Friday, March 23, 2012

Mertua VS Menantu.

Assallammualaikum!

Selalu masa nak gerak pergi kerja, aku mesti dengar Hot.FM. Tajuk hari ini.

Mertua VS Menantu. Agak rare sikit tajuk pagi tadi..

Ada seorang pemanggil tu, dia call Hot.fm cerita tentang kisah dia dengan Mak mertua dia, Tak salah aku nama dia Kuntum (Bukan nama sebenar). Aku terkejut dengan cerita dia..

***

Al kisahnya;
Dia ni kahwin dengan seorang lelaki, anak kesayangan mak mertua dia, anak lelaki tunggal rasanya. Umur mak mertua dia around 45 tahun, masa mula - mula kahwin mak mertua dia baik je dengan si kuntum.

Kalau Si kuntum dan suami pergi mana - mana, pergi honeymoon, jalan-jalan mahupun lepak kedai mamak pun, mak mertua dia still nak follow. Mula - mula Si kuntum boleh terima lagi, sebab Si kuntum hormat dan sayang mak mertua dia macam mak dia sendiri. Sampaikan mereka dah ada anakpun, Mak mertua dia still nak follow.

Satu hari, Si suami rancang nak pergi sambut 1st anniversery diorang, Si suami rancang senyap-senyap, Kuntum dan suaminya pergi honeymoon di langkawi dengan kawan-kawan mereka.

Bila Mak mertua dia tahu, mak mertua dia marah - marah, siap mak mertua dia tak halalkan susu di berinya pada suami si kuntum. Mak mertua kuntum buang kuntum suami isteri dari hidupnya.

Di sebabkan Mak mertua dia marah sangat, mak mertua dia sanggup nak musnahkan rumah tangga mereka.

Mak mertua dia suruh bekas girlfriend anak dia kacau rumah tangga kuntum dan anaknya, mula - mula suami kuntum buat tak layan je dengan bekas girlfriend dia. Tapi lama - lama suami kuntum pun tergoda. Bak kata kuntum..

" kucing kan?. Tak kisah ikan apa pun..kalau ikan masin pun dia tak kisah, dia makan je.."

Menurut kuntum, kelemahan suaminya adalah Perempuan. Mak mertua Si kuntum paksa Suami si kuntum tinggal dengannya. Kuntum pula di biarkan tinggal sendiri bersama anaknya, satu tahun kuntum hidup sendiri. Semua dia survive sendiri. Dia jaga anak dia sendiri jek.

Sampai satu masa, mak mertua dia dan bekas girlfriend anaknya datang serang rumah kuntum, Mak mertua kuntum siap bawak surat cerai lagi. mak mertua dia siap maki - maki kuntum lagi.

Satu hari, suami dan mak mertua dia merayu - rayu minta maaf dengan kuntum, kuntum sangat kecewa dengan sikap suami dan mak mertuanya. Hingga sekarang, kuntum masih tinggal dengan suaminya, itu pun kerana anaknya. Atas nasihat Ibu dan keluarganya, kuntum masih bersama suaminya.

Lastly, kuntum cakap..
" Saya tak dapat maafkan apa yang mereka buat pada saya sampai akhir hayat saya. Saya bertahan kerana anak.."

***

Aku menangis dengar kisah si Kuntum tu. Aku tak tahu kenapa aku sedih, seram ok.. macam bodoh, dengar macam tu pun aku boleh nangis seorang - seorang dalam kereta. Sedih ok kisah dia. Cuba bayangkan kalau kita kat tempat dia?. Hurm.. Ya Allah...

Aku ni suka nangis, no wonderlaa abah marah aku, aku lembut sangat.. kalau tersentap je mesti aku nangis. Tau fu fah sangat!.

Tapi, kisah dia tu memang sedih, aku tak tipu.

Aku bersyukur sebab mak mampu jadi mak mertua yang baik untuk kakak ipar aku, sampai kadang-kadang aku rasa dah tak ada beza antara aku dan kakak ipar aku.

Aku tahu, mak dah rasa macam-mana peritnya kisah dia dengan mak mertua dia, thatz why mak tak nak buat menantu dia macam tu.

Tahniah mak sebab berjaya jadi mak mertua yang baik kepada satu-satunya menantu perempuan yang mak ada. You are the great mom-in-law!! i know it mak!!.

# Rindu pada mak dan abah yang membuak-buak :)

To all Man outside:

Once you dah salam tangan tok kadi dengan lafaz 'aku terima nikahnya..' bermakna kamu sanggup menjaga, melindungi, menyayangi dia sepenuh hati kamu.

