Wednesday, May 16, 2012

Bunga Tisu

Assallammualaikum (n_n) 
hola, holaaa..

Hai
oleh kerana aku punya E-day sangat - sangat budget. So, aku cuba untuk DIY bunga untuk mini pelamin aku sendiri. hurm.

Bunga mahal ok!, bunga bodoh2 pun kurang cerdik pun dah RM 10 untuk tiga kuntum.

Meh tengok contoh bunga tisu aku nak buat tu;


Ini laa dia, di cilok dari sini, bunga Tisu DIY

Itu jek, ye, semua saya nk budget. Sekian, terima kasih.

Tapikan, chantekkan?.. betul tak???


Wednesday, May 09, 2012

[Fokus] 2.5 juta rakyat malaysia masih membujang?

Assallammualaikum,

Pagi tadi masa nak pergi ofis, dengar Hot.FM, tajuk kat atas, tetiba hari ni marah pada diri sendiri sebab cepat sangat sampai ofis, nak dengar Hot.FM laa, cehh!

Selak-selak paper Kosmo, nah! jumpa berita ini. OMG, ramainye..nih masuk aku sekali ke? aku kan dah 25, hailaaaaa.. * sentap kejap *

Lepas tu, pergi jenguk FB Hot FM. Haaaahh, kau tengok senah!! setakat pagi tadi dah beratus klik!!
komen pun bersepaahhh
Tu diaaa, 34 share tu, haaiiisshhhh, jom kita layan satu persatu komen yang telah menggamit hati tuan tanah seperti aku.

1- Okey, yang kat bawah ni, mmg betul, tak dapat di nafikan.
2-Yang ni pun betul jgk, terlalu memilih, Ye laa..semua nk dok cari Mr & Mrs Perfect kan?. Eh..husban dia tolong dia kemas rumah laaaa.. Untunglaaaaa...
 3- Haa, yang ni pun betullaaa, tapi tak sokong sangat. Nanti kte dah tua, siapa nak jaga kita pulak.
4- Ha, yang ni memang melampau, bongek lah husben dia, kesian kat perempuan tu, dia teringin nak makan, boleh pulak husben dia cakap macam tu.. Isteri tu kan bawa rezeki, salah ke kalau nak belanja sebulan sekali ke makanan yang isteri nak?. Sebab tu laa, even daa kahwin, perempuan kena kerja juga..kalau tak kesian kat anak - anak, kesian kat diri sendiri :(
5- Aku totally agree dengan yang bawah ni.. Benda akan datang kita tak tahu kan, langit tak selamanya cerah, Esok - esok kita tak tahu apa nak jadi, kan?.

Sekian, itu sahaja konklusi aku.

Penting::

Ini adalah pendapat penulis sahaja, andai tak puas hati sila utarakan, pong pang pong pang, jerit - jerit di blog sendiri. Ini hanya pendapat penulis sebagai seorang manusia yang comel (^_*)Y












Monday, May 07, 2012

Dulang Murah, Chow kit

Assallammualaikum, 

Hari sabtu hari tu, pergi PBAKL lagi, tapi tak mampu nak bersesak - sesak. Maka, tak dapatlah nak tambah novel lagii ^_^

Empat kat bawah ni je yang mampu mengisi rak saya..hehehe.


Lepas tu, aku dan Encik Bulat, singgah ke kedai vivian, okey.. teruja sebab dulang yang aku nak tu sangat murah!!, Tengok kat Semua House, harga dalam Rm 17.90, Tengok kat Klang, dalam Rm 15.00, kat Nilai dalam Rm 16 tak silap aku. Kat Klang, ada juga yang dapat sama harga macam aku dapat, tapi bawah dia sangat nipis.. tak sesuai untuk letak barang berat - berat sebab sangat nipis macam tapis santan tu.

