Saturday, August 04, 2012

Itu bukan angan-angan ah!

Assallammualaikum (n_n)V


Selamat pagi, hye! Saja nak inform, aku sentap! haiissshhhh.. sakit pulak ah hati nie. Ya ya ya. tuan belog adalah manusia biasa yang sentiasa sentap. Ho ho ho.

Kisahnya begini,

Tadi ai buka-buka dashboard, then ada satu komen begini:

"Owh, ada angan-angan, nak tulis novel ye? tak pe..nanti dah keluar ai baca"

ayat angan-angan kat situ yang buat aku hangin! dia cakap angan-angan? heys! aku tau ah kat belog kau ada follower cecah 1000 ++, tapi tu tak bermakna kau nak kurang ajar ah! Dasar! :(
Aku komen belog dia tak de nak cakap kurang ajaran bahasa kebangsaan pun, kau mak bedah hati-hati sikit k?.. Hamek kau aku tak de perasaan nak follow belog mengarut kau tu! hamek.. kan dah kurang follower.

Aku paling tak suka bila orang cakap aku berangan-angan. Angan-angan tu benda yang belum bermula. Tapi, apa yang aku tengah buat sekarang nih, benda tu dah bermula, dah separuh dah pun. Sakit tau hati. Bukan ke agak sedap sikit ayat kalau dia cakap gini,

"owh, in progress tulis novel ye?" kan lebih molek di baca? Dasar!

Entahlah, aku jadi cepat sentap dengan benda-benda macam ini. Sangat-sangat. Ayat dia like.. eh? kau mampu ke nak tulis novel.. lebih kurang gitu laa,

okey, fine..just ignore..budak-budakkan.. hurm :(

By the way, thanks yaa..Today i'm not novelis, true i'm not.. i'm just story teller. TRUE. Walau saya masih belum ke situ. Tapi, saya amat bersyukur sebab saya meminta dan Allah tak henti-henti memberi. Tanpa sedar, Allah beri semuanya.. walau lambat.. Itu saya sangat sedar. Thanks Allah.. :D


Hidup ni tak semudah yang di sangka, semua tak. Semakin kita dewasa, semakin banyak tanggungjawab terletak di bahu kita, kadang-kadang kekangan masa menghantui kita. Sangat-sangat, hingga kadang-kadang kita jadi takut,

Siapa diri kita tu hingga ingin bertindak menjadi tuan hakim dengan memperlekehkan usaha orang lain? siapa kita? kita bukan sesiapa.

Please noted ah dengan ayat-ayat kita ketika kita berurusan dengan strangers. Please..

Berbudi bahasalah ketika di rumah orang, kalau kat rumah sendiri, sukahatilah kau nak cakap pe pun..


Ps: ILSK? dah hantar sebahagian kat rumah penerbitan. Masih terus menulis baki-baki bab yang lain, kalau ada rezeki, adalah.. kalau tak de, it's okey..redha, it's not angan-angan. apapun.. aku still ada effort untuk tengok ianya jadi printed novel..



.my house is mine, not yours.
Thanks You
The End.


No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998