Monday, December 31, 2012

Merepek di akhir tahun :D

Assallammualaikum (n_n)V 

Lagi 45 minit lebih kurang, 2013 bakal menjelma. Fewh.. sekejap sangat masa berlalu. Pantasnya semua benda jadi kenangan, tanpa sedar, disember sudah mula melabuhkan tirai.


Saat sana-sini orang bersesak-sesak nak sambut tahun baru, sibuk nak tengok bunga api, sibuk nak tengok konsert, aku pulak cuma duduk dekat rumah. Tak ada apa yang nak di sambutkan. Tak ada benda yang nak diraikan, 2013, umur bertambah, tanggungjawab bertambah, semua bertambah!

Bila tahun baru, automatik aku jadi macam seriau.. terfikir balik sepanjang 2012 yang lepas, adakah aku dah archive target aku? berjaya ke aku bahagiakan keluarga kecil aku? tanggungjawab aku, selesai ke? erm.. risau!

2012, banyak jugak kenangan yang aku lalui. Tapi, sakitnya tak sama dengan last year 2011 dulu. Tapi, 2012 tetap memberikan aku impak yang besar, walaupun situasinya aku pernah lalui pada 2011 dulu. Manusia, bukan manusia namanya ittew kalau tak punya perangai bongkak, ego, salah-sangka dan hasad dengki. Tapi, syukur alhamdulillah sebab hampir semua persoalan di tahun 2011 terjawab pada 2012.

Syukur, hingga 31 disember 2012, aku dah banyak nampak 'The true colour' pada manusia-manusia sekeliling aku. Sesungguhnya 2012, Allah dah tunjukkan pada aku manusia-manusia yang berperangai parasit. Yang bangsa cantik di luar, huduh di dalamnya. Dan, kehadiran mereka betul-betul dah memberi aku seribu pengajaran, mengajar aku, bukan 100 % manusia ini baik. Haih~


Really i am! insyaAllah, 2013 ni banyak benda akan cuba di ubah. Actually, 2012 ada beberapa perkara yang telah aku bakul sampahkan. Makna kata, 2013 adalah permulaan baru. Biaq p laa benda-benda yang terjadi 2012, malas nak layan yang saiko-saiko, yang separa gila, yang sewel, yang sengal dan semua benda yang dah memang sejak azalinya gila.

2012, bermakna genap empat tahun jugak blog aku ni. empat tahun perjalanan aku menjadi manusia, empat tahun blog ni menjadi tempat aku mencatat jatuh bangun, pahit getir aku menjadi manusia, mencatat kesusahan aku mencari kerja, menjadi tempat aku bercerita, dan semua yang aku lalui selama ini adalah dari sudut pandangan pemilik hemangioma seperti aku.

Bila sebut hemangioma, apa yang korang expect? siapa yang tak tahu apa tu hemangioma, sila google cepat! :) perjalanan aku mungkin tak seindah perjalanan kau, perjalanan aku tak sesempurna jalan kau, dan selama empat tahun, blog ini menyimpan pelbagai cerita tentang persepsi mereka pada aku. Dan, yang pasti, persepsi mereka bukannya baik-baik belaka.

I got this!! see.. for the last 2012, rasa tak salah untuk aku copy balik benda ni.. hanya untuk ingat balik satu masa dulu aku pernah dapat benda ni. haih, never mind, dah tak kisah daa, it's life!! apalah sangat setakat benda-benda macam ni sedangkan dugaan orang lain lagi hebat, sana-sini orang menipu, di tipu, di jadikan hamba, maruah di pijak-pijak.. setakat gaduh-gaduh, tak de hal laa.. budak-budak, biasalah :p

Bila di fikirkan balik, dugaan abah lagi hebat. Tapi tengok, abah chill jek! semoga lepas ni aku akan jadi setabah dan sekuat abah. Biar di tikam sana - sini, hidup tetap di teruskan, family first!