Ini lah dia, aku dapat RM12 satu dulang.. Kira - kira balik, hari tu bayar RM 70 untuk enam dulang, bermakna 1 dulang RM 11.60.. nasib hari tu tergerak nak tengok kat sini --> Kita Hampir Ke situ, 

Nasib hari tu tak beli kat semua house, kalau tak.... menagis!! beza kat antara semua house dan kedai vivian ni adalah sebanyak RM 35.00. fuhhhhh..

Kalau nak tahu directionnya, sila ke blog Beliau, siap ada gambar lagi.. terima kasih pada tuan blog sebab membantu.

Benda kat bawah ni pulak, adalah hiasan nak letak kat pelamin nanti, ai tak mampu nak sewa pelamin, so.. DIY je sendiri, itu akan lebih bermakna, kan?kan?.


Sebenarnya,Untuk majlis aku, kalau boleh..semua aku nak buat sendiri, baru rasa macam berbaloi.. rasa macam seronok sangat bila kita buat sesuatu tu untuk orang yang kita sayang. Aku sanggup, aku suka sangat. Bukan aku tak hargai orang lain nak tolong buat hantaran ke, buat pelamin ke, buat goddies bag ke.. tapi, aku nak buat sendiri. Sebab, tu majlis aku, kalau boleh 80 % aku nak hasil tangan aku sendiri,

Itu jek.

Sedang usha - usha blog ini --> Nora


Sebab, nak dapatkan pulak paper lantern untuk pelamin nanti; dah usha kat blog beliau, teruja sebab ada tempat jual paper lantern murah area- area Petaling Street. Tak sabar nak pergi. Haiissh.. aku ni kang, ada jugak makan meggi sampai masuk gaji.. semangat dok membeli. Haiisshh


 Sekian, itu jek, t ai update lagi!




Friday, May 04, 2012

Pesta Buku Antarabangsa KL 2012

Assallammualaikum

Tadi, masa lunch hour..aku dengan En.Bulat rushing ke pwtc..hahaha, gila semangat, kan?kan?. Nasib sempat. Jalan - jalan, punya jalan.. aku tersrempak dengan kawan FB aku, Ain sasuke aka Nia Qurratun Aini. Mula - mula nak tegur ke tak?. Aku takut salah orang.. hahahaha, aku kan rabun. :)

Okey, she's baik dan chomel. tapi, tak berpeluang nak dapat sign dia sebab aku dah beli novel dia, ohh..sadis kejap, selama ni frenz dekat FB sejak beberapa tahun jek. ni baru dapat jumpa, ingatkan esok baru dia ada kt PBAKL tu. Aku dah laa nak rushing balik ofis ni. haha.

Aku berbual sikit je dengan dia, blur..macam tak percaya je dapat jumpa, dia comel ok!, baik..senyum je. Tak macam penulis lagi seorang tu. Macam sombong je aku tengok. Asyik dengan handfone jek. Ain okey.. serius, suka aku tengok dia.

Ain cakap, novel kedua dia keluar bulan 6 ni..waahhh, tahniah Ain!!. Ain tanya, bila aku nak hantar manuskrip. Erm..entahlaa.. aku tak sempat, banyak sangat benda nak buat.. *nangis lagi*



 Pada yang tak tahu, sila laa ambil tahu, ini adalah novel beliau. cerita dia best.. sure..tak rugi beli. Cik Ain, maaflah..hari ini saya blur, tak tahu apa saya cakap dengan awak td. Hehehee (:

Berikut adalah novel yang berjaya di beli, kesian Encik Bulat saya kena bayar. Hehehe, nanti ai ada duit, ai bayar balik ye syg.. promise.. aku blur nak beli novel apa lagi sebenarnya. hurm T_T


Lepas tu singgah kat pameran kereta kot, Encik Bulat aku nak sangat tengok transformer. Hehehe. comel je dia, macam budak kecik. hehehe. *Yg, ai tangkap gmbar awk penuh taw..* gambar ni nampak kecik sebab dah kena resize, pixel gmbr syg sye ni beso..kalau crop, tak nampaklaa transformer.. hehehe. comel ok, semua nampak. hehehe

* Syg, esok kte g lagi boleh? *