Tuesday, March 06, 2012

Hati - hati beli Handfone di Kompleks Kota Raya.

Assallammualaikum..

Entry ini dah memang agak pekasam. Bulan lepas, masa kami jalan - jalan kat kompleks Kota Raya kat Pudu tu, masa tengah tengok - tengok handfone, Bf aku tertarik dengan sebuah kedai ni, Handfone Samsung Galaxy Ace. Penjual tu cakap, Bf aku cuma perlu bayar Rm350 dan Bf aku kena Tred-in handfone Sony Ericsson X8. Siapa tak teruja kan?kan?.

Bila Bf aku dah confirm nak beli, dia cepat - cepat buat resit dan cepat - cepat suruh Bf aku bagi Rm350 dan Sony Ericsson X8 tu.

Aku dah mula pelik bila dia minta ic kat Bf aku. Dia cakap untuk daftar Plan dengan Digi. Dia cakap, warranty Phone tu under Digi, walaupun Bf aku tak ambil plan Digi, bf aku tetap kena daftar untuk pengesahan beli handfone tu dari Digi.

Lepas tu, penjual tu buat resit yang macam kat atas ni. Kebetulan masa tu ada pasangan indian datang nak tanya - tanya handfone yang sama. Penjual tu cakap, harga handfone tu Rm850. Pelik lagi sebab penjual tu tiba - tiba bercakap dalam English.

Kemudian, penjual lagi seorang suruh kami masuk bahagian dalam kedai. Sambil - sambil tu dia terangkan resit kat atas ni. Masa tu dia kuatkan volume lagu yang dia main kat laptop kuat sangat.

Dia cakap, resit yang dia buat tu nak hantar kat Digi sebagai pengesahan pembelian, Android yang di masukkan dalam handfone tu berharga RM699.

Lepas dah hantar email tu, ada seorang lelaki yang mendakwa dari Digi centre call, dia cakap bf aku kena bayar lagi RM699 untuk dapatkan handfone Samsung Galaxy Ace tu.

Aku dan Bf aku dah mula panas hati. Kami suruh dia batalkan email tu, dia tak nak.. kami dah bangkang kata - kata penjual tu, tapi penjual tu still tak nak batalkan email tu. Setelah bertekak dengan penjual tu, dia bersetuju nak bayar RM300 pada pihak Digi.

Bf aku minta balik Handfone Sony ericsson X8 tu dan duit RM350. Dia tetap tak nak bagi. Bf aku cakap, esoknya kami akan datang balik bawak baki RM699 tu. Dia kata ok, tapi dia cuma bagi sebuah Handfone China sebagai ganti, lepas Bf aku bayar baki RM699 tu baru bf aku akan dapat Handfone Samsung Galaxy Ace tu.

Sebab takutkan benda - benda lain jadi, Kami buat report polis terus malam tu. Pukul 12.00 baru Bf aku hantar balik.

Kat atas tu adalah nama kedai tue. STORM GALAXY ENTERPRISE.

Malam tu, Bf aku siap call Digi Centre untuk check ada tak apa - apa pendaftaran di buat atas nama dia, jawapan dari DIGI centre... TIADA!!!

Maknanya, kalau ikut resit, dah 272 orang kena tipu dengan kedai ni.

Inilaa kedai tu. Kedai tu kecil je, letak sebelah kedai Aksesori wanita, dekat dinding dia ada banyak logo DIGI, tapi dia ni tak semestinya ada kaitan dengan Digi langsung!.

Esoknya, kami ke DIGI Centre kat Times Square, DIGI Centre buat pengesahan tiada sebarang pendaftaran apa - apa plan atas nama Bf aku.

Lepas tu, kami terus ke Tribunal Tuntutan Pengguna kat The Mall. Buat report kat situ. Tension je masa tu, dah laa dua - dua tak pergi kerja.

Lepas buat report, kertas siasatan pun keluar, yang fail warna kuning tu!. Fail warna kuning tu, setelah di cop oleh Tribunal Tuntutan Pengguna, dan ada tarikh nak naik mahkamah, ianya perlu di hantar kepada penjual tersebut. TTP bagi dua pilihan, nak hantar by hand atau Pos, Bf aku cakap hantar sendiri.

Masa nak hantar kat penjual tu, aku dah cuak takut dia buat apa - apa, bf aku suruh cool je. Masa sampai kat kedai tu, aku perasan, penjual tu dah senyum - senyum je. Lepas tu slow - slow bf aku letak kertas kuning tu depan penjual tu. Penjual tu dah cuak. Bf aku siap cakap..

