela namun seakan terpaksa untuk meneman budak kepochi ni nak tengok movie ittew.

Sepanjang cerita, En.bulat tak henti - henti ketawa! terutama part yang Gay tu.. OMG, lawak kot! tak boleh blah muka beto khusyairi :D adehhh

Then, part yang Meggi Asam Laksa tu.. lawak gila! sweet hokeys. Serius tak tipu.

Tapikan, ada satu scene tu air mata saya tiba-tiba jatuh! erm.. part yang Lisa Surihani gaduh dengan perempuan Istanbul tu. Sentap oh bila perempuan Instanbul tu cakap,

' He is my boyfriend! ' OMG.. Then muka tomok masa tu dah lain, rasa serba-salah. fewh, mesti sedih bila dapat tahu orang yang kita sayang tu rupa-rupanya pasang spare tyre belakang kita kan? sentap kejap! Ye laa, mungkin kerana satu masa dulu saya pernah terlibat dalam situasi ittew, that's why ai teremo sikit tang part tu. Haih! 

Then, masa Tomok dan Lisa duduk kat kerusi , masa tomok cakap dia couple dengan perempuan Istanbul tu sebab dia sunyi, dia alone sebab Lisa tu jauh. Whatthehell -_-  ..alasan sugguh tak kukuh, nyampah ai pada alasan si Azad tu!

Ending dia, sangat tidak mengecewakan. Kalau saya dekat tempat Dian, saya pun akan pilih keputusan tu.
*oh! berangan~*

Review penuh baca DI SINI

Okey, itu sahaja, ini adalah sekadar pandangan dari blogger picisan seperti saya, maaf andai ada yang tak suka pandangan itu.

psst: Takde ke orang2 filem nak invite saya pergi tgk movie free, ai suka buat review - review ni. hehehe :D



Tamat, itu sahaja review dari tuan tanah yang comel dan jelita.. 
* nayalah ada orang pscyo baca statement ai*


Till then~


4 comments:

  1. mmg byk org ckp cite nie best..jln cite yg biase tp mungkin sbb ade unsur2 lawak kot...

    ReplyDelete
  2. semacam menarik je. tapi aku tak minat tengok filem3kat wayang. agagag. tak de privacy.. egegege

    ReplyDelete
  3. yeay...dah tgk dan citer ni semalam.best sgt

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998