Itu je lah untuk di repek kan malam-malam ni. Owh, esok dah nak balik KL, kembali semula pada normal life, kat KL tak ada mak tempat luahkan perasaan, tak ada abah tempat gosip-gosip, tak ada eqa boleh jerit-jerit. But it's ok, bak kata mak, yang penting kerja elok-elok. Dan.. 2013 nie lagi banyak benda aku kena belajar. Semoga aku boleh catch-up.. 2013 ni insyaAllah tak ada ayat-ayat nak pindah unit daa, aku bersyukur dengan segala rezeki Allah.. Alhamdulillah..

okey, this is last entry for 2012, thanks pada kawan-kawan blogger yang setia membaca dan tinggalkan jejak ye :D

Happy new years!

ps: Sweet sangat sebab hari ni melempeng durian crepe dengan abah. Lepas tu gaduh-gaduh dengan mak sebab lempeng tak jadi. hahahaha.. #ohduriancrepe!





 Till then~

Sunday, December 30, 2012

Buah Hati – Tembikai Bentuk Hati

Assallammualaikum (n_n)V 



Jepun sentiasa melakukan perkara pelik dengan teknologi maju mereka. Dulu pernah ada keluar surat khabar tembikai bentuk petak tapi kali ini lagi menarik dimana tembikai ini dibentuk seperti “LOVE”
Tembikai ini bukanlah dipasarkan seperti biasa dipasar tetapi khas untuk dijadikan satu hadiah kepada pasangan.
Harga buah tembikai ini juga tidak lagi dijual timbang kilo sebagaimana si Malaysia.
Harga tembikai bentuk hati ini dijual dengan harga 15,750 yen lebih kurang $160 bersamaan dengan RM 558.16.
sumber dari http://selangor2u.com

 Till then~

Saturday, December 29, 2012

the best of december

Assallammualaikum (n_n)V 

Selamat petang! cuti-cuti ni duduk dekat kampung, makanya sangatlah best.. hohohoho.. duduk dekat luar rumah, dekat meja kayu.. kat rumah ada mak, ada abah, ada eqa buat jerit-jerit.. owh, sangat heaven! bukan selalu nak rasa gini, hewh~




 Till then~


Thursday, December 27, 2012

Panggilan Misteri!

Assallammualaikum (n_n)V

Pagi-pagi ni, nak share satu cerita. Yang ni cerita betul. Harap maklum ye, bulan lepas aku ada belikan tiket flight untuk seseorang, al-maklumlah, aku kan pakai online banking.



Petang semalam, masa tengah layan movie kat lappy, aku dapat satu panggilan dari 'private number'. Aku ingatkan budak-budak ofis dari Exchange Ampang, al-maklumlah, 'private number' ni memang sinonim dengan ofis ampang.

Maka dengan lemah lembutnya aku menjawab. Terkejut sebab suara tu aku tak kenal.

Dia: Boleh saya bercakap dengan Cik Noor Rasyidah?
Aku: Ye saya *Sambil gagap-gagap*
Dia: Saya dari AIA Insurans, AIA insurans dengan kerjasama Air Asia ada buat promosi, iaitu insurans free.Sebelum tu boleh bagi saya alamat cik. Sebelum tu, cik nak saya hantar polisi insurans ni ke pejabat atau rumah?
Aku: *Terfikir-fikir*hantar dekat rumahlaa

Makanya, lambat-lambat aku bagi alamat.

