Wednesday, February 29, 2012

Awas! Ini Penipuan.

Assallammualaikum

Tadi aku baca paper metro, terbacalah pulak iklan kat bawah ni. Dulu - dulu masa aku sekolah menengah, bersepah - sepah iklan macam ni keluar.

Modalnya adalah, kerja dari rumah, lipat - lipat kertas, lepas tu pos balik kat dia. Logik ke kerja ni?. Kes ini sama je macam kes gores dan menang tu!. Tapi ini versi pos..

Sekarang dia dah tak tulis 'Kerja dari rumah'.. sekarang up sikit.. 'Part time job!'. Ini sebenarnya satu penipuan,

Ala, sama macam gores dan menang tu!


Dalam Iklan ni, di paparkan kita perlu bayar RM 40 untuk daftar. Lepas dah daftar.. mereka akan call korang, nanti minta masukkan pula RM XXX untuk mereka hantar Modul tu.

Tahu tak modul apa yang mereka hantar?

Modul yang sama untuk tipu orang, cara yang sama mereka guna untuk tipu korang. Korang pula akan guna cara yang sama untuk tipu orang lain pula.

Kalau betul pandangan aku ni salah, cuba korang tengok.. kalau perniagaan ni SAH, kenapa perlu guna 'Mail Box'?

See, ini satu penipuan.

Macammana aku tahu? sebab.. dulu masa sekolah aku pernah apply iklan cam ni untuk mak aku. Konon - konon nak cari duit lebih, sekali kena tipu.. Masa tu dia suh bayar RM70 untuk daftar, dan bayar lagi RM300 untuk dia guide kita untuk jadi penipu.

Gila laa..

So, berhati - hati dengan iklan - iklan di pasaran sekarang!. Orang sanggup buat ape je demi duit.

K Bai.



Wednesday, February 15, 2012

Review Filem : Hantu Dalam Botol Kicap.


As' salam
Hai, hari nie aku nak review Filem nie!. Sila baca, sila - sila.. Sila Pastikan korang baca betul - betul. Hehe.


Hari isnin, 13.2.12 hari tu, aku dengan Mr.Bulat g tengok Wayang kat Midvelly. Aku terasa nak tengok cerita nie. Mr.Bulat pun sama. Masa tengok iklan dia, mak aihs.. lawal okey!!

Tapi, hakikatnya... MEMANG TERBAIK..!!! Aku bagi 5 bintang. Lawak gila, aku tak ingat berapa kali aku gelak macam orang gila. Gila punya lawak!.

Yang tak boleh blah, aku tengah minum air boleh terkeluar pulak, di sebabkan lawak dia memang superb.

Pelakon dia semua ok!. Jalan cerita ok. Sepanjang masa, mesti gelak sakan je, tak menahan lawaknya.

Sampai bila cerita tu habis, aku macam nak cakap..

" Ala, dah habis ke? "

Kalau korang tak percaya, pergi tengok sendiri. Kalau korang cakap ngangkung tu best, Hantu dalam botol ni lagi bessssttttt.. (:

TERBAIK!!

Jangan lupa saksikannya di pawagam berhampiran anda;

PS: Peringatan, sila jangan minum atau makan popcorn semasa tengok cerita ni, kalau korang tercekik, aku tak tau okey!

Enjoy!!

KbAi