Tuesday, April 24, 2012

Ikan Bakar Jalan Bellamy


Assallammualaikum,

Sila tengok tajuk. Ha ha ha.. entry nie dah lama terperam dalam ni.. jom kita menjamu mata.. Memandangkan aku dah memang lapar sangat, maka, jom layan.....

Kedai: Restoran Cek Yah Seri Melaka
Tempat: Jalan bellamy Bukit Petaling, dekat istana lama.

Ikan keli bakar

Orang cakap, ikan bakar kat sini memang best. Nyum..nyum..


Sotong Bakar. Sedap okey!


Ini laa kedainya...



Dan.. aku suka order nie!!

Ada kedai lain jugak, tapi.. aku dan Mr Bulat suka makan dekat sini.. orang tak ramai, makanan pun sedap. Kedai yang sebelah dia, yang sebelah jual jeruk tu, crowded sangat orang!. Aku dan Mr Bulat pernah makan sekali dekat situ. Sumpah menyesal.. penat beratur, berebut-rebut kerusi, dan... makanan pun tak best sangat sebab, tukang bakar ikan pun macam penat nak melayan orang, masak pun cincai2 jek!, Lepas tu, makan mahal okey! Padahal kami cuma amik ikan keli dan ikan kembung. Ikan keli dah laa kecik.. :(
Menyesal seminggu makan dekat situ!

Aku rekeman korang ke kedai yang tengah tu, yang signboard dia warna merah.. memang tak mengecewakan. Kedai Check Yah tue..

# Tuan kedai tak ada bagi aku apa2 bayaran untuk rekemen kedai dia okey!.






4 comments:

  1. suke makan ikan bakar..tp kena kuah asam yg sedap..

    ReplyDelete
  2. Betul-betul..kalau dapat kuah asam dia lagi sedap..lagi bestt makan.. (:

    ReplyDelete
  3. Suka makan ikan bakar tapi lama tak makan ikan bakar sudah. Dulu masa kat sandakan, sabah, ada tempat ikan bakar, sedap. hehe

    ReplyDelete
  4. @Blogger Sabah hohoho, klu ikan bkr kat sabah,mmg terbaik! klu saya blk kmpg kat KK, sye suka mkn ikan bakar kat tepi pntai, lupa name dia.. terbaik wa..

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998