Dia: Owh, sekampunglah kita!
Aku: Oh ye ke?*sambil gelak buat-buat*
Dia: Dik, umur berapa?
Aku: 25 tahun
Dia: Akak ambil masa adik kejap ye, 
Aku: okey *layankan kejap*
Dia: Ada beli tiket Air Asia kan?
Aku: Ye,
Dia: Akk dapat data dari Air Asia. Sekarang Air Asia ada buat promosi, tiga puluh hari percuma perlindungan insurans, tak payah beli free je.
Aku: okey.
Dia: Sekarang, masa akak call nie, Insurans adik dah jalan, tak perlu bayar ye. Itu pakej pertama, ini yang akk nak bagitahu ni, ni pakej ke dua. Bersedia ke nak dengar?
Aku: Kena bayar ke? *rasa macam nak putuskan talian, tapi sabar kejap*
Dia: Ye kena bayar. Kalau adik tak nak pun tak pe, just akak nak share je, boleh tak?
Aku: Erm..
Dia: Ala, dengar je, nanti boleh share dengan adik beradik, mak ayah ke,
Aku: Erm..
Dia: Boleh dengar je, tak kena bayar.
Aku: Okey.
Dia: Pakej kedua ni adalah pakej insurans hayat, dia cover macam-macam, contoh untuk kematian semulajadi, mati mengejut ke, adik bunuh diri ke, kena bunuh ke, insurans cover RM30,000 bagi pada family. Kan dah senang dekat situ? Tak mahal, bayar dalam RM99 je sebulan, semua jenis penyakit insurans kami cover. Boleh tak bayar RM99?
Aku: Ergh, tak pe laa kak, tak ada duit laa, saya tak kerja lagi.
Dia: Ala, Rm99 je adik.
Aku: Tak pe lah kak, saya dah setahun menganggur ni.
Dia: Ala, adik ambillaa, boleh share dengan family, suruh mak atau ayah bayar.
Aku: Saya orang susah kak, *dah mula sakit hati*
Dia: Hari tu beli tiket Air Asia guna kredit kad ke Debit kad?
Aku: Erm, beli tiket?
Dia: haah..
Aku: Guna online jek *jawab aku lambat-lambat*
Dia: Oh, bila nak fly nye?
Aku: Bulan 5
Dia: Nak ke mana?
Aku: Beli tiket untuk kawan balik sarawak je.
Dia: oh, dik macammana? ambillaa, kalau adik ambil insurans ni, ayah mesti suka. Takkanlah ayah nak marah.
Aku: Tak pe lah kak, nanti ayah saya marah.
Dia: Tak cari kerja ke?
Aku: Tak, saya jaga adik-adik kat kampung, adik-adik kecil lagi.
Dia: Oh, tak terasa nak cari kerja dekat KL ke?
Aku: Tak, nak cari dekat-dekat je, nak jaga adik-adik.
Dia: Rugilah adik tak ambil insurans ni.
Aku: Tak pelaaa, lain kali ye.
Dia: Okey, misalnya.. dalam 2 tahun lagi akk call, masa tu adik dah kerja, boleh tak? nanti dah kerja, bolehlaa ambil insurans ni.
Aku: InsyaAllah *sambil gelak-gelak*

Fwehhh! malam tu Mr.Bulat terus what's App suruh baca blog Mazidul Akmal Sidek. Owh, dia pun ada cerita pasal benda ni rupanya!

Aku baca perlahan-perlahan, dengan penuh teliti.. Oh! ada sikit-sikit macam yang kakak call aku tu! cumanya akak tu cakap dia dari AIA insurans dengan kerjasama Air Asia. Pelik tak kat situ? aku jadi pelik tau! dah laa guna private number, nasib aku tergerak nak tipu sikit-sikit :)

Siapa nak tahu, sila baca sini:

PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DIPERDAYA


Korang pernah dapat tak panggilan macam ni? apa reaksi korang? pada yang belum kena, sila ambil perhatian, mana tau esok lusa korang pulak dapat panggilan misteri ni!

Sama-samalah kita berhati-hati (-_^)V


 Till then~



Wednesday, December 26, 2012

Pengajaran :)

Assallammualaikum (n_n)V

Malam semalam tengok movie Zaiton cerita ku, ye laa.. sana sini orang cakap best. Oleh kerana payah sangat nak download, aku pun ambil inisiatif tonton online kat youtube je, tak sangka ok, buffering pun tak ada, okey, layanlaa jugak cerita tu  sampai habis :D


First, kesian okey kat dia. Betapa banyak pengajaran kat situ. Sebab duit, adik - beradik bergaduh. Dah laa susah, ada pulak adik-beradik yang ambil kesempatan. Patutnya, bila susah adik-beradik tolong membantu, ini tak, adik-beradik pulak duk kaut semua duit dia.

Part sedih bila orang lain sanggup jaga dia, tak ada pun orang tu nak ambil kesempatan atas kelemahan dia. Kekurangan dia, satu part yang touching bila dia kena menyanyi untuk dapat makan durian.

