Friday, March 23, 2012

Mertua VS Menantu.

Assallammualaikum!

Selalu masa nak gerak pergi kerja, aku mesti dengar Hot.FM. Tajuk hari ini.

Mertua VS Menantu. Agak rare sikit tajuk pagi tadi..

Ada seorang pemanggil tu, dia call Hot.fm cerita tentang kisah dia dengan Mak mertua dia, Tak salah aku nama dia Kuntum (Bukan nama sebenar). Aku terkejut dengan cerita dia..

***

Al kisahnya;
Dia ni kahwin dengan seorang lelaki, anak kesayangan mak mertua dia, anak lelaki tunggal rasanya. Umur mak mertua dia around 45 tahun, masa mula - mula kahwin mak mertua dia baik je dengan si kuntum.

Kalau Si kuntum dan suami pergi mana - mana, pergi honeymoon, jalan-jalan mahupun lepak kedai mamak pun, mak mertua dia still nak follow. Mula - mula Si kuntum boleh terima lagi, sebab Si kuntum hormat dan sayang mak mertua dia macam mak dia sendiri. Sampaikan mereka dah ada anakpun, Mak mertua dia still nak follow.

Satu hari, Si suami rancang nak pergi sambut 1st anniversery diorang, Si suami rancang senyap-senyap, Kuntum dan suaminya pergi honeymoon di langkawi dengan kawan-kawan mereka.

Bila Mak mertua dia tahu, mak mertua dia marah - marah, siap mak mertua dia tak halalkan susu di berinya pada suami si kuntum. Mak mertua kuntum buang kuntum suami isteri dari hidupnya.

Di sebabkan Mak mertua dia marah sangat, mak mertua dia sanggup nak musnahkan rumah tangga mereka.

Mak mertua dia suruh bekas girlfriend anak dia kacau rumah tangga kuntum dan anaknya, mula - mula suami kuntum buat tak layan je dengan bekas girlfriend dia. Tapi lama - lama suami kuntum pun tergoda. Bak kata kuntum..

" kucing kan?. Tak kisah ikan apa pun..kalau ikan masin pun dia tak kisah, dia makan je.."

Menurut kuntum, kelemahan suaminya adalah Perempuan. Mak mertua Si kuntum paksa Suami si kuntum tinggal dengannya. Kuntum pula di biarkan tinggal sendiri bersama anaknya, satu tahun kuntum hidup sendiri. Semua dia survive sendiri. Dia jaga anak dia sendiri jek.

Sampai satu masa, mak mertua dia dan bekas girlfriend anaknya datang serang rumah kuntum, Mak mertua kuntum siap bawak surat cerai lagi. mak mertua dia siap maki - maki kuntum lagi.

Satu hari, suami dan mak mertua dia merayu - rayu minta maaf dengan kuntum, kuntum sangat kecewa dengan sikap suami dan mak mertuanya. Hingga sekarang, kuntum masih tinggal dengan suaminya, itu pun kerana anaknya. Atas nasihat Ibu dan keluarganya, kuntum masih bersama suaminya.

Lastly, kuntum cakap..
" Saya tak dapat maafkan apa yang mereka buat pada saya sampai akhir hayat saya. Saya bertahan kerana anak.."

***

Aku menangis dengar kisah si Kuntum tu. Aku tak tahu kenapa aku sedih, seram ok.. macam bodoh, dengar macam tu pun aku boleh nangis seorang - seorang dalam kereta. Sedih ok kisah dia. Cuba bayangkan kalau kita kat tempat dia?. Hurm.. Ya Allah...

Aku ni suka nangis, no wonderlaa abah marah aku, aku lembut sangat.. kalau tersentap je mesti aku nangis. Tau fu fah sangat!.

Tapi, kisah dia tu memang sedih, aku tak tipu.

Aku bersyukur sebab mak mampu jadi mak mertua yang baik untuk kakak ipar aku, sampai kadang-kadang aku rasa dah tak ada beza antara aku dan kakak ipar aku.

Aku tahu, mak dah rasa macam-mana peritnya kisah dia dengan mak mertua dia, thatz why mak tak nak buat menantu dia macam tu.

Tahniah mak sebab berjaya jadi mak mertua yang baik kepada satu-satunya menantu perempuan yang mak ada. You are the great mom-in-law!! i know it mak!!.

# Rindu pada mak dan abah yang membuak-buak :)

To all Man outside:

Once you dah salam tangan tok kadi dengan lafaz 'aku terima nikahnya..' bermakna kamu sanggup menjaga, melindungi, menyayangi dia sepenuh hati kamu.

Once perkataan 'sah' itu terucap. itu bermakna wali-wali si gadis merelakan untuk melepaskan si gadis untuk berada di dalam jagaan kamu.

Once doa di bacakan dan di aminkan oleh hadirin, itu bermakna segala tanggungjawab ibubapa si gadis beralih ke tangan kamu.

To all man outside..

Wanita bukan di cipta dari kepalamu untuk di jadikan batu jemala mu..
Bukan juga di cipta dari kaki mu untuk di jadikan alas kaki mu..
Tapi,
Wanita di cipta dari rusukmu untuk di lindungi, dekat dengan hati mu untuk disayangi.

Wanita umpama tulang rusuk yang bengkok, perlukan kelembutan untuk di betulkan, jika kekasaran di gunakan, maka...patahlaa ia.

Sekian, terima kasih. *byk pulak aku membebel*

KBAI!!




2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Memang ada manusia jenis nih! Si suami patut mainkan peranan. Jangan terlalu ikutkan sikap ibunya. Bukan nak membelakangi ibu, tapi menjaga tanggungjawab yang lebih besar iaitu isteri.

    ReplyDelete

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998