Thursday, October 18, 2012

Review: AKU TERIMA NIKAHNYA

Assallammualaikum (n_n)V

Semalamkan buat entry luahan perasaan. Makanya, petang semalam beli online tiket nak tengok filem Aku Terima Nikahnya. Di sebabkan semalam harga tiket murah, so kita pergilah jalan-jalan menapak ke midvelly menonton wayang di GSC, dah lah hujan lebat. Sabar je lah!

Okey, masa beli online. Tak penuh lagi, baru half je kerusi yang dah di book. Masa sampai-sampai kat midvelly, hujan dah lebat. Then ajak Encik Tunang, (ececeh, dah tukar sekarang,tak de dah Encik Bulat!) Singgah beli novel baru kat MPH dulu sambil-sambil usha novel terhangat di carta. Sempat grap novel Syamnurezmil, tajuk Pabila Cinta Memanggilku. Hehehehe, tapi tak baca pun lagi sebab dengan jayanya sedang membaca Zombijaya. Hik!

Then, lepas MPH, singgah kejap ke KFC meng-tapau-kan Zinger Burger double-down, dengan toaster 1 set. Masuk dalam beg, then senyap-senyap berjalan ke GSC. (jgn bagitau org tau)

Banyak benolah aku melalut haih!

Gini ceritanya. Masa masuk-masuk hall 9 tu, aku dah terlebih sikit excited, tau sebab apa? tau tak? sebabnya, orang tak henti-henti masuk hall, sampai sanggup orang tu grap tempat paling depanlah, sampai senget-senget tengkuk aku tengok orang tu.

Siap, movie dah start ni, still ada orang masuk lagi. Sampaikan ada beberapa orang terpaksa berdiri kat belakang sebabkan hall dah penuh. tapi tiket still masih jual. Macammana tu? confius aku!

Bila orang yang super penuh tu, apa yang korang imaginekan?

BEST SANGAT KE?


Jawapan aku sejujurnya dari hati dan naluri ini. NON-HADO. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa cerita tu macam bosan je! rasa macam lagi best cerita TAIKUN kot! aku tak rasa sedih pun tengok cerita tu. Aku pernah baca review cakap cerita tu best, siap ada orang nanges-nanges lagi.. masa aku tengok, tak de pun orang nanges. Peliks!Agaknya, orang yang cakap best tu sebab dapat tiket sponser kot.. hurm..

Bagi aku, cerita ini mendatar. Macam tak ada apa-apa konfliks, cerita mendatar je, haih!tak bestpun.

Aku bagi rating dia 2.5 / 5 huhuhuhu. Bukan tak support filem tempatan. Tapi, korang sendiri boleh fikir kot. Sebab supportlah, bila ada cerita baru, aku seboleh-bolehnya ajak Encik Tunang pergi tengok. Kecewa oh, entahlah, adakah sebab mood aku kelaut semenjak dua menjak ni, atau sememangnya cerita ni yang kelaut sebenarnya. Huhuhuhu~

Sebelum ni, filem first melayu yang aku tengok kat wayang yang agak double hambeh dan bosan adalah filem Mantera yang tomok berlakon tu. Gila slow ceritanya, sampai menyampah sangat, kitorang terus keluar pawagam. HUhuhuhuhu..

Sekian laporan saya. Harap maklum, ini bukan entry di bayar! hehehehe..

Bye oullss!

2 comments:

  1. ramai yg ckp citer mcm takde tujuan..tak semena2.. yg best cume lakonan nora danish je.. tu org katalah..

    ReplyDelete
  2. dah agak dah.citer ni mcm tak brapa nak best jea.baik buat drama jea kan

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998