Di sebabkan ianya cerita betul, aku tak nak komen apa-apa, cuma ambil pengajaran je dari cerita tu. Sepanjang cerita tu, seriussss sangat banyak pengajarannya!

Aku memang tengok cerita ni betul-betul, tak ada skip-skip, pelik pulak bila cerita okey macam ni tak dapat sambutan kat panggung, kan?

Siapa ada internet kat rumah, sila google tengok cerita ni. Banyak sangat pengajaran yang ada dalam cerita ni. Betullaa tu, bila kita kat atas, bila kita senang, jangan bongkak, jangan lupa orang dekat bawah. Aku setuju!

Abah cakap, mungkin ada sisi cerita lain yang tak di paparkan, Kisah hidup dia dulu-dulu masa dia tengah naik, kita tak tahu, kita sebagai penonton di sajikan dengan zaman kejatuhan dia je. Sebab tu laa semua tu harus di jadikan ikhtibar.


Kalau hari ini kita hina muka orang hodoh, jangan buat-buat terkejut kalau satu masa nanti Allah jadikan pula muka kita hodoh,

Kalau hari ini kita hina orang sebab orang tu miskin, janganlah pula kita buat-buat terlupa bilik satu masa Allah turunkan kemiskinan pada kita.

Kalau hari ini  kita perah keringat orang untuk kesenangan kita, jangan buat-buat sedih bila satu masa nanti Allah turunkan benda yang sama pada kita.

Kalau hari ini kita menjadi batu api, menjadi penyebab putusnya silaturahim, jangan buat-buat tak faham bila Allah uji kita dengan benda yang sama.

Kalau hari ini kita hina orang itu di sebabkan kesusahannya. Jangan nak bersedih kalau Allah jadikan hidup kita lebih susah dari orang yang kita hina itu.

Kalau hari ini kita berbangga dengan kemewahan yang ada. Jangan nak gelabah kalau Allah tarik balik kemewahan itu.

Kalau hari ini kita letakkan kesilapan kita pada bahu orang lain, jangan nak marah-marah kalau Allah tunjukkan kebenaran itu

Kalau hari ini kita berbangga berada di tempat tinggi, jangan nak buat terkesima kalau Allah tiba-tiba takdirkan kita berada di bawah.

Kadang-kadang, Allah tak balas sesuatu tu on-the-sport, Allah tunggu masa yang sesuai, kalau tak dapat kat kau, mungkin anak cucu kau, it's KARMA! Entahlaaa, Kadang-kadang manusia ni suka riak, suka ego, suka meletakkan kesilapan sendiri pada bahu orang lain. Ye laa, lumrahlahkan, siapa yang nak nampak busuk.

Sesungguhnya percaturan Allah itu cantik dan sempurna, macam-macam jenis manusia Allah cipta, ada baik, ada buruk, ada hodoh ada cantik. Tapi, tu semua bukan alasan untuk menjadai ego, menjadi riak :)


Sekian, Tazkirah petang ini. Mohon maaf salah dan silap, aku bukan ustazah, tak perfect nak sampaikan apa-apa tazkirah, aku cuma berkongsi pengalaman yang aku ada. Boleh jadi umur aku muda dari kau, tapi pengalaman aku mungkin boleh kau guna pakai masa akan datang. kan?

Berhenti jadi sarkastik dan plastik. Hohoho~


Till then~




Tuesday, December 25, 2012

Sembang pagi :D

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat pagi, update laggiiiiiii.. kan? kan? kan? tadi masa on twitter, status beliau naik dekat dashboard. Oh, tiba-tiba insaf kejap. Terus terfikir-fikir. Erm.. betul jugak kata-kata beliau ittew. Entahlaa, aku suka baca twitter beliau, sentiasa terkesan di hati.

Nak tahu apa tweet dia?

Ni haa..


Subhannallah, cuba renung-renungkan. Dekat mana amalan kita. Kita sebenarnya tak ada hak nak judge orang lain tanpa tahu intipati cerita. Banyak makna yang tersirat di sebalik tweet beliau.

