Saturday, October 31, 2009

~Masak Lemak Ikan pekasam+Pucuk Paku~


hai, Arinie sye tergerak ati nk pastekn apa yg sye masak tghari tadi( utk entry nie mggunakn ganti name 'saye',bkn 'aku')

kat bawah nie adalah bahan2nye :

2 ekor ikan pekasam ( Banyak pun boleh)
2 ikat pucuk paku (ikut suka)
2 batang serai (di ketuk)
*2 helai pucuk gelugor (xletakpun xpe)

di tumbuk/ kisar:
15 biji cili padi (ikut suka)
2.5 cm kunyit hidup
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

500 ml santan ( 1 biji kelapa) (asingkn perahan pertama & perahan ke dua)
garam secukup rasa.

1.masukkan pucuk gelugor+ pucuk paku+ santan perahan kedua+ bahan2 kisar
2.kacau di atas api yg perlahan.
3.Apabila mendidih masukkan ikan pekasam+santan perahan pertama.
4.Perasakan dengan garam.
5.Kacau sekali-sekala,supaya santan xpecah minyak.. hingga nmpak kuah dh pekat sikit.
6.Sedia utk di makan! ;)) hehe

* Pucuk gelugor itu adalah pucuk drpd daun pokok asam keping (asam keping yg kita guna utk buat kuah laksa) asam gelugor=asam keping.

air tangan;
~Rasyidah~