Thursday, August 30, 2012

Rumah Adnan Sempit.

Assallammualaikum (n_n)V

Semalam makan dekat kampung baru. Lepas tu jalan-jalan kat kampung baru. Entah kenapa, semalam rasa teringin sangat nak tengok rumah glamour yang selalu ada dalam drama & filem-filem melayu tu. Makanya aku ajak Incik Bulat pergi tengok rumah tu.

Hoi! semangat okey!

Makanya cari punya cari, Incik Bulat bawak motor sambil aku duk usha-usha rumah-rumah kat kampung baru tu! gila best suasana kampung kat situ.  Serius cantik dan nyaman. Masih terasa suasana kampungnya. Cari punya cari, akhirnya!

Waalaaaaa..

We found you! ngengengenge.. rasa nak lompat-lompat sebab teruja. Haih!


Huh, tapikan.. sungguh tak sopan pergi tengok-tengok rumah orang malam-malam. Silap-silap boleh kena hempuk sebab orang ingat nak mencuri. Haih!

Tapi. Serius aku teruja. Nanti nak ajak Incik Bulat datang petang-petanglah.. nanti boleh snap picture depan rumah nie. va va va..tak habes-habes ai verangan!

* Incik Bulat cyg, can ah?

Itu je.. Sekian.

Until now
The End

Tuesday, August 28, 2012

Sate Bota!

Assallammualaikum (n_n)V

Psstt.. siapa suka makan sate? hurm dap dap.. Kalau sekitar bota ini, memang famous pasal Sate Bota! dia buka pada hari khamis hingga ahad, dari pukul 4.00 petang hingga 10.00 malam!

terbaik okey! harga dia dalam RM0.40 hingga RM0.60. Rasa dia lembut dan manis! sedap,



nyum..nyum.. petang-petang mesti berderet orang beratur sebab nak dapatkan sate ni. Rasa dia memang tak mengecewakan! tapi agak kecewa sebab sate tu selalu je habis awal, haih!

Siapa singgah bota, or otw nak ke lumut ikut highway ipoh - lumut, jangan lupa singgah ye..serius berbaloi-baloi!





Itu je,
Until now 
The End!

Wednesday, August 08, 2012

Puteri itu kita.

Assallammualaikum (n_n)V


Puteri? Setiap dari kita pernah mempunyai angan-angan untuk menjadi sang puteri. Berada nun jauh di atas istana. Paling tidak memasang angan-angan seperti rapunzel, snow white dan cinderella.

Me too. Bila tengok cerita puteri, rasa teruja giler! tambah-tambah bila tengok cerita cinderella. Impian tipikal gadis macam saya seharusnya ingin menjejakkan kaki ke istana. Macam kisah-kisah filem melayu.. puteri impian, kayangan.. bukan ke itu semua sebenarnya seakan membuatkan dogengan kita hampir nyata?

Tapi bila dah kenal apa itu dewasa, bila dah galas banyak tugas di bahu, masa itu kita dah mula faham, kita bukan sang puteri yang macam dalam cerita dogeng tu! tak langsung. Kita senyum sendiri, betapa tinggi sungguh angan-angan itu. Kita malu sendiri! kan?

Hey! chill okey!
setiap dari kita itu sendiri adalah puteri. Tak usah nak kisahkan kemana kita pergi dan putera mana yang datang melamar kita.

Sebab,
Kita adalah puteri itu, tak kisahlah kamu itu tinggi ke rendah ke gemuk atau kurus, cantik atau tidak..berbanggalah sebab kita sememangnya puteri. Beruntunglah sebab kita hidup di dunia nyata.

Saya puteri, kamu juga puteri! jangan sedih hokeys! semua orang ada fairy tales sendiri.

" Kejarlah kebahagian itu. Tapi..awas! jangan terlepas pandang okeys!"

# test menaip guna pc baru. still bau kedai, haih!

Bye
The End by Today.


Saturday, August 04, 2012

Itu bukan angan-angan ah!

Assallammualaikum (n_n)V


Selamat pagi, hye! Saja nak inform, aku sentap! haiissshhhh.. sakit pulak ah hati nie. Ya ya ya. tuan belog adalah manusia biasa yang sentiasa sentap. Ho ho ho.

Kisahnya begini,

Tadi ai buka-buka dashboard, then ada satu komen begini:

"Owh, ada angan-angan, nak tulis novel ye? tak pe..nanti dah keluar ai baca"

ayat angan-angan kat situ yang buat aku hangin! dia cakap angan-angan? heys! aku tau ah kat belog kau ada follower cecah 1000 ++, tapi tu tak bermakna kau nak kurang ajar ah! Dasar! :(
Aku komen belog dia tak de nak cakap kurang ajaran bahasa kebangsaan pun, kau mak bedah hati-hati sikit k?.. Hamek kau aku tak de perasaan nak follow belog mengarut kau tu! hamek.. kan dah kurang follower.

Aku paling tak suka bila orang cakap aku berangan-angan. Angan-angan tu benda yang belum bermula. Tapi, apa yang aku tengah buat sekarang nih, benda tu dah bermula, dah separuh dah pun. Sakit tau hati. Bukan ke agak sedap sikit ayat kalau dia cakap gini,

"owh, in progress tulis novel ye?" kan lebih molek di baca? Dasar!

Entahlah, aku jadi cepat sentap dengan benda-benda macam ini. Sangat-sangat. Ayat dia like.. eh? kau mampu ke nak tulis novel.. lebih kurang gitu laa,

okey, fine..just ignore..budak-budakkan.. hurm :(

By the way, thanks yaa..Today i'm not novelis, true i'm not.. i'm just story teller. TRUE. Walau saya masih belum ke situ. Tapi, saya amat bersyukur sebab saya meminta dan Allah tak henti-henti memberi. Tanpa sedar, Allah beri semuanya.. walau lambat.. Itu saya sangat sedar. Thanks Allah.. :D


Hidup ni tak semudah yang di sangka, semua tak. Semakin kita dewasa, semakin banyak tanggungjawab terletak di bahu kita, kadang-kadang kekangan masa menghantui kita. Sangat-sangat, hingga kadang-kadang kita jadi takut,

Siapa diri kita tu hingga ingin bertindak menjadi tuan hakim dengan memperlekehkan usaha orang lain? siapa kita? kita bukan sesiapa.

Please noted ah dengan ayat-ayat kita ketika kita berurusan dengan strangers. Please..

Berbudi bahasalah ketika di rumah orang, kalau kat rumah sendiri, sukahatilah kau nak cakap pe pun..


Ps: ILSK? dah hantar sebahagian kat rumah penerbitan. Masih terus menulis baki-baki bab yang lain, kalau ada rezeki, adalah.. kalau tak de, it's okey..redha, it's not angan-angan. apapun.. aku still ada effort untuk tengok ianya jadi printed novel..



.my house is mine, not yours.
Thanks You
The End.