Kadang-kadang, betul cakap orang, pakaian tak mencerminkan sikap seseorang itew seratus peratus, kat kawasan rumah sewa aku ni, macam-macam gelagat aku tengok, itu semua dah cukup nak menunjukkan semuanya.

Yang penting minda dan hati, kalau hati tu kotor, minda tu letak dekat tahap terbawah, memang payah nak di perbetulkan.


Bila hati tu kotor, penuh dengan dengki, itu yang munculnya sifat-sifat yang agak saiko, segala macam perkara nak di campur tangankan. Itulaa namanya manusia. Benda yang tak ada pun diada-adakan, Haih!

Erm, aku suka sangat cara abah, bila abah ada masa, abah akan ceritakan kisah-kisah perjalanan hidup abah, macammana hidup abah dulu-dulu, macammana abah survive tanpa duit, macammana perasaan abah bila di jadikan 'kuli' tak bergaji, macammana keringat abah di peras, macammana maruah abah di pijak-pijak, macammana abah tangani sikap-sikap gila manusia keliling. Semua benda abah cerita, dari kisah ais krim malaysia dengan orang filipina hinggalah sampai kisah petola ular hinggalah pada saat maruah abah di pijak-pijak. Subhannaallah, betapa kuatnya ingatan abah menyimpan kenangan itu.

Ya, bila ianya sakit, secara semulajadinya kenangan itu akan terpahat di jiwa. Itu aku pasti, dan, secara jujurnya, aku hidup dengan pengalaman abah. Sebab tu, apa je keputusan yang aku buat, aku cuba minta pendapat abah, bagi aku abah dah terlalu banyak menghadapi pahit getir sebagai seseorang dalam hidupnya, maka, aku tak nak buat kesilapan, aku tak berani nak try and error. Pedih ;(

Aku bangga dengan abah, susah senang abah tetap cool, walau di tikam kiri kanan, abah tetap cool dengan sikapnya. Betul cakap orang, seburuk mana pun kita, jika kita teraniaya, Allah tetap turunkan rahmatnya, biarlah buruk di mata manusia, asalkan tak buruk di mata sang pencipta.. Allah adil. Kalau sabar, pasti Allah beri ganjaran yang setimpal.

Dan, sebab tu laa.. Abah selalu cakap, kalau ada apa-apa masalah, share dengan family, share dengan abah, setidak-tidaknya abah boleh bagi nasihat, pandangan, etc etc.. sememangnya, segala-gala kata-kata yang keluar dari mulut abah dan mak tu umpama air yang menyiram bara di hati.

Whatever it is, family first... :D


Till then~


Resepi: Masak lemak ikan masin dan nanas

Assallammualaikum (n_n)V

Hehehe, resepi lagi? hehehe, layankan je laaa yew! untuk seminggu ni, izinkan je laa blog ni jadi blog masakan. Seminggu je pun, :D

Macam biasa, sebelum tengok bahan-bahan, jom layan picture dulu kasi berkobar-kobar sikit perasaan nak masak tu :D


Hehehe, aku ni selalu fail bab-bab touch-up gambar, mesti jadi macam blur. haih~ tak pe, layankan je laa ye..

Bahan-bahan.

2 batang serai (di ketuk)
7 biji cili padi (ikut kepedasan)*
2 ekor ikan masin sederhana besar ( ikan talang) (ikut suka hati, potong kecil dan rendam)
1/2 biji nanas tua di hiris kecil
santan dari sebiji kelapa
1/2 cawan air
3/4 sudu serbuk kunyit*
2 biji bawah merah*
1 keping asam keping 
Garam
Gula

Cara-cara
1- tumbuk bahan betanda (*)
2- Campurkan semua bahan-bahan ke dalam satu periuk, kecuali santan, garam dan gula.
3- Masak hingga mendidih
4- Setelah mendidih, masukkan santan, perasakan dengan garam dan gula.. biarkan hingga ikan empuk, bila dah pekat boleh tutup api.
5- Dah boleh makan bersama nasi panas. Fwehhhhhh~


Till then~

Sambal tumis udang dan petai

Assallammualaikum (n_n)V

Selamat malam! hehehe.. aku rasa, sepanjang aku cuti ni, belog ni automatik akan bertukar menjadi blog mak-mak, penuh dengan resepi gitew. Hehehehe ;)

Actually, ada orang request resepi ni. Di sebabkan terharu, aku pun gigihlaa taip resepinya, ececeh.. kepochi.. izinkan saya ye..