Once perkataan 'sah' itu terucap. itu bermakna wali-wali si gadis merelakan untuk melepaskan si gadis untuk berada di dalam jagaan kamu.

Once doa di bacakan dan di aminkan oleh hadirin, itu bermakna segala tanggungjawab ibubapa si gadis beralih ke tangan kamu.

To all man outside..

Wanita bukan di cipta dari kepalamu untuk di jadikan batu jemala mu..
Bukan juga di cipta dari kaki mu untuk di jadikan alas kaki mu..
Tapi,
Wanita di cipta dari rusukmu untuk di lindungi, dekat dengan hati mu untuk disayangi.

Wanita umpama tulang rusuk yang bengkok, perlukan kelembutan untuk di betulkan, jika kekasaran di gunakan, maka...patahlaa ia.

Sekian, terima kasih. *byk pulak aku membebel*

KBAI!!




Thursday, March 15, 2012

Daiso Japan

Assallammualaikum,

Semalam, aku dengan Incik Bulat pergi Daiso Japan!! hahaha, teruja kot. Sebelum ni selalu je pergi, tapi tak tahu nak beli apa.

Kitaorang pergi Daiso kat Bukit Bintang, yang letak kat dalam Sungai Wang tu. Semata - mata nak beli masker ni je kot.

Jalan punya jalan, Incik Bulat nampak pulak ada kain felt!! OMG..
Okey kot harganya. Semua RM5. Aku ambil kain Felt yang hitam tu besar. Yang warna - warni tu besar sapu tangan yang kat orang kawen tu. Okeylaa.. worth laa jugak.

Thanks Incik Bulat sebab tolong bawak kita pergi Daiso!.






Tuesday, March 06, 2012

Hati - hati beli Handfone di Kompleks Kota Raya.

Assallammualaikum..

Entry ini dah memang agak pekasam. Bulan lepas, masa kami jalan - jalan kat kompleks Kota Raya kat Pudu tu, masa tengah tengok - tengok handfone, Bf aku tertarik dengan sebuah kedai ni, Handfone Samsung Galaxy Ace. Penjual tu cakap, Bf aku cuma perlu bayar Rm350 dan Bf aku kena Tred-in handfone Sony Ericsson X8. Siapa tak teruja kan?kan?.

Bila Bf aku dah confirm nak beli, dia cepat - cepat buat resit dan cepat - cepat suruh Bf aku bagi Rm350 dan Sony Ericsson X8 tu.

Aku dah mula pelik bila dia minta ic kat Bf aku. Dia cakap untuk daftar Plan dengan Digi. Dia cakap, warranty Phone tu under Digi, walaupun Bf aku tak ambil plan Digi, bf aku tetap kena daftar untuk pengesahan beli handfone tu dari Digi.

Lepas tu, penjual tu buat resit yang macam kat atas ni. Kebetulan masa tu ada pasangan indian datang nak tanya - tanya handfone yang sama. Penjual tu cakap, harga handfone tu Rm850. Pelik lagi sebab penjual tu tiba - tiba bercakap dalam English.

Kemudian, penjual lagi seorang suruh kami masuk bahagian dalam kedai. Sambil - sambil tu dia terangkan resit kat atas ni. Masa tu dia kuatkan volume lagu yang dia main kat laptop kuat sangat.

Dia cakap, resit yang dia buat tu nak hantar kat Digi sebagai pengesahan pembelian, Android yang di masukkan dalam handfone tu berharga RM699.

Lepas dah hantar email tu, ada seorang lelaki yang mendakwa dari Digi centre call, dia cakap bf aku kena bayar lagi RM699 untuk dapatkan handfone Samsung Galaxy Ace tu.

Aku dan Bf aku dah mula panas hati. Kami suruh dia batalkan email tu, dia tak nak.. kami dah bangkang kata - kata penjual tu, tapi penjual tu still tak nak batalkan email tu. Setelah bertekak dengan penjual tu, dia bersetuju nak bayar RM300 pada pihak Digi.

Bf aku minta balik Handfone Sony ericsson X8 tu dan duit RM350. Dia tetap tak nak bagi. Bf aku cakap, esoknya kami akan datang balik bawak baki RM699 tu. Dia kata ok, tapi dia cuma bagi sebuah Handfone China sebagai ganti, lepas Bf aku bayar baki RM699 tu baru bf aku akan dapat Handfone Samsung Galaxy Ace tu.

