Wednesday, November 03, 2010

Interview Jabatan Perangkaan

Salam;

Hai, Actually, aku baru balik dari Ipoh, Interview kat Jabatan Perangkaan Ipoh, Interview tu kira okeylaa, panel tak banyak tanya. Tapi........

Pertama kali dalam sejarah, Haish.. Encik Panel tu bagi ceramah motivasi kat aku! serius.. Encik itu sangat baik. Dan ayat dia yang banyak kali dia cakap,

" Orang akan bagi kita peluang sekali je, bila orang bagi peluang tu, manfaatkan betul2"

Masa interview tadi, aku cuba kawal diri dari ter 'sebak' , Yeah! saya berjaya.. Aku cakap sikit je, yang lain, encik tu bagi motivasi.

Interview hari ni sangat okey, sebab.. masa nak cari parking kat Bangunan Persekutuan tu, Pak Cik Guard tu tolong bagi tempat, serius, tempat tu memang muat-muat untuk kancil je, Pak Cik tu pun baik!

Masa registerpun best, sebab aku dapat nombor 7, dalam pukul 9.20 am dah masuk bilik interview. Segala-galanya mudah untuk hari ini, cuma bengang ngan traffic je tadi, pagi2 ipoh memang boleh tahan jem nye!. Haish.. kena biasa2kan nie.

Tapi, kat hati masih mengharapkan TM, Semoga TM call aku cakap dapat kerja.

Tuesday, November 02, 2010

Apa itu Bacon & Ham ?

Salam;

Apa itu Bacon?. Tadi aku tengok rancangan masak kat TV, Lepas tu orang tu campurkan salad tomato dengan bacon, tengok macam sedap, tapi confius.. jadi, aku pun googlelaa apa itu bacon,

Ni adalah maksud bacon;
Bacon merujuk kepada daging babi. Ia adalah di perbuat daripada hirisan daging babi yang mempunyai lemak. Yang di potong nipis-nipis, bertujuan untuk di makan bersama burger atau salad.

Ham juga merujuk kepada daging babi. Secara konklusinya, Bacon & Ham itu sendiri memang merujuk kepada babi. Tapi, kat malaysia ni.. perkataan 'bacon' & 'ham' ni dah di komersial kan kepada beef bacon, kambing bacon, chicken ham, ham sandwich & etc.

Masalahnya, Kte sebagai umat islam.. pasti ke apa yang kita makan itu halal?. Dan, perlukah untuk memasukkan 'bacon' & 'ham' itu sebagai salah satu dari nama menu makanan kita, sedangkan ianya terang-terang merujuk kepada Babi a.k.a Khinzir?

Walaupun ada yang menyatakan terdapatnye "Halal Bacon" tapi agak meragukan...

kenapa tak digunakan perkataan lain ?

mungkin ade perkataan lain yang bersesuaian ....

kenapa nak ikut 'resam' mereka tu...

Apa pun terpulang pada pendapat masing2 dan juga fahaman anda terhadap isu tersebut..

mungkin bukan satu isu bagi sesetengah orang kan...

Bacon memang ditujukan utk Babi.... (diseluruh dunia..)

sila ambil perhatian.. jgn mudah terperdaya...

more info klik kat sini---> apa itu bacon?