Sebagai cuci mata, meh layan picture ni dulu..


Dah terliur? meh kita tengok resepinya pulak eh.. hehehe ;)


20 tangkai cili kering di rebus*
20 ekor udang 
2 ulas bawang besar*
3 biji bawang putih*
sedikit belacan*
3 papan petai
sekeping asam keping
Garam
gula
sedikit air*
sedikit kicap
minyak untuk menumis

Cara-cara:

1- Kisar bahan-bahan bertanda (*)
2- Tumiskan bahan-bahan bertanda (*) dan asam keping hingga naik minyak.
3- Masukkan petai. tunggu hingga petai empuk.
4- Masukkan sedikit kicap. Anggaran satu sudu kecil, fungsi untuk bagi sambal nampak lebih cantik.
5- Masukkan udang, biarkan sehingga udang masak. Perasakan dengan garam dan gula.
6- siap.

Haa, tu je cara-caranya :) Selamat menjamu selera di waktu cuti yew~


Till then~

Friday, December 21, 2012

Jom Derma, :D

Assallammualaikum (n_n)V

*Sticky post*
Please scroll for new entry, thanks!

Selamat pagi, Entry kedua untuk hari ini. Tadi cyda singgah blog Nadia dan baca entry ini. Makanya, menjadi tanggungjawab cyda untuk share dengan korang juga.




Blogger Nadia sedang menjalankan kutipan derma untuk rumah anak-anak Yatim Rumah Amal Kasih Bestari. Makanya, haruslah kita sama-sama menghulurkan bantuan untuk mereka. Sesungguhnya, sedekah itu adalah amalan mulia.








Bukan memaksa, hanya berkongsi. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dari semua ini InsyaAllah..

Sumber Asal: Nadia Farahida bt Mohd Sabri


Till Then~

Peribahasa Anjing Menyalak Bukit

Assallammualaikum (n_n)V

Pagi-pagi sampai ofis, tiba-tiba tergerak hati nak buka blog kak D, owh~ suka sangat entry kak D kali ni.. :) untuk pengetahuan korang, blog kak D merupa blog favourite aku. Suka cara penyampaian dia yang cool dan best.

Baca blog Kak D, korang akan rasa kejujuran dalam penyampaiannya. Tiap-tiap hari entry Kak D memang antara entry yang di tunggu-tunggu taw :)

Tapi entry dekat bawah ni aku sangat-sangat setuju, meh baca meh.. thanks pada Kak D dan juga blogger yang mintak pandangan Kak D ittew :D

entry asal: http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/2012/12/woof-woof.html



Okey, itu je nak share pagi-pagi jumaat ni. harap-harap berguna untuk pembacaan korang jugak.. okey..


Selamat pagi!


Till then,

Thursday, December 20, 2012

curry puff ittew ;D

Assallammualaikum (n_n)V

Hahaha, tiba-tiba up picture makanan, tak boleh blah eh! tengok je laa, pada yang berdiet, i'm sorry naa :) sebenarnya nak cerita, aku is suka sangat dengan curry puff IKEA ni! Kalau datang IKEA sure aku singgah beli Curry Puff ni. Memang tak mengecewakan.

Kalau pergi IKEA, bebola meat ball tu aku tak heran mana. Tapi kalau curry puff ni. wajib beli. See, dalam diet diet pun gedik nak makan. Kalau tak diet, selalunya aku beli enam ketul tu. Kenyang sampai malam. Selalu kalau beli enam ketul tu rasa macam nak sorok je dari Encik Bulat. Takut tak cukup untuk diri sendiri. Dasar tamak eh! padahal, makan dua ketul dah kenyang. Haih~


Letak picture besar-besar sikit bagi orang lain terliur sama. Sedappppppp.. nyum nyum nyum.. :) suka tau sebab dia campur dengan telur rebus, yang lagi satu campur dengan fish ball, lepas tu hidang panas-panas.. makan pulak masa hujan-hujan. pergghhhhhhhhhhhhhhhhh... dap nye..

