Wednesday, February 29, 2012

Awas! Ini Penipuan.

Assallammualaikum

Tadi aku baca paper metro, terbacalah pulak iklan kat bawah ni. Dulu - dulu masa aku sekolah menengah, bersepah - sepah iklan macam ni keluar.

Modalnya adalah, kerja dari rumah, lipat - lipat kertas, lepas tu pos balik kat dia. Logik ke kerja ni?. Kes ini sama je macam kes gores dan menang tu!. Tapi ini versi pos..

Sekarang dia dah tak tulis 'Kerja dari rumah'.. sekarang up sikit.. 'Part time job!'. Ini sebenarnya satu penipuan,

Ala, sama macam gores dan menang tu!


Dalam Iklan ni, di paparkan kita perlu bayar RM 40 untuk daftar. Lepas dah daftar.. mereka akan call korang, nanti minta masukkan pula RM XXX untuk mereka hantar Modul tu.

Tahu tak modul apa yang mereka hantar?

Modul yang sama untuk tipu orang, cara yang sama mereka guna untuk tipu korang. Korang pula akan guna cara yang sama untuk tipu orang lain pula.

Kalau betul pandangan aku ni salah, cuba korang tengok.. kalau perniagaan ni SAH, kenapa perlu guna 'Mail Box'?

See, ini satu penipuan.

Macammana aku tahu? sebab.. dulu masa sekolah aku pernah apply iklan cam ni untuk mak aku. Konon - konon nak cari duit lebih, sekali kena tipu.. Masa tu dia suh bayar RM70 untuk daftar, dan bayar lagi RM300 untuk dia guide kita untuk jadi penipu.

Gila laa..

So, berhati - hati dengan iklan - iklan di pasaran sekarang!. Orang sanggup buat ape je demi duit.

K Bai.



No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998