" Saya dah check dengan Digi, tak ada apa - apa pendaftaran atas nama saya.. "

Penjual tu diam, dia panggil kawan dia lagi seorang. mereka tengok - tengok kertas tu, ye laa kami letak sekali salinan report polis kot. Lepas tu, penjual tu buat panggilan, lepas tu penjual tu panggil bf aku masuk dalam kedai dia, dia suruh aku masuk sekali, aku tak nak. Dah lama, aku masuk jugak. Dia suruh Bf aku batalkan dakwaan tu, tambah RM100 dan dia bagi Handfone Samsung Galaxy Ace tu.

Lepas fikir - fikir, Bf aku cakap ok. Kami pergi Ke Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna tu balik untuk batalkan report tu.

Tapi, kami tak nak batalkan report polis tu. niatnya, kami tak nak senang - senang biarkan penjual tu macam tu je.

Entry ini di tulis pun sebab aku tak nak orang lain terkena jugak. Ingat.. bila korang kena macam ni..
1-Mintak Resit yg ada nama kedai tu, dan nombor pendaftaran syarikat.
2-Report Polis & terus report kat Tribunal Tuntutan Pengguna.
3-Kalau dia suruh batalkan report, korang jz tarik report kat TTP tapi jangan tarik report kat Polis.

Tu jek. Be aware. Sakit hati aku bila ingatkannya, sampai putus - putus selipar aku dok turun naik pejabat TTP.

Kbai!!

13 comments:

  1. Laa napa tak teruskan ke tribunal je. Masukkan dalam sutatkaba pun menarik gak nih.

    ReplyDelete
  2. @ CIKGU HAIRUL: sebab, matlamat kami nak dapat kan semula hak kami, tp kami tak tarik pun report kat polis tu, lagipun, kes tu memang di perdengarkan kat tribunal walaupun kami tak naik mahkamah.

    ReplyDelete
  3. Salam, sebenarnya ada banyak lagi tempat kena hati-hati beli handphone, kotaraya, kat pertama kompleks & petaling street.

    Kalau nak beli lain kali, ajak member yang keje Polis, mesti diarang tak berani buat kacau.

    ReplyDelete
  4. En/Cik Anon:

    Salam. Itulaa..area2 sini memang agak menakutkan kalau nak beli handfone.. kebarangkalian untuk di tipu tu sangat tinggi..

    Tau tak pe, kalau ada member polis mesti ok sikit, masa kami pergi ke kedai tu,kami cuma pakai baju biasa2 je, sbb tu kot dia berani nak menipu.

    ReplyDelete
  5. huis sy pulak geram baca kisah awak ni.. susah lah kalau peniaga cam ni.. tak jujur langsung..

    ReplyDelete
  6. @ Nasir

    Tau xpe.. sakit je ati..

    ReplyDelete
  7. @ Nasir

    Tau xpe.. sakit je ati..

    ReplyDelete
  8. @ Nasir

    Tau xpe.. sakit je ati..

    ReplyDelete
  9. Ni mcm style gores dan menang. kalau ade org tarik masa kat shopping complex atau tempat2 org ramai, kononnya ada hadiah percuma, jgn tertipu. Buat tak tau je, sbb kalau dah duduk semeja dgn diorg ni abis la kena kikis duit korang dgn teknik penipu diorg...

    ReplyDelete
  10. Sbenarnya saya pon terkena... Saya nak beli s3.. Mula2 citer byr rm600... Pastu untuk adroid kena bayar lagi rm699... Minta duit balik xbagi sbb kata kena panalti... Mula2 citer xde lak kena penalti... Nak amik duit kena byr rm500... Diowg nie kaki pembelit... Sume keturunan cina... Mmg **** lar ngan bangsa cina nie... Then kalau xnak byr rm699 tue, kena tgu 6 bln, dpt phone baru boleh amik... Mcm kontrak.. Diowg katalah dah daftar digi, duit dah bg kat suplier.. Sakit hati tol... Last2, i ckp xnak byr rm699 tue, i amik hpon lain.. Amik blackberry touch.. Sakit betol hati... Xtahu mcmne nak bela diri mcmne sbb diowg boleh ckp boleh cowtim ngan polis.. So?? Korg faham2 jela...

    ReplyDelete
  11. hp yang dapat tu ori ke tipu ?

    ReplyDelete
  12. Mydin mall usj pun ada jual HP fake? Hati2 dgn mulut manis cina cilake. Aku dah terkena . promosi thun baru 2015.

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998