Ok ittew je buat nak gebang. Ada baca kat blog Kak Ana. Dia ada taip gini lebih kurang,

Kita kena berhati-hati kat alam maya atau di luar, sana sini ada stalker, kalau stalker tu baik tak pe jugak, ini ada tu stalker jahat dan puaka Nauzubillah~ aku setuju, setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sangat sangat.... :)

Hehehehe, selalu aku stalker orang-orang yang bercerita pasal life je, siap jadikan dorang idol jugak, tapi pelik juga kalau ada orang stalker untuk benda buruk. Haih, buang masa, buang karen je nak melayan mamarazi tak berbanyar gini.. 

Well, well well.. itu sahaja, babai..



Till then,
Peace Yo!

Tuesday, December 18, 2012

online ticket

Assallammualaikum (n_n)V

Fewhhhh~ baru je selamat beli tiket online, semata-mata sebab nak tengok cerita The Hobbit tue :( seat biasa pukul 6.15 pm paling cepat, 3D pukul 7.15 pm, last - last aku rembat 2D je yang pukul 8.15 pm. Owh.. bengang pulak sebab kali ni beli online ticket macam-macam pulak masalahnya. Tanya orang tu nak pukul berapa.. lambat replynye, ye ai tau you busy same lor to me.. ergh, tengah book tempat, tiba-tiba tak valid, bila dah valid cimb click pulak buat hal. Last-last TAC cimb clicks kena block. Apa maknanya ittew?

Terpaksa gigih call helpdesk dorang, tunggu kejap, refresh-refresh henfon gedabak besar tapak tangan tu try beli balik. Erm.. ingatkan baki akaun tak cukup untuk transfer. tiba-tiba naik Succesful! amazing.. hahahaha..


Kalau cerita ni tak best. Tak tahu laa nak cakap apa daa. Hari tu tengok Life of Pi, bolehlaaa.. erm.. :D
Akukan, suka beli tiket online. Kau tau sebab apa? sebabnya Mid Valley tu kalau pergi beli kat kaunter GSC tu, harapan laa nak dapat time dan tempat duduk yang kau nak. Siapa selalu tengok wayang kat Mid Valley tau lah kot. Kaki ni dah tak lalu nak menapak ke Pawagam lain kat lembah klang ni. Dulu-dulu gigihlaa nak tengok wayang kat tempat lain, sekarang non-hado, cari tempat paling dekat dengan rumah jek.

Ok what beli online. Jimat masa. Boleh plan nak gerak pukul berapa dari rumah :) siap dah boleh tahu seat dekat mana. Cuma yang tak best kalau asyik ada error je bila beli online. Fine, error tu salah aku. Klik-klik lepas tu tinggalkan sebab sibuk duk baca blog orang, sibuk duk buat kerja.. etc etc etc..

Hari ni, aku stalker blog Cik Puan Bunga dan Blog Innanie. Well, sesungguhnya, bukan aku je manusia yang cerita pasal masalah, pasal hidup aku, semua tentang aku dekat blog, orang lain pun ada. Dan... itu laa yang orang nak baca.. Salah ke kalau kita share hidup kita dengan orang lain? tak salah kan?

Ececeh, kau sebenarnya jeles tengok aku ramai kawan kat blogkan? sebab tu nak saiko aku kan? ala, tak kisahlah labu.. sukati kau.. hehehehehe :)

ps: Tak sabar nak join blogger gathering yang Nadia buat tu :D



Till Then,
Peace Yo!

Banglo Kayangan

Assallammualaikum (n_n)

Selamat pagi selasa, owh.. hari ni dah hari selasa rupanya :D  Hari ni nak cerita pasal Banglo Kayangan. Ala, rumah besar yang banyak spekulasi dan ceritanya tu. Yang ada macam-macam kisah tu.

Boleh baca dekat SINI



First time tengok, mak aih.. besar kot rumah ni! no wonderlah orang semua bercerita pasal rumah ni. 





