Tiada kata terkata~T_T

Salam~
hari nie..hati terus juga mengira dan menghitung waktu.. T.T, Sangat sedih + tak tahu bagaimana utk meneruskan sisa-sisa semangat yang ada untuk terus berharap. Sangat2 tidak tahu.
Rezeki yang diharapkan,tidak juga kunjung tiba.. Sangat tidak tahu bagaimana untuk teruskan segalanya!. Kerja masih tak dapat.. esok lusa,arahan suruh bayar pinjaman masa kat Melaka dulu pasti akan datang lagi.dan hingga waktu ini..boleh di hitung berapa RM yang ada di tangan..
Minggu depan,tinggal lagi seminggu ,sebelum tamatnya tempoh menunggu jawatan itu. Rasa harapan semakin pudar.. di satu sisi hati,terfikir..andai mereka boleh dapat jawatan itu..kenapa tidak aku. Mula takut dengan hari2 yang mendatang,sangat takut.. Di saat melihat abah+ mak semakin tidak berdaya,di mana rezekiku sebagai anak,untuk membantu mereka.
Di saat ini sangat takut,mengira hari-hari yang meninggalkan ku tanpa ada apa2 kemajuan dalam diri. Sungguh..teramat sungguh2.. aku mahukan sangat kerja tue... di satu sisi aku rasa bagai dapat jawatan tue,di satu sisi akun masih merasakan aku akan kandas lagi. Oh..aku tidak mahu,andai boleh..aku amat mengharapkan semoga jawatan itu adalah perhentian& destinasiku.. Sudah tidak mampu aku untuk mengharap. Aku amat takut dengan hari2 yang mendatang..