Sebab takutkan benda - benda lain jadi, Kami buat report polis terus malam tu. Pukul 12.00 baru Bf aku hantar balik.

Kat atas tu adalah nama kedai tue. STORM GALAXY ENTERPRISE.

Malam tu, Bf aku siap call Digi Centre untuk check ada tak apa - apa pendaftaran di buat atas nama dia, jawapan dari DIGI centre... TIADA!!!

Maknanya, kalau ikut resit, dah 272 orang kena tipu dengan kedai ni.

Inilaa kedai tu. Kedai tu kecil je, letak sebelah kedai Aksesori wanita, dekat dinding dia ada banyak logo DIGI, tapi dia ni tak semestinya ada kaitan dengan Digi langsung!.

Esoknya, kami ke DIGI Centre kat Times Square, DIGI Centre buat pengesahan tiada sebarang pendaftaran apa - apa plan atas nama Bf aku.

Lepas tu, kami terus ke Tribunal Tuntutan Pengguna kat The Mall. Buat report kat situ. Tension je masa tu, dah laa dua - dua tak pergi kerja.

Lepas buat report, kertas siasatan pun keluar, yang fail warna kuning tu!. Fail warna kuning tu, setelah di cop oleh Tribunal Tuntutan Pengguna, dan ada tarikh nak naik mahkamah, ianya perlu di hantar kepada penjual tersebut. TTP bagi dua pilihan, nak hantar by hand atau Pos, Bf aku cakap hantar sendiri.

Masa nak hantar kat penjual tu, aku dah cuak takut dia buat apa - apa, bf aku suruh cool je. Masa sampai kat kedai tu, aku perasan, penjual tu dah senyum - senyum je. Lepas tu slow - slow bf aku letak kertas kuning tu depan penjual tu. Penjual tu dah cuak. Bf aku siap cakap..

" Saya dah check dengan Digi, tak ada apa - apa pendaftaran atas nama saya.. "

Penjual tu diam, dia panggil kawan dia lagi seorang. mereka tengok - tengok kertas tu, ye laa kami letak sekali salinan report polis kot. Lepas tu, penjual tu buat panggilan, lepas tu penjual tu panggil bf aku masuk dalam kedai dia, dia suruh aku masuk sekali, aku tak nak. Dah lama, aku masuk jugak. Dia suruh Bf aku batalkan dakwaan tu, tambah RM100 dan dia bagi Handfone Samsung Galaxy Ace tu.

Lepas fikir - fikir, Bf aku cakap ok. Kami pergi Ke Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna tu balik untuk batalkan report tu.

Tapi, kami tak nak batalkan report polis tu. niatnya, kami tak nak senang - senang biarkan penjual tu macam tu je.

Entry ini di tulis pun sebab aku tak nak orang lain terkena jugak. Ingat.. bila korang kena macam ni..
1-Mintak Resit yg ada nama kedai tu, dan nombor pendaftaran syarikat.
2-Report Polis & terus report kat Tribunal Tuntutan Pengguna.
3-Kalau dia suruh batalkan report, korang jz tarik report kat TTP tapi jangan tarik report kat Polis.

Tu jek. Be aware. Sakit hati aku bila ingatkannya, sampai putus - putus selipar aku dok turun naik pejabat TTP.

Kbai!!

Friday, March 02, 2012

Baby Hatch. Relevenkah ?!

Assallammualaikum!

Apa itu Baby Hatch?. Baby Hatch adalah merupakan tempat untuk mereka meninggalkan anak mereka atau lebih lazim sebagai anak luar nikah. Niatnya cukup murni, untuk mengelakkan bayi-bayi yang baru lahir ini menjadi santapan anjing liar, digilis kereta, dan ditinggalkan di hadapan surau. Untuk tahu lebih lanjut, sila ke blog Encik azman. Klik Gambar di bawah ye kawan - kawan.


Bagi pendapat aku, relevanlah, sebab sekarang terlalu banyak orang duk buang baby. Aku baca pun kesian, tengok macam kisah yang ini --> Kes buang Bayi ondscene

dan yang ini Ondscene2 dan yang ini ondscene 3.

Jadi, pada aku sangat relevan. Kesimpulan aku ini di sokong juga kerana entry aku yang ini:

Cara gugurkan Kandungan menjadi carian utama kat blog aku ni. Tak Percaya?!. Tengok kat sini Gugurkan kandungan 2

Itu sahaja pendapat saya hari ini. Sekian Terima Kasih.
:D

ps: semangat nak balik kampung. Hopefully, save journey.. doakan aku ea!

kBai