Masa sampai-sampai tengok ada budak-budak perempuan sebuah kereta ni baru keluar dari rumah tu bawa dslr. Perggghhhhhhhh.. semangat dorang. Aku hanya mampu mengukir senyuman je dekat dorang, Entahlah, tak rasa pulak nak jejak kaki kat situ. Selalu kalau lalu tempat-tempat camtu, aku just snap snap picture je  malas nak turun dari kereta. :D

Hehehehe,

Cerita ni memang banyak versi dia, ada orang cakap ni rumah mona fendi laa, macam-macam versi ada.

Itu je nak share. Tapi sangat kagum pada mereka-mereka yang sanggup masuk dalam rumah tu. :)



Till then~
Peace yo!

Friday, December 14, 2012

Tutorial pasang domain MY

Assallammualaikum (n_n)V

Entry ini di taip untuk bantu kawan-kawan yang dah register domain sendiri dekat Innanie Ariffin
hehehe, macam korang, cyda pun stuck dekat yang tengah-tengah tu. So.. marilah kita belajar sama-sama.

sebenarnya, tutorial tu betul, cuma kena tengok lama-lama baru faham

1- korang jumpa yang ni kan?

2-klik kat switch to advanced settings.

3. bila dah klik dia akan tanya macam dalam kotak kat atas tu. just klik kat leave this page. lepas tu akan keluar macam dekat bawah ni kan? klik dekat on a top-level domain.

 4- See, dia akan keluar macam dekat bawah ni. Then terus pergi kat sini > > Login id korang > Tab domain > My DNS > Edit



 5- Then akan keluar macam dekat bawah ni kan? korang stuck dekat sini kan?


6- Then, korang klin dekat edit tu. Lepas tu keluar macam dekat bawah ni. Then pilih blogspot. Save!














7- Akan keluar yang macam dekat bawah ni. Di ingatkan, delete mana-mana yang tak berkenaan. contohlaa macam cyda punya ada ftp.alexanderirvin.my, so segala yg berkaitan alexanderirvin.my tu cyda delete.

PS: Sila jangan delete sesuka hati. Melainkan domain korang bercampur dgn domain orang lain, Macam cyda, domain cyda bercampur dengan domain alexanderian.my, di mana bila cyda update dia tak jadi www.cydasite.my tp jadi www.alexanderian.my. jadi, cyda kena delete domain alexanderian.my tu untuk bagi domain cyda run smooth. Kiranya, kalau domain korang bermula dgn ftp.domainkorang.my dan dalam line-line seterusnya ada domainkorang.my korang tak payah delete apa-apa. Cyda delete sebab domain cyda bercampur dengan domain orang lain. tu je, tak kisahlaa line tu ada berapa pun, purata akan ada dalam belas-belas line. Ingat, tolong jgn DELETE sesuka hati. 
( korang faham tak apa cyda bagitahu ni?)



8- Bila korang klik paling bawah, korang akan jumpa yang  add line. Add line ni laa yang Innanie maksudkan tu!



9- Yang Innanie cakap huruf berterabur pendek tu yang cyda boldkan kat bawah.


10- Yang Innanie cakap huruf berterabur kena copy tu yang ni:


 11- Yang Innanie cakap kena make sure ada tu, kena masukkan macam dekat bawah ni.


12- Ini yang kena copy nombor berterabur pendek tu!


13- Yang nak kena key-in sendiri tu yang macam dekat bawah ni.

 14- Kemudian kembali ke Dashboard setting tadi, klik balik dekat switch to advance setting. masukkan domain yang korang pilih. contoh http://www.domainkorang.my, [ tukar macam yg warna merah tu ye ]



 15- Lepas tu akan keluar macam dekat bawah ni.. Itu jek!!

Tahniah, korang dah berjaya!!

Siapa nak domain free, sila ke blog Innanie Ariffin. Confirm free, tak yah nak contest bagai.. :D

PS: TUTORIAL REDIRECT. PENTING!! SAMBUNG SINI YE.. Kalau tak tukar, url korang akan jadi ERROR.. KLIK SINI


Till then :D