Tuesday, November 06, 2012

Kos Hidup makin meningkat!

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat petang, cuaca dekat bumi KL sekarang hujan - lebat. Tadi singgah ke blog Mama Zharfan, terbaca entry beliau. Ouchhh, bila tengok picture tu memang agak menakutkan ye, really really, kena akui bahawa kos hidup sekarang memang semakin meningkat. Bukan sikit, tapi banyakkkkkkkk, fewh~


Cuak okey, tambah - tambah duduk dekat KL ni, sangat tak berbaloi ye.. bilik sewa je nak bayar berapa dah, kadang - kadang lagi berbaloi beli je sebuah rumah. Bil elektrik, bil air, macam - macam. Serabut hokey. Itu belum lagi kahwin, ada anak - anak, terfikir jugak, macammana kehidupan orang yang dah kahwin, gaji kecil dan hanya suaminya je yang bekerja di kl ni, seram.. semua nak kena bayar, even nak masuk toilet pun kena bayar tau. Jangan main - main!


Bila tengok banyak - banyak kali gambar ni dekat blog Mama Zharfan, terus je jadi fobia. Eh, betullah! itu memang perbelanjaan sebulan untuk orang - orang yang duduk kl tau. Seram.. seram.. tak mampu nak fikir oh!

Secara logicalnya, nampak RM tu sangat besar, secara teknikalnya, besar manalah RM tu kan, contoh kalau bawak RM10 pergi kedai, for sure memang boleh kiralah apa je yang mampu dibeli. Sadis! rasanya, bukan dekat kl je ada masalah kos hidup semakin tinggi ni, mana-mana pun sama. 

Sendiri boleh fikirlah kenapa, mengapa dan bila ianya mula berlaku, next year kos hidup makin tinggi lagi, lagi dan lagi.. owh~ cukup bersediakah kita untuk persaingan akan datang? *pingsan*

Ohh, pelik.. macammanalah orang boleh menghabiskan RM untuk benda - benda bodoh  tak worth ni eh! such beli selipar harga riban - riban, beli jam harga ribu - ribu, shopping guna kredit card, bela haiwan - haiwan pelik macam burung, ular sawa, tikus, etc etc.. bukan agak membazir ke? duit dah terlebih sangat agaknya, kan.. kan..

fwehhhhh.. 



Till Then~


5 comments:

  1. betul2 sadis..
    kos hidup memng makin tinggi sekarang...

    ReplyDelete
  2. bwk rm50 kekedai mcm bwk 50sen jerk rasanya ...

    ReplyDelete
  3. Maka kena laa berjimat cermat kan??
    Huu

    ReplyDelete
  4. duit diorg terlebih la tu kot. sampai beli benda